"Marah saya ke ni?" Mereka dah check in dan sekarang tengah lepak dekat Cafe. Malam ni baru start segala aktiviti. So ada masa lagi la nak rehat-rehat dulu.
"Masa bila?" Menatang dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Eh ada kena mengena ke? Sudah terang lagi bersuluh, ha ni baru betul. Andrea tak merajuk cuma bengang.
"Merajuk tak nak mengaku~~~" Adryan menganjing. Dia menyuakan daging ke mulut Andrea. Andrea senyap. Nak apa pulak mamat ni? Kening sebelah diangkat.
"Bukak mulut tu honey." Adryan membalas. Andrea akur je la. Daging elok mendarat dalam mulut. Andrea menggigit. Adryan menarik garfu balik. Dia tersenyum.
"Sedap?" Adryan bertanya. Andrea mengangguk. Malas nak buka mulut. Dia turun pun sebab nak teman Adryan makan je. Kalau tak memang tak la aku nak mencemar duli nak turun bawah sebab aku pun nak rehat.
"Dah, tak nak merajuk. Rasa lonely la kalau my dear ni merajuk."kenapa aku rasa Adryan ni makin lama makin bangang je perangai. Memang boleh buat geng si Arisha la.
" I climb every mountain, I swim every ocean, Just to be with you and fix what I broken." Adryan tersenyum. Andrea menjulingkan matanya. Poyo. Jap dia broken apa? Pasu mummy ke?
"Ingat sweet menyanyi-nyanyi macam tu?" Andrea spoil. Adryan mencebik. Habis terbang segala romantik. Andrea tersenyum. Tapi memang sweet pun halah.
"Tadi tak nak kita merajuk, sekarang ni siapa yang merajuk? Meh habaq mai." Andrea tergelak. Entah loghat apa yang aku pakai.
"Comel la my dear cakap loghat macam tu. Mana ada merajuk. My dear tu ha, baru nak sweet-sweet dia dah spoil habis. Sabar je la." Adryan tersenyum balik. Dengan my dear dia ni boleh marah lama-lama.
"Alololo bae titew ni merajuk ye sebab titew rosakkan mood Sweet dia? Kesian." Andrea tergelak. Sejak bila aku pandai nak my bae my bae bagai ni? Gelinya lahai tengkok ni.
"My dear panggil apa tadi? Bae? Tu pun ok jugak." Adryan tayang gigi. Tau la gigi dia tu cantik. Tak payah la tayang. Hish...
"Aku nak pergi tandas jap." Andrea bangun dan bergegas ke tandas. Saja nak tinggalkan benda janggal gila ba** tu. Adryan tersenyum. Tak habis-habis nak lari.
"Eh! Rayyan. How nice to meet you." Sapa seorang perempuan. Pakaian seksi tu tak payah kata. Elok Andrea lagi pakaian dia tu. Pakai skirt punya pendek nampak habis paha tak berapa nak gebu tu.kalau dah selalu tunjuk, nak gebu apa? Apa la dia nak simpan untuk suami dia agaknya? Semua dia dah tunjuk buat freeshow. Selamba atuk angkat dia ja duduk depan Adryan.
Andrea yang baru keluar dari tandas berjalan ke arah tempatnya tadi. Yang peliknya malaun mana yang berani ambil tempat aku ni? Andrea berjalan dan terus duduk tepi Adryan. Dia pandang Adryan mintak penjelasan.
"Eh who are you? Tetiba je muncul." Anis menegur minah saleh mana tak tahu sesat tetiba duduk sebelah Rayyan dia ni. Mungkin salah tempat.
"I think you are the one who at the wrong place right now. That seat is mine. Can you go away?" Andrea membalas tenang. Tiada walau satu senyuman pun dekat muka dia. Kelat je. Adryan senyap, entah apa la....
"Looks like I care about that." Anis tersenyum sinis. Andrea tetap tenang. Dah biasa hadap manusia bodoh macam ni.
"Tu la estas follando.(kurang ajarnya kau)." Anis blur. Bahasa apa tu? Adryan tersenyum lebar. That's my fiancee!
"Anis. This is my future wife. Greet her." Arahan dari Adryan. Anis dengan muka paksa nya sua tangan.
"Anis." Muka kelat ditayang. Tau dah Adryan dah berpunya dan dah nak kahwin. Mana boleh potong line! Kisah pulak kalau aku kena jadi perampas pun.
