38| crash

3.1K 144 22
                                    

"Serius la kau nak pergi Bali?" Marya yang tengah buat roti sosej bertanya kembali. Kenapa aku rasa tak sedap hati?

"Yup! Dan aku ajak kau. Jawapan tak nak takkan diterima." Arisha melambung-lambungkan epal di tangan sebelum menggigit.

"Tak payah la pergi. Aku rasa tak sedap hati la." Marya teruskan kerja sambil mulut bercakap. Marya ni masak sedap wo. Sebab tu la dia ni kalau apa-apa suruh dia yang masak.

"Ada aku tanya hati kau sedap ke tak? Aku nak kau ikut aku jugak. Ini keputusan muktamad. Ada paham?" Marya mengeluh perlahan. Nak marah tak boleh. Nak tengking tak boleh sebab dari dulu memang keluarga ni yang bantu keluarga dia bangun selepas arwah ayah dia meninggal dulu.

"Ya lah aku ikut. Bila nak bertolak?" Dah fed up nak pujuk kata tak payah pergi. Korang pun tahu Arisya ni keras kepala lagi dari Andrea. Baling bata pun bata surrender.

"Kita bertolak esok la. Kita mungkin dalam dua minggu kat sana." Arisya kemudian mengambil anggur masukkan ke dalam mulut. Marya menggangguk kemudian Arisya keluar dari dapur menuju ke biliknya.

AC

"Korang pergi sana dua minggu kan." Andrea bertanya kepada Arisha dan Marya yang dah bersiap dan menjenguk anak-anaknya.

"Ha ye la. Eh kau jaga anak buah aku elok-elok sepanjang aku tak da." Arisya memandang John tajam kemudian dia tersenyum lembut memandang anak buahnya.

"Tau la aku." John menjawab. Kemudian Arisha bangun dan memeluk Andrea.

"Im gonna miss you a lot my dear sister." Arisya tersenyum ke arah Andrea lama sebelum keluar mengambil barang nak bertolak ke Bali.

"Kenapa aku rasa dia macam lain macam je?" John bertanya Andrea. Andrea angkat bahu. Aku tak kongsi jiwa dengan Minah tu harap maklum.

"Aku nak pergi dah ni. Bye bye blah." Kemudian Arisha hilang di sebalik pintu bilik Andrea.

AC

"Ya Allah..." Mengalir air mata Andrea. Arisha.... Marya.....

"Ay tak tahu macam mana kapal terbang tu boleh terhempas. Sebab waktu check semua baik je. Ni mesti ada orang nak kenakan kita." Ayden pun sedih kakak dia terhempas. Arisha tu bangang-bangang dia pun dia tetap seorang kakak yang baik.

"Kak.... Ar...." Aaden masuk ke bilik Andrea dengan tangisan yang memilukan. Aku Rindu Arisya...

"Im gonna miss you a lot my dear sister." Andrea teringat kata-kata adiknya sebelum dia berangkat pergi. Apa yang Arisya cuba bagitau dia sebernanya?

"Penumpang semua cukup maknanya Arisya dengan Marya memang....." Tangisan Aaden makin kuat. Biar la nak kata dia lembik pun. Aku sayang kakak aku we. Bayangkan la kakak korang yang selalu share masalah dah meninggal dunia.

"Kak... Ar ada hantar mesej sebelum di orang terhempas." Kemudian Ayden buka mesej suara yang dihantar Arisya.

"Hello semua..." Suara Arisha dengar macam happy. Dari hingar bingar pun tau dia tak naik kapal terbang lagi.

"Aku tau korang annoying giler dengan aku an. Tak pe aku nak pergi Bali ni korang nak pesan apa-apa? Sama ada aku akan ke Bali atau ke Neraka." Dekat sini suara Arisha dah makin slow.

"Aku sayang semua adik beradik aku. Aku nak cakap yang walaupun aku tak da, aku tetap ada dengan korang k. Aku mungkin pergi tak kan kembali dah. Ayden, aku amanahkan kau jaga anak angkat aku tu. Aaden aku amanahkan kau jaga hotel aku." Dengar macam Arisha Tarik nafas dalam.

