"Saya dengan Jungkook kena keluar dulu. Awak stay dengan Faye eah?" Areum angguk. Dia tersenyum juga ke arah Jungkook, rakan Hoseok. Faye, teman wanita lelaki itu. Faye Marren sepenuhnya darah Thailand. Cantik, kecil, sesuai bergandingan dengan Jungkook. Mereka akan bersama-sama berlepas ke Thailand nanti.
"See you." Areum dan Faye melambaikan tangan ke arah dua lelaki itu untuk bersiap sedia.
"Areum.. jom duduk. I tahu you masih tak larat lagi." Areum memandang Faye hairan.
"You tahu?" Faye senyum. Lengan Areum diraihnya lembut.
"Mestilah tahu. Your boyfriend told me. I simpati atas keguguran you." Kata si cantik itu. Areum tertawa kecil. Mereka melabuhkan punggung di kerusi.
"It's okay. Bukan peluang I nak jaga anak. By the way.. Hoseok bukan boyfriend I."
"Hah?!" Tinggi suara Faye melengking. Areum menutup mulut Faye dengan tangannya.
"Shh.. janganlah bising."
"Habis selama ni you dengan dia.."
"Dia special boyfriend I. Special tu tercicir." Kata Areum. Faye melepaskan nafas panjang. Lega ada, tak puas hati pun ada.
"You ni, Areum. Buat I terkejut je. I ingatkan Hoseok bertepuk sebelah tangan." Areum ketawa. Faye juga sama tergelak.
"Patutlah Hoseok suka gila dekat you. Pandai bergurau." Tokok Faye lagi. Areum berdecit.
"Apanya? I bergurau sebab nak hilangkan rasa sedih." Kata Areum. Faye memandang wanita yang muda setahun darinya ini dalam-dalam.
"You ada masalah ke, Areum?"
"Hmm?"
"You ada masalah?" Ulang Faye. Areum terkebil. Faye tak tahu nampaknya. Hoseok masih simpan hal itu dari pengetahuan sesiapa. Hal mengenai kebencian Puan Jung terhadapnya.
"Taklah. Tak ada pun. Sedih biasa je." Kata Areum lagi. Faye tersenyum kecil. Bahu Areum ditepuk sekali.
"Kalau ada masalah, jangan segan-segan untuk share dengan I. I sudi dengar." Ujar Faye. Areum terus melebarkan senyumannya.
"Thank you, Faye. You baik sangat dengan I." Mereka sama-sama tersenyum.
"Dahlah, tak nak sedih-sedih, kita kan nak bercuti? Beruntung tau boyfriend bawa kita sendiri ke Thailand." Usik Faye. Areum semakin geli hati.
"You pun beruntung juga."
"Sebab boyfriend kita sama-sama bertugas!"
Gelak mereka bersahutan. Faye dan Areum nampak serasi. Nampak selesa berborak bersama walaupun ini adalah kali pertama berjumpa.
"You dengan Hoseok memang nak kahwin dengan Thailand ke?"
"Hah? Mana ada!"
Faye mengerutkan dahi. "Habis? Dia bagitahu I macam tu."
"Taklah. Dia bergurau je." Putus Areum. Tidak mahu memanjangkan isu ini. Tetapi Faye tidak berhenti di situ. Satu soalan lagi dilepaskan.
"So.. tarikh sebetul dia?" Areum yang mendengarnya mengeluh.
"I tak tahu nak jawab apa. Sebab.. I sebenarnya masih keliru dengan diri I sendiri." Ya, itulah sebenarnya. Areum keliru adakah tindakannya ini benar atau sebaliknya. Dia tidak ubah seperti merampas seorang lelaki yang bergelar anak daripada seorang wanita bergelar ibu.
"Aik? Kenapa? Dah buat persiapan ke belum?"
"Hati I masih keliru." Kata Areum. Faye diam. Lama.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
Fiksi PenggemarDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...