Bab 16🎋

2.3K 402 19
                                    

Areum memerhatikan Hazel bermain di ruang tamu. Jiwo menghantar Hazel ke sini kerana wanita itu terpaksa bekerja di luar kawasan. Jadi hari ini, Areum ceria ditemani Hazel. Bukan hari ini sahaja, hari-hari sebelum ini pun begitu. Cukup sebulan Areum bekerja di sini, tiada langsung gangguan mahupun perkara yang tidak menyenangkan berlaku.

Dalam pada masa yang sama, layanan Hoseok terhadapnya juga nampak berbeza dari hari ke hari. Semakin mengambil berat, semakin mencairkan hati. Bagai segala kata yang keluar dari bibir lelaki itu bukan gurauan, tetapi benar belaka.

"Kakak.." Hazel bangun dari duduk di lantai, dan mendekati Areum yang sedang bersila di atas sofa. Areum angkat tubuh Hazel dan diletakkan di sebelahnya.

"Yes?"

"Zhè shì shénme? (What is this?)" Soal Hazel sambil menekan jari kecilnya pada pergelangan tangan Hazel.

"Zhè shì yī duǒ méiguī. Yīgè wénshēn. (This is a rose. A tattoo)." Jawab Areum juga dalam bahasa Mandarin. Hazel bijak, penguasaan bahasanya lebih daripada satu.

Hazel mendongak. Wajahnya nampak teruja. Areum senyum dan angguk.

"Hazel nak juga.."

Ah, kacau.

"Tak boleh. Akak je boleh."

"Alah.. kenapa?" Hazel mula membelek lama tattoo itu, sehingga mereka berdua tidak sedar, Hoseok datang mendekati. Lelaki itu datang dari tingkat atas.

"Hazel buat apa dengan tangan Kak Areum?" Suara Hoseok mengejutkan dua si cantik ini. Areum menarik laju tangannya dari pegangan Hazel.

"Tattoo."

"Tattoo? Awak ada tattoo, Areum?" Areum terdiam. Selama ini Hoseok langsung tak perasan?

"Ada, papa. Rose. Cantik! Tunjuklah, kakak." Hazel menarik tangan Areum dan tanpa dapat dihalang, terpampang jelas pergelangan tangan kiri Areum pada mata Hoseok.

Hoseok renung bentuk bunga mawar itu. Matanya mengecil.

"Macam pernah nampak..." kali ini mata Areum pula mengecil.

"Semua ahli keluarga saya ada tattoo ni. Sama, saiz yang sama, tempat yang sama." Kata Areum. Hoseok memandang Areum.

"Really?" Areum mengangguk.

"Kebetulan je kut." Hoseok sedapkan hati.

"Apa yang kebetulan?" Hoseok menggeleng.

"Tak ada apa-apalah. Err.. awak sibuk ke sekarang?" Tanya Hoseok, segera dia mengalihkan topik. Tidak mahu topik tadi menjadi utama antara mereka.

"Tak. Tapi jaga Hazel." Kata Areum sambil  memandang Hazel yang sedang memanjat ribanya.

"Kalau macam tu, Hazel kena tinggal rumah, kita berdua je pergi." Dahi Areum berkerut.

"Hah? Nak ke mana ni?"

Hoseok tersengih. "Jom, bersiap."

🎋🎋🎋🎋🎋

"Hospital?"

Terkebil-kebil mata Areum memandang bangunan hospital swasta yang pernah dia dirawat dahulu. Kemudian Areum memandang Hoseok, atas bawah lelaki ini dipandang.

"Jom, masuk."

"Kejap, untuk apa?" Personaliti Areum tiba-tiba berubah. Wajahnya serius, tangannya tidak semena-mena memegang erat lengan Hoseok.

"Check up."

"Untuk.. apa?" Areum ulang. Hoseok mengeluh.

"Untuk awaklah. Awak ingat saya tak tahu ke yang awak tengah tak sihat sekarang? Awak pregnant, Areum."

"Seok, kan saya kata saya tak nak." Kata Areum. Suasana sedikit tegang apabila Areum nampak marah.

"Areum, dengar sini. Awak dah mengandung lebih sebulan. Dari kita berjumpa, sampailah sekarang. Dah nak masuk dua bulan dah, Areum. Buatlah check up. Kalau jadi apa-apa dekat baby awak macam mana?" Panjang bebel Hoseok, satu pun tak masuk dalam kepala Areum. Sebaliknya dia rasa marah dan sakit hati.

"Hoseok, untuk pengetahuan awak, sikit pun saya tak ada rasa dekat budak ni. Buat apa saya nak susah-susah jaga dia sedangkan ayah dia pun saya tak ambil peduli? Saya tak suka budak ni, dan saya tak suka ayah dia! Jangan paksa saya buat benda yang saya tak suka, Hoseok."

Bentakan Areum, sangat memeranjatkan Hoseok. Pengakuan ini benar-benar mengejutkan.

"Kalau awak tak suka pun tapi tolonglah ingat, baby tu tak bersalah."

"Awal dulu lagi saya nak minta tolong awak hantar saya ke hospital, saya nak gugurkan budak ni. Tapi awak tak bagi. Awak cakap awak kesian, awak nak jaga dia. Saya ikutkan kata awak. Tapi sekarang awak nak saya buat check up pulak. Tahu tak benda ni menyusahkan saya dah awak sendiri, Hoseok? Hoseok, buka mata! Kita bukan suami isteri tau. Kita ni.. tak ada apa-apa hubungan! So please.. don't treat me like your girlfriend or wife. Please.."

Terdiam Hoseok. Terasa wajahnya bagai disimbah cat merah. Panas dan malu. Hatinya sakit tiba-tiba.

"Awak tak suka kalau saya layan awak macam tu?" Dengan berani, Hoseok menanya. Areum mendengus tanpa memandang Hoseok.

"Bukan tak suka. Tapi saya takut."

"Takut apa?"

"Saya takut saya terjatuh cinta dekat orang yang salah." Kepala Hoseok tertoleh. Serius wajahnya.

"Tak salah. Sebab saya mula rasa benda yang sama."

"Hah?"

"Saya suka awak, Areum."


🎋🎋🎋🎋🎋

Kita speed sikit situasi. Sebab nanti mereka ada pergaduhan besar dan perpisahan. Thats why kalau boleh nak akad nikah cepat2. Hehehehehehe

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now