Andrea pandang sinis tangan Anis."I dont touch garbage." Sinis je ayat Andrea. Adryan lepaskan keluhan. Anis jatuhan tangan. Like seriously?
"My dear, What's wrong with you?" Adryan bertanya lembut. Bukan lakonan semata. Hashtag semua #BUKANLAKONANSEMATA. Andrea Juling mata. Mula dah sweet tangkap leleh dia. Anis yang tengok tahan je hati ni. Rayyan is mine! Not yours.
"Hey! Im fine. Thank you." Muka dimaniskan. Ya Allah, dasar manusia hipokrit betul. Hipokrit la, muka manis dalam hati dah bengang. Hipokrit kan.
"Rayyan." Anis panggil sepatah. Rayyan tak dengar. Dipanggil kali kedua baru dengar.
"Lah ada lagi ke you kat sini? Ingatkan dah blah tadi." Woah ni friendzone tahap keberapa pun tak tahu la. Kalau dah Anis tu, Anis je la. Mana pernah ada perasaan malu. Lagi tersenyum menggedikan macam sotong je. Menyampah petala ke lapan! Rasa nak cincang-cincang lepas tu cicah sambal makan. Yum yum.
"Mestilah, lama sangat tak jumpa you sayang." Anis membalas. Andrea pandang Anis tajam. Agak-agak dia ni pernah mati tak? Berani sangat nak mati nampaknya babi ni. Adryan jeling Andrea.
"Siapa sayang kau? Tak kenal dan kau boleh get lost!" Balas Adryan tak berperasaan. Apa Andrea ja mampu nak tak berperasaan? Sorry sikeeetttttt. Anis tayang senyuman manis.
"Hey girl." Andrea memanggil Anis dengan muka beku. Ikut hati nak hambur je. Adryan pun pandang Andrea. Apa lagi??? Jangan jadi benda bukan-bukan sudah..... Macam tak kenal perangai kesayangan seorang ni.
"One step forward, you died." Andrea tekan suara. Jangan memain. Adryan telan air liur. Bahaya bila Andrea dah keluarkan ayat macam tu. Bukan apa ha, takut si Anis tak sempat bertaubat sebelum mati. Hahahaha.....
Adryan takut benda jadi lebih teruk, dia pun bangun dan terus menarik tangan Andrea untuk berlalu dari situ. Sewaktu berjalan, Andrea pusing dan membuat simbol 'you will die' kemudian dia berjalan macam biasa. Anis mengeluh kasar. Ada je halangan nak dekat si pujaan hati.....
"Woah.... Bukan main gertak orang eh?" Adryan perli Andrea. Andrea jeling Adryan. Ingat comel la tu? Nak kena tembak dengan shotgun?
"Shut the fu** up." Andrea membalas mendatar. Pecah kepala tu kang!! Suka cari pasal la mamat ni. Sepak kang melayang ke bulan. Dia melayang ke bulan nanti, kau nak kahwin dengan sapa cik Andrea Oi? Huhuhuhu menangis tak berlagu la.
"Malam ni ada ball." Adryan bagitau. Tak gitau kang ada yang merajuk bawa diri ke Atlantis pulak. Andrea senyap. Looks like I care?
"Ala my dear tak payah la nak merajuk. Tak best la senyap je." Andrea confuse, siapa yang perempuan sekarang ni? Rasa macam kena tukar jantina je ni. Andrea pandang Adryan pelik.
"The heck?" Andrea membalas. Apa la Adryan ni. Tetiba manja terlebih, tadi bukan main kelat muka dengan si Anis babun tu.
"Te Amo my sweetheart." Adryan berkata, serentak Andrea berhenti dan pandang Adryan.
"How do you know that? Who did you learn from?" Andrea pelik sebab Adryan kan tak tahu bahasa Spain.
"Google translate." Adryan garu belakang tengkok. Dia tersengih. Andrea tersenyum.
"Te Amo too." Adryan pulak yang terkejut. Andrea yang cakap pun terkejut. Aku ke yang cakap? Tolong tembak aku sekarang. I would die!
YOU ARE READING
C | BAD GIRL
RandomAndrea Collins. Dia memang seorang yang cantik, bermata biru kelabu, berambut putih panjang, dan kecil molek je. Ketua mafia. Muka memang cantik tapi perangainya Ya Allah macam syaiton nirrojim. Adryan Rayyan. Dia ni? Nak kata playboy tu sangatlah...