3| barbie

7K 315 17
                                    

"Jo, bawak dia masuk bilik tetamu. Nanti hantar makanan." Arahan kepada Jo, ahlinya di Malaysia yang menjaga banglonya di sini. Jo hanya menganggukkan kepalanya dan membawa lelaki tadi.

"Yow, siapa Mamat tu?" Arisha datang dengan habis 'baiknya' duduk sebelah Andrea. Kemudian si kembar tak bertamadun pun muncul dan mengambil tempat masing-masing. Ayden elok ja duduk. Aaden pulak melompat-lompat ke atas sofa. Pening betul dengan dia ni.

"Dengar cakap anak kawan Mummy dengan daddy." Andrea membalas mendatar.

"Kenapa kau selamatkan dia?" Aaden yang masih melompat dia atas sofa bertanya soalan. Memang ada yang benjol kepala nanti la ni.

"Entah." Malas nak jawab soalan. Apa ke bodoh sangat adik aku ni? Dah anak kawan kepada parents kan mesti la tolong.

"Aku nak keluar. Lepak mamak. Nak ikut? Ay jomla." Arisha promote kedai mamak pulak.

"Memang tak la aku nak pergi. Baik aku tidur. Ajak si sekepala dengan kau tu. Dah macam pocong dah aku tengok. Dah la memang perangai memang macam pocong." Ay terus naik ke atas. Lantak biarkan diorang kat bawah. Malas nak layan kepala biul tu.

"Kau?" Arisha membuat muka comel mintak penampar. Andrea menjulingkan matanya ke atas. Mula dah.

"Tak da maknanya. Aku nak tengok pendatang asing tu lagi. Nak kawal rumah. Malas aku nak keluar. Jangan nak libat aku." Malas layan budak dua orang tu. Bukan tak tahu nanti ada la berita yang aku tak nak dengar.
AC

Adryan Rayyan mengelat. Aku dekat mana ni? Bilik aku warna dia bukan warna gold. Ni bilik warna gold? Aku dah bebas ke?

"Ya Allah!" Ayden yang dari tadi mencari maklumat tentang Adryan Rayyan memandang lelaki tersebut. Dah kenapa? Semua maklumat yang dicari telah didapati. Sampai saiz baju pun dia cari.

"Kau siapa?" Adryan menayang muka pelik. Ni first time jumpa mamat ni.

"Makan la dulu." Ayden terua keluar dari bilik Adryan. Siapa dia tu? Nampak baik.

Adryan kemudian ternampak makanan di tepi meja katilnya. Dia pun terus makan. Setelah makanan dah pun terkubur dalam perutnya. Dia turun membawa dulang ke dapur.

Pinggan dan dulang dibasuh. Kemudian kaki melangkah ke ruang tamu. Tiba-tiba kaki terhenti. Ba** apa bahasa baku sangat ni?

Adryan ternampak seorang perempuan sedang bercakap dengan Ayden. Tak tahu la tu perempuan atau patung Barbie. Series cun. Kemudian budak perempuan tadi melangkah pergi. Entah ke mana. Cepat betul menghilang.

"Awak!" Adryan memanggil Ayden. Ayden berpusing menghadap Adryan. Mengangkat sebelah keningnya bertanya 'apa'?

"Nama awak sapa?" Ayden hanya mengejutkan dahi kemudian menjawab.

"Ayden Collins. Kau Adryan Rayyan. Jangan nak gedik panggil aku awak. Kita kau Aku je." Ayden memberi amaran awal. Rimas we orang panggil awak-awak ni.

"Dalam rumah ni ada patung Barbie bergerak ke?" Adryan bertanya dengan serius. Ayden diam sekejap. Rasanya dia tahu siapa yang Adryan maksudkan.

"Patung Barbie bergerak tu kakak aku yang sulung. Dia yang selamatkan kau semalam. Nama dia Andrea Collins. Sekarang dia tak da. Dia pergi Melaka atas sebab ada kerja. Dia pesan kau jangan nak berani-berani keluar rumah buat masa sekarang ni." Ayden dan Adryan duduk di atas sofa. Wau Ayden cakap panjang lebar gais.

"Yow Bro. Lama dah bangun? Ingatkan dah mampus tadi." Aaden dengan selambanya sibuk nak duduk sembang jugak dengan Adryan. Padahal semalam lepak dekat mamak sampai pukul 3 pagi. Ni Arisha entah belum bangun atau entah dah melepak dekat mamak mana-mana.

"Ish kau ni." Adryan menepis sangkaan si Aaden. Hero mana boleh mati awal, choi.

"Hah! Korang dah makan ke? Kau pendatang asing. Dah makan?" Adryan memandang ke arah seorang budak perempuan yang tiba-tiba muncul. Siapa sebernanya diorang ni? Muka mat Saleh, nama pun mat Saleh.

