Pertama sekali, terima kasih sebab awak sudi baca pesanan dan ayat terakhir saya. Saya takut disebabkan rasa benci, awak tak nak langsung baca apa yang saya nak cuba sampaikan. Tapi Hoseok, jauh di sudut hati saya, rasa benci tu langsung tak berbekas. Saya tetap cintakan awak.
Ingat tak dulu, waktu saya kata, saya tak akan tinggalkan awak melainkan awak yang minta saya pergi? Saya tunaikan. Saya faham, kesilapan lampau ayah saya memakan diri saya sendiri. Saya tahu, saya tak layak berdamping dengan lelaki macam awak, tapi saya berdegil. Saya balas, saya cintakan awak sepenuh hati saya sampaikan saya terlupa siapa saya sebenarnya.
Hoseok, saya sorang-sorang dekat sini. Saya takut. Saya tak ada sesiapa. Saya cuma ada anak kita.. dan cinta awak. Tapi tu tak cukup. Awak kena ada sekali. Awak pelengkap bahagia saya. Tapi saya tahu, saya tak boleh tamak. Saya kena sedar di mana saya berpijak dan dengan siapa saya bercakap.
Saya harap sangat saya dapat jumpa awak semula. Saya nak balik, saya nak jumpa awak. Tapi entahlah.. hati saya kata, saya tak sempat nak jumpa awak. Saya rasa macam ada sesuatu yang berlaku. Saya kerap mimpi saya pakai baju putih. Saya jalan-jalan dekat taman bunga, taman rama-rama. Saya tengok pantai, saya tengok langit, saya gembira.
Tapi semua benda saya buat tu tanpa awak. Kerap mimpi tu muncul. Rasa tenang tu, Tuhan je tahu. Saya tak payah fikir apa-apa. Saya rasa seronok. Sampaikan saya tak nak bangun langsung dari tidur.
Hoseok, saya gembira dan bahagia selama dengan awak. Walaupun ada sesekali saya menangis sebab saya terlalu rindu dan takut. Saya takut awak lupa saya sampai bila-bila. Saya risau kalau saya tak mampu jadi yang terbaik untuk awak.
Seok, awak akan carilah pengganti saya tak? Siapa agaknya yang akan jalankan tanggungjawab saya pula lepas ni? Kalau awak tanya saya, tak. Saya tak akan cari pengganti. Dari saya hidup, sampailah saya mati, nama Jung Hoseok tetap saya tak akan lupakan walaupun awak lupakan saya.
Maafkan kesalahan saya, kesalahan lampau ayah saya. Saya harap, kebencian awak hanya seketika. Sebab saya tak sanggup dibenci lelaki yang saya cinta. Saya tak sanggup..
Kalau ada jodoh, kita berjumpa lagi. Kalau tak ada, saya nak awak tahu, sampai saya mati, saya akan ingat awak. Saya akan berjuang untuk anak kita. Jaga dia, untuk saya. Sayang dia, macam mana awak pernah sayang saya.
Selamat berbahagia, suamiku.
Dan anakku, ibu akan selalu mendoakan kesejahteraan anak ibu dan papa dari jauh.
- Dalam kenangan, Isterimu Areum -
"Papa.." air mata Hoseok jatuh berjuraian. Dia menoleh sambil menyeka air matanya. Memandang Aira yang sedang membawa anak patung Pooh di tangan.
"Ya, Aira."
"Papa baca apa?" Hoseok menangkat tubuh anaknya yang berusia 4 tahun ini dan diletakkan di atas ribanya.
"Papa baca surat ibu."
"Surat ibu?" Aira memegang surat bertulis tangan milik Areum.
"Papa.. ibu pergi mana?" Soal Aira. Hoseok tersenyum pahit. Belakang kepala anaknya dikucup mesra.
"Ibu pergi tempat jauh."
"Kenapa ibu pergi sorang-sorang? Kenapa kita tak ikut?" Soal Aira, polos.
"Sebab masa dia dah tiba." Jawab Hoseok, ringkas. Aira mengeluh. Kepalanya mendongak.
"Ibu cantik tak, papa?"
"Cantik. Macam Aira."
Aira ketawa. Dia memeluk tubuh papanya.
"Aira nak jumpa ibu. Aira nak tengok ibu."
"Mana boleh. Ibu jauh." Kata Hoseok. Mula diangkat tubuh Aira, dibawa ke katil. Aira tak berani tidur sendirian. Jadi memang dia akan tidur bersama anaknya.
"Siapa nama ibu, papa?" Soal Aira lagi. Masih tidak berhenti menyoal walaupun sudah berbaring bersama papanya.
"Areum." Bergetar hati Hoseok tatkala menyebut nama itu.
"Areum.." Aira ulang.
"Nama ibu sedap." Kata si kecil itu lagi. Hoseok tersenyum.
"Ya. Cantik, manis, baik. Papa je yang silap." Kata Hoseok. Aira diam di dalam dakapan Hoseok. Hoseok pejamkan mata.
Saya rindukan awak, Areum.
4 tahun berlalu. Kerinduannya masih menebal. Malah tidak pernah langsung berkurang. Ditambahkan lagi bila Aira semakin berbesar. Kerap kali perkataan 'ibu' diulang.
"Papa.."
"Ya?" Hoseok buka mata.
"Semalam, cikgu tadika Aira tanya. Ibu awak pergi mana? Aira nak jawab apa?" Hoseok terdiam. Soalan ini.. paling dia takuti.
"Bila Aira jawab, ibu pergi jauh, cikgu minta macam-macam. Nama ibulah, kerja ibulah, umur ibulah. Aira nak jawab apa? Jumpa ibu pun Aira tak pernah."
"Aira sayang.." Hoseok menarik kepala Aira supaya memandangnya. Hatinya runtun.
"Ibu Aira dah meninggal, sayang. 4 tahun lepas." Aira nampak terkebil-kebil. Seakan-akan faham, seakan-akan tidak.
"Orang meninggal ni, dia dah mati. Tak boleh buat apa-apa." Tambah Hoseok lagi. Tiba-tiba, Aira mencebik. Matanya berkaca.
"Ibu dah mati?" Hoseok mengangguk.
"Jadi Aira dah tak ada ibu?"
"Ada. Aira ada ibu. Tapi.." kata-kata Hoseok mati terus apabila Aira menangis. Hoseok sebak. Pantas tubuh Aira dibawa ke dakapan.
Tuhan.. kuatkan aku.
"Shh.. jangan nangis. Tak elok. Jangan buat ibu sedih. Dia sedih tau tengok Aira macam ni. Shh.." pujuk Hoseok. Matanya juga mengalirkan air mata. Aira menangis lagi.
"Aira tak boleh menangis. Aira kan ada papa? Papa boleh jaga Aira, boleh bagi Aira apa yang Aira nak. Tapi, papa minta maaf sayang. Papa tak mampu bagi ibu untuk Aira." Esak Hoseok. Matanya terpejam. Berharap agar Areum dapat merasakan kesedihannya kala ini.
"Aira jangan nangis eah?" Pujuk Hoseok. Aira angguk. Hoseok cuba bertenang. Mata masih terpejam.
Tak akan ada sesiapa yang boleh menggantikan awak, Areum. Tak akan ada sesiapa...
- TAMAT -
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
FanficDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...