Bab 1🎋

4.1K 590 36
                                    

"Mama, kenalkan. Fei, bakal isteri saya." Xi Fei berdiri statik di sebelah Hoseok sambil tersenyum ketika teman lelakinya memperkenalkan siapa dia kepada wanita cantik yang berada di hadapan matanya sekarang ini.

Nampak berusia tetapi tampak awet muda.

"Duduk." Reaksi biasa dari mama. Fei nampak kekok ingin duduk. Dia memandang Hoseok.

"Duduk je." Bisik Hoseok. Fei menelan liur dan tersenyum.

"Terima kasih, makcik."

"Puan."

Fei terdiam sekejap. Tetapi dia abaikan sahaja. Dia duduk di hadapan mama.

"Mama dengan Fei berborak dulu, saya nak keluar sekejap." Kata Hoseok. Fei mendongak, tangan cuba meraih tangan Hoseok.

"Seok.. temanlah."

"It's okay, sayang. Mama tak makan orang. Stay, okey? Nak call Jungkook sekejap." Kata Hoseok sebelum dia beredar. Fei menggenggem tangan sendiri.

"Ehem.." deheman sinis mama mengejutkan Fei. Fei memandang mama. Kemudian tersenyum.

"Err.. puan.. saya.."

"Siapa nama tadi? Fei?" Fei tersenyum dan mengangguk.

"Haah, puan."

"Dah lama kenal Hoseok?" Soal mama.

"Emm.. baru tiga bulan."

"Baru tiga bulan dah mengaku bakal isteri?" Fei terdiam. Dia sudah dapat mengagak mama Hoseok tidak menyukainya. Lihat sahaja cara wanita itu berbicara. Penuh sinis dan jelingan.

"Tinggalkan Hoseok."

Kepala Fei terangkat. "Apa?"

🎋🎋🎋🎋🎋

"Saya betul-betul tak faham apa masalah mama sebenarnya. Dulu Nayeon. Sekarang Fei. Perempuan yang macam mana lagi yang mama nak ni? Kalau saya tak ada calon isteri, mama bising. Bila dah ada, mama hasut dia, cakap yang entah apa-apa sampaikan dia langsung tak nak bercakap dengan saya lagi. Penatlah, ma."

Keluh Hoseok separuh marah dan kecewa kerana perbuatan mamanya. Rambut yang kemas kini sudah serabut diramas. Hoseok tertekan.

"Mama nak perempuan yang ikut cita rasa mama."

"Habis selera saya mama tak fikir?!"

"Mama dah suruh Hoseok kahwin dengan Hayeon, tapi Hoseok tak nak. Dia tu sempurna. Cantik, berdikari, bijak."

Hoseok mendengus. Wajah mamanya dipandang serius.

"Dia tu sibuk memanjanglah, ma. Saya tak nak perempuan yang bekerja. Hayeon tu doktor. Saya ni pilot. Bila kami nak berjumpa kalau dah kahwin nanti?" Soal Hoseok.

"Mama boleh pujuk dia berhenti kerjalah."

"Then kalau dia tak nak?" Mama diam sambil membelek telefon. Membaca berita melalui talian. Sudah tidak tahu hendak melawan kata dengan anak bongsu ini.

Hoseok mengeluh lantas bangun dari sofa. Dia melangkah ke pintu rumah.

"Nak ke mana pulak tu?"

"Cari ketenangan. Dapat cuti pun tak boleh rasa senang."

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now