"Berambus dari rumah aku sekarang."
"Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya walau apa pun yang jadi. Saya dah tak ada sesiapa selain awak."
Areum menyeka air mata yang lebat menuruni pipi. Beg pakaiannya yang dicampak Hoseok dikutip.
"Macam mana aku nak hidup dengan pembunuh ayah aku?" Tindakan Areum terhenti. Air matanya semakin lebat.
"Bukan saya, Hoseok. Ayah saya yang..."
"Sama jelah. Darah yang mengalir dalam badan kau tu, darah pembunuh. Aku tak sudi berhubungan dengan perempuan yang busuk hati macam kau ni, Areum." Tangisan Areum bergema. Teresak-esak sambil cuba mencapai kaki Hoseok.
"Tolonglah bagi saya peluang."
"Berambus sekarang."
"Saya minta maaf!"
"Surat cerai akan sampai. Kau tunggu."
"Jung Hoseok!"
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
FanfictionDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...