Bab 44🎋

2.9K 337 25
                                    

Puan Jung tersenyum sedikit melihat gelagat anak dan menantunya di rumah. Hoseok dan suami Jiwo ada, Jiwo dan Areum pun nampak selesa. Masing-masing membawa zuriat.

Cuma, hati tuanya masih kesal kerana gagal mengucapkan kata maaf kepada Areum. Daya suaranya ditarik. Upaya sebutannya hilang. Malah hendak memanggil pun perlu mengerang. Sehinggakan menantunya itu salah sangka bahawa dia masih membenci. Padahal tidak, sejak dirinya ditimpa sakit yang tiba-tiba.

Tetapi lama-kelamaan, hasil rawatan di hospital, Puan Jung mampu menggerakkan tangannya sedikit. Bahagian sebelah kiri yang tidak lumpuh juga sudah mampu digerak-gerakkan lebih daripada dua pergerakan berbeza. Bibirnya sudah tidak terlalu terherot. Semua itu mengambil masa selama tiga bulan lamanya.

Bermakna, selama tiga bulan lebih juga Areum di rumah ini. Menguruskan segala keperluan Puan Jung, Hoseok dan adakalanya Hazel yang begitu manja dengannya. Areum semakin sarat. Berbaki tiga bulan lagi sebelum dia melahirkan. Begitu pantas sekali masa berlalu.

"Akak cemburu betul tengok Areum. Badan macam orang tak mengandung. Kecil je." Omel Jiwo sambil membandingkan tubuhnya yang mula membulat dengan tubuh Areum yang kekal ideal walaupun sedang mengandung.

"Akak, tahu tak saya dah naik berapa kilogram? 11 kilo tau!"

"Akak 14 kilo! Hah, apa?" Areum ketawa. Jiwo menjeling. Padahal kandungan Areum lebih awal darinya. Dia pula yang terlebih gemuk.

"Tak apalah. Nanti kuruslah semula." Kata Areum. Jiwo mencebik.

"Akak ni punyalah sorok perut. Tetap nampak. Areum? Macam tak mengandung pun." Tergelak Areum lagi. Benda macam tu pun boleh jadi isu untuk mereka berborak di ruang tamu ini.

"Tak adalah, kak. Nanti nampaklah."

Ding dong!

Ding dong!

Tumpuan mereka berdua terhenti. Baru Areum hendak bangun dari duduk, Jiwo menahan. Hoseok sudah terlebih dahulu bangun.

"Siapa, Seok?" Soal Jiwo apabila Hoseok seakan-akan terpaku di hadapan pintu melihat dua orang tetamu yang berdiri di hadapannya.

Jiwo tidak berpuas hati, dia bangun. Areum juga. Setelah melihat dua lelaki itu, Areum terperanjat besar.

Matanya terus besar terbuntang, mulutnya ternganga. Tangan menutup mulut.

"Ayah.."

🎋🎋🎋🎋🎋

Keadaan menjadi panas. Sebahang hati Hoseok yang tiba-tiba sahaja marahnya meluap-luap. Memandang wajah Areum pun, dia rasa sakit hati. Malah kebencian mula bersarang di hatinya.

"Ayah penyebab Encik Jung mati. Ayahlah yang meragut dia dulu. Ayahlah puncanya." Jay menangis. Memegang tangan Areum yang begitu sejuk sekali. Peluh terkejut, peluh takut dan peluh marah. Semuanya bercampur sekali.

"Ayah dengan Yoongi datang sini sebab nak minta maaf dengan kau, dengan keluarga suami kau." Kata Jay lagi. Areum membiarkan air matanya mengalir. Sikit pun wajah orang tua itu tidak dipandang. Yoongi lagilah. Jelas raut wajah itu begitu menang sekali selepas semua ini terjadi.

"Ayah tak malu ke datang sini? Lepas ayah jual saya? Hmm?" Soal Areum. Suaranya cuba ditahan daripada terkeluar esakan. Tetapi dia marah. Kebahagiaan yang baru dia rasa ini nampaknya ditarik semula.

"Ayah minta maaf, Areum."

"Kemaafan ayah tak akan mengembalikan ayah Hoseok." Areum mengetap gigi sambil menutur. Tegas.

"Ayah nak bawa kau balik. Kau tak boleh duduk dekat sini." Kepala Areum tertoleh laju. Matanya yang basah semakin berair. Tangannya ditarik laju dari pegangan Jay. Kemudian dia berdiri. Semua mata memandangnya, kecuali Hoseok.

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now