Hazel di ruang tamu sedang bermain. Areum perhatikan dari dapur. Dia membantu Kak Jira memasak walaupun Kak Jira menegah keras. Sambil-sambil menjaga Hazel, bolehlah dia mengeluarkan peluh di dapur.
"Kak Jira."
"Hmm?"
"Hoseok pernah marah Hazel tak sebelum ni?" Soal Areum. Suaranya berbisik-bisik. Tidak mahu Hoseok yang sedang membuat kerjanya di meja rehat mendengar.
"Pernah." Jawab Kak Jira sepatah. Areum memandanh wajah Kak Jira, lama.
"Pernah?"
"Bukan pernah, selalu. Masa dia mula-mula sampai, Hazel tu.. tahulah dia macam mana dengan tuan. Manja, mengada-ngada. Bila tuan balik, dia meleset. Tuan rimas, marah si Hazel. Menangis budak tu. Merajuk. Ajak main pun kena marah. Lama-lama, Hazel terus tak nak dekat dengan tuan. Takut." Cerita Kak Jira. Menelan liur Areum dibuatnya. Sekilas dia memandang Hoseok dan Hazel.
Memanglah jauh. Takut Hazel tiba-tiba datang dekat, mengamuk pulak Hoseok.
"Tapi Hoseok tak pernah pukul Hazel, kan?"
"Tak. Tak pernah." Areum menarik nafas lega. Syukurlah.
"Kakak! Kakak!"
Areum menoleh.
PRANG!
"Hazel!" Suara Areum meninggi tatkala Hazel yang sedang membawa kertas bersaiz A3 tiba-tiba tersungkur berdekatan di meja kerja Hoseok sehinggakan tanpa sengaja mug berisi air kopi milik Hoseok tertumpah dan terkena iPad lelaki itu.
"Aduh, sakit."
"Hei!" Areum bertambah cemas, apabila Hoseok tiba-tiba mengamuk. Meja itu ditumbuk kuat. Areum pantas melangkah mendapatkan Hazel tetapi Hoseok pantas. Tubuh kecil yang sedang terbaring kesakitan itu dipegang. Hoseok pegang lengan Hazel cukup kuat. Hazel menjerit.
"Hidup kau ni menyusahkan tahu tak, budak?"
"Seok! Lepaskan dia. Maafkan dia. Dia budak lagi, Seok."
"Kenapa kau nak bela budak ni?! Budak ni banyak menyusahkan aku!" Melengking suara Hoseok. Lengan Hazel diangkat sehingga tubuh itu hampir tidak menjejakkan kaki di lantai. Hazel menangis.
"Hoseok, lepaskan dia. Bagi saya. Dia tak salah." Areum cuba mendekat. Tetapi Hoseok bertindak semakin menakutkan. Rambut Hazel yang bertocang satu ditarik. Menggantikan tangannya yang tadi memegang lengan Hazel. Jadi kini, Hoseok menarik rambut si kecil itu sehingga tubuhnya terangkat paras pinggang.
"Hoseok!"
"Budak ni kena mati."
"Hoseok! Stop!" Jerit Areum. Matanya merah. Marah dia. Sabarnya hilang.
"Sedar, Hoseok. Buka mata awak! Kalau budak ni mati macam mana?!" Jerit Areum. Kak Jira cuba menenangkan keadaan. Tetapi nampaknya dia pun tidak berani masuk campur. .
"Kau melebihkan budak ni daripada aku? Kau kata aku suami kau? Apa ni?"
"Sakit, papa. Hazel minta maaf!" Meraung-raung Hazel. Hati Areum luluh melihat keadaan itu.
"Lepaskan dia, Hoseok. Dia sakit. Kesian dia."
"Biarlah. Dia degil. Kau degilkan, budak?!" Hoseok menggoncangkan tangannya, menjadikan tubuh Hazel turut bergoyang. Semakin nyaring suara Hazel. Sehingga hampir tiada langsung suara budak itu menangis.
"Hoseok! Lepaskan." Areum pujuk lagi. Kakinya melangkah setapak demi setapak tanpa Hoseok sedar.
"Kesian dia. Dia budak lagi." Areum segera mencapai tangan Hazel yang sedaya upaya menggapai tangannya daripada tadi. Setelah itu, Hazel terus berpindah ke dalam pelukannya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
FanfictionDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...