"Andrea. Kakak aku dunia akhirat. Aku sayang kau Sangat-sangat. Kau pun jaga anak buah aku tu leklok. Aku tak mampu nak jaga dia. Aku tau Airplane ni akan terhempas tapi tak pa, aku nak cari pengalaman baru. Bila aku dah pergi, korang jaga diri baik-baik eh." Andrea dah tersedu sedan menangis. Adryan yang memeluknya menggosok belakang Andrea bagi reda sikit tangisan tu.

Ayden tak tahan terus pergi ke biliknya dan melepaskan tangisan nya dia sana.

"Arisya, kau annoying macam mana pun kau tetap kakak aku. Perlu ke kau korbankan diri kau untuk kami? Kenapa kau selfish sangat hah?!" Bergema suara Ayden dalam tandas bila dia menjerit. Sementara yang dalam bilik masih dengar suara Arisha bercakap. Cara dia bercakap seolah tak da lagi masa lain dia nak bercakap.

"Aku tau korang kat sana semua tengah menangis kan? Aduh lek la. Wat lek wat pis sudah. Aku tak suka korang menangis teringat aku. Nanti aku tak tenang kat sana. Aku harap korang boleh cari pembunuh aku yang sebenar. Marya? Yes aku memang saja ajak dia ikut. Kalau dia ikut means dia pun mati macam aku. Pandai-pandai korang la kan nak cita mak dia. Ok blah." Mesej suara diputuskan. Andrea dah senyap dari tangisan. Baby pun tadi menangis. Macam tau tau je Mak angkat di orang dah tak ada. Sekarang Baby tu dah tidur.

"Sayang ok?" Adryan memeluk Andrea. Kesian bini dia. Baru dua minggu bersalin dah ada news macam ni.

"Sayang.... Wake up please. Kesian anak kita nak mama diorang." Adryan membisik lembut ke telinga Andrea. Andrea yang dah macam mayat hidup perlahan-lahan menoleh memandang Adryan. Adryan tersenyum.

"Arisha dah tak da bae." Andrea kemudian memandang anak-anak nya.

"Mummy dah tak da sayang." Andrea meraup muka dia sebelum memeluk Adryan. Nasib ada Adryan sedarkan dia.

"Sayang saya kan kuat. Baby kita perlukan sayang. Bae perlukan sayang. Aaden dan Ayden pun perlukan sayang. Be strong ye sayang. Use me as your strongnes." Adryan membalas pelukan Andrea.

"Subhanallah walhamdulillah wala illah ha ilallah Wallahu huakbar." Adryan mengulangi zikir tersebut sehingga Andrea terlelap. Kemudian Adryan membaringkan Andrea di katil dan cium dahi Andrea sebelum keluar dari bilik mereka.

AC

Sekarang dah masuk dua tahun Arisha dan Marya pergi meninggalkan mereka. Mereka pun dah tak semeriah dulu. Setiap kali meriah mesti mereka akan teringat Arisha. The twin pun dah besar boleh berjalan, bercakap semua. Kalau Arisha ada mesti lagi bahagia.

"Mama... Papa.... I Want ice cream. Can I?" Faz membuat muka comel. Halla halla halla comel nya anak mama ni.

"Me too." Fal Diam mematung selepas Dua perkataan disebut. Dia ni memang tak bercakap sangat.

"Sorry mama. Can we?" Andrea tersenyum tengok kembar ni. Comel nya haih.

"Janji dengan mama dulu." Memang dia ajar anak dia 2 bahasa dulu sementara kecik-kecik ni. Nanti dah besar ajar banyak bahasa la.

"Apa apa tu mama apa tu?" Tanya Faz tak menyabar. Biasa la kan budak - budak dengan aiskrim.

"I want you too go up and ask papa to come down here. We about to lunch." Kemudian seketul Fazril berlari ke tangga. Tak bagi guna lif lagi kecik tu kang tersekat mampus. Si abang hanya berjalan santai ke arah adik.

"Your twin so cute and clever too. Im glad to have them as my grandChildren." Mrs. Adryele tersenyum lembut memandang Andrea.

"Mummy, I miss Arisya." Andrea memeluk ibunya. Ibunya tersenyum pahit.

"All of us miss her." Kemudian Adryan turun dan mereka mula makan untuk tengah hari.

C |  BAD GIRLWhere stories live. Discover now