“Kau siapa?”
“Seok?”
“Aku tak kenal kau.”
Areum seperti hendak meraung di situ. Dipegang tangan Hoseok, disentuh wajah itu tetapi Hoseok mengelak.
“Hoseok, saya isteri awak! Saya Areum, isteri awak.” Kepala Hoseok tergeleng. Wajahnya tertayang hairan.
“Aku tak kenal kau. Mama! Bawa perempuan ni keluar!”
“Hoseok!” Terduduk Areum di situ. Hoseok berlalu masuk ke dalam bilik, dan pintu itu dihempas kuat. Dikunci. Areum menangis, teresak-esak kuat tanpa mempedulikan Puan Jung yang sedang mendaki anak tangga, mendekatinya.
“Kau dah puas hati? Hmm? Kau tengok, dia tak kenal kau, kan?”
“Kenapa dia jadi macam tu, puan?”
“Sebab kau! Aku nak, sekarang kau bangun, kau keluar dari sini. Dah puas hati, kan? Keluar.” Areum bangun juga. Harapannya punah begitu sahaja. Hoseok tak kenal dia. Hoseok tak kenal. Hosoek lupa.
“Terima kasih, puan.”
“Keluar.”
Areum terus menapak keluar.
🎋🎋🎋🎋🎋
Sebulan berlalu. Hidup Areum betul-betul gelap. Tetapi mujur ada Faye yang menceriakan hari-harinya. Faye sangat baik. Kadang-kala, keluarga Faye datang menjenguknya juga. Sanggup datang dari Thailand semata-mata ingin tahu keadaan Areum.
Bukan itu sahaja, malah Jiwo dan Hazel juga datang menjenguk. Ada kalanya Hazel tidur di sini. Kasihan si kecil itu. Rindukannya yang sudah lama tidak bertemu empat mata.
Sejak dia dihalau oleh Hoseok sendiri dulu, Areum berputus asa. Areum rasa dia hidup di sini hanya untuk membesarkan anak dan mendidik anaknya sendiri. Tanpa ada suami, tanpa ada sesiapa. Bukan dia tidak mahu berusaha, tetapi jika dia teruskan juga, hanya air matanya yang mengalir. Hoseok tidak akan ingat siapa dia. Hoseok akan marah, lelaki itu akan terganggu. Daripada semua itu terjadi, baik dia sendiri yang mengalah dan mengundur diri.
Ada masanya, adalah.
Tiada, tiadalah.
Ding dong!
Ding dong!
Areum mendengar bunyi loceng rumahnya. Tetapi dia tiada rasa hendak bangun dari katil dan turun ke bawah. Biarlah Faye yang buka.
Tahu-tahu sahaja, susuk tubuh Hazel muncul di muka pintu biliknya.
“Kakak!” Areum tersenyum. Juring mata yang basah diseka. Matanya sudah cukup bengkak dan sembab kerana banyak menangis.
“Hazel…”
“Kakak, Hazel rindu.” Si kecil itu memanjat katilnya dan terus tanpa sempat Areum bangun, Hazel memeluk perutnya. Pipi si kecil itu menempel pada perutnya yang mula kelihatan apabila dia sedang berbaring.
“Akak pun rindu Hazel juga. Mommy mana?”
“Dekat bawah. Mommy datang dengan daddy. Daddy berborak dengan uncle, mommy pula berborak dengan aunty.” Tersenyum Areum. Uncle yang dimaksudkan adalah Jungkook dan aunty adalah Faye. Jungkook kebetulan ada di sini. Meriahlah juga rumah ini buat seketika.
“Kak Areum, Hazel nak tidur sini boleh?” Pinta Hazel. Areum menunduk memandang wajah cantik Hazel.
“Kenapa Hazel nak tidur sini? Kenapa tak tidur rumah mommy? Kesian mommy.”
“Emm… Hazel tak nak. Papa Seok asyik marah-marah je bila Hazel ajak dia main. Papa dah tak macam dulu.” Kata Hazel. Mata cantik itu berkaca-kaca. Areum menelan liur.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
FanficDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...