"Aku Aaden Collins. Kembar babun tu." Aaden menunjuk ke arah Ayden. Ayden hanya melihat kosong. Maaf aku malas nak layan. Nanti kalau dibalas, ada jugak aku kena masuk lubang lahad nak tanam adik.

"Aku pulak Arisha Collins. Kau pendatang asing. Hahahaha. Ay, An mana?" Arisha bertanya.

"Melaka. Ada masalah dekat sana." Ay menjawab mendatar kemudian berdiri. Adryan hanya memandang Ayden sepi.

"Jangan nak membuli pendatang asing tu. Kalau tak aku headshot sorang-sorang." Ayden berkata dengan nada tegas. Arisha buat tak kisah. Aaden pun boleh gelak-gelak lagi. Kalau Andrea yang pesan mungkin dia akan tak gelak.

"Aku cakap betul-betul ba**. Kalau aku tau korang kacau dia. Aku bagi tau An. Biar mampus semua." Aaden telan air liur. Tak gelak dah. Memang tak la nak main-main dengan Andrea. Kakak dia tu dah la seram semacam je.

"Lek Ah Dude. Si babun tu kan suka sangat mengugut." Ar hanya buat tak tahu dengan ugutan Ayden. Aaden memandang Arisha.

"Ba**. Kau je yang berani main-main dengan An." Aaden membalas. Kemudian Arisha bangun dan berjalan menuju ke tingkat atas sambil menari balet. Apa ke pelik setan ni?

"Kau ni kenal ke kami ni siapa sebenarnya?" Aaden bertanya Adryan dengan muka serius. Adryan cuak. Asal Mamat ni?

"Korang kan orang yang selamatkan aku semalam." Jawab Adryan. Pelik. Kenapa dia tanya macam tu?

"Kami adik beradik Collins." Aaden menjawab mendatar. Adryan kerutkan dahi. Memanglah. Kan nama diorang belakang semuanya Collins.

"So?" Adryan masalah lagi keliru. Aaden Juling kan matanya ke atas. Apa lah lembab sangat lelaki ni?

"Kenal TCM?" Aaden bertanya. Adryan kerutkan dahi memandang Aaden. Kemudian membulatkan matanya.

"The Cruel Mafia?" Tanya Adryan dengan suara tertahan. Sapa tak takut dengan kumpulan Mafia terbesar tu? Dah la besar, kejam, licik, dan kurang ajar pulak tu.

"Ya. Kiranya kau kenal la ni?" Kenapa Mamat ni macam tak tahu apa-apa je. Lembab betul.

"Tak de la kenal sangat cuma aku tahu la kumpulan tu wujud. Dengar kata ramai takut dengan diorang. Aku jugak ada dengar orang kata peneraju dia perempuan. Tapi tak de sapa boleh Cam muka dia. Kenapa?" Adryan cuma bagi tau apa yang dia tahu.

"Kau tahu diorang punya nama keluarga?" Tanya Aaden lagi. Patutlah Mamat ni buat tak tahu. Dia tak tahu dia dalam rumah siapa sekarang ni.

"Tak pun." Adryan tak habis lagi dengan kerutkan dahinya. Serius tak paham. Kenapa kena cakap pasal TCM pulak?

"The Collins." Aaden menjawab mendatar. Adryan tunjuk muka selamba.

" So?" Aaden pandang Adryan. Tak paham lagi ke?

"Keluarga aku yang peneraju TCM. Andrea. Kakak aku yang selamatkan kau semalam tu, dia ketuanya. Sekarang kau dalam rumah TCM. Sekali kau masuk, tak de jalan keluar. Ingat tu." Adryan terpempan. Aaden melawak kut. Tapi serius bebenor muka Aaden nya. Seram eden.

"Jom lepak Ad." Arisha yang baru turun dari tangga terus duduk di sebelah Aaden.

"Kau pun Jom la sekali." Arisha memandang Adryan.

"Jangan nak memba** Ar." Kedengaran suara Ayden kuat dalam rumah. Arisha ketawa mengekek.

"Ad kau nak keluar tak?" Arisha bertanya Aaden.

"Gila kau tak nak. Jom." Aaden dah bangun nak mengikut jejak Arisha. Adryan ditinggalkan terkulat-kulat di ruang tamu. Cam tu je?

"Kau duduk la rumah ni dengan babun meroyan tu." Balas Aaden kepada Adryan. Adryan telan air liur.

"Dia takkan bunuh kau punya. Dia akan jaga kau. Dia dah janji dengan Andrea." Aaden tersenyum nipis kemudian berlompat-lompat mengikut Arisha. Adryan termenung. Haih......

C |  BAD GIRLWhere stories live. Discover now