Melihat susuk tubuh Puan Jung duduk di atas kerusi roda dengan tangan sedikit terbengkok, mulut sedikit terherot dan kedudukan kaki yang tidak tegak, Areum dihurung rasa kasihan. Jiwo menolak kerusi roda Puan Jung ke dalam.
"Akak.." Areum senyum. Puan Jung memandang ke arahnya. Ada getaran dan sesuatu di mata itu.
"Akhirnya.. sampai. Akak rasa nak patah tengkuk. Mengantuk, letih." Keluh Jiwo. Areum senyum. Faham akan masalah kesihatan kakak iparnya itu. Sudahlah mengandung, perlu ke sana ke mari, berjauhan dengan suami pula tu. Kasihan.
"Tak apa, biar saya bawa puan."
"Eh, tak apalah. Mama kena mandi."
"Saya mandikan." Areum senyum. Jiwo juga sama.
"Terima kasih, Areum. Walaupun mama selalu buat tak baik dekat Areum, Areum sudi tolong." Kata Jiwo. Areum cuma tersenyum sahaja. Dia memandang Puan Jung sebelum mengambil tempat. Jiwo.
"Maafkan saya, puan." Areum terus menolak ke lif rumah yang selama ini jarang digunakan. Dibawa ke tingkat bilik mentuanya. Setelah tiba, Areum menolak kerusi roda Puan Jung sehingga tiba di biliknya.
"Puan, kita mandi ya? Wangi-wangi, lepas tu kita makan. Maafkan saya sebab sentuh puan." Kata Areum seraya menyentuh tangan Puan Jung. Memandang wajah Puan Jung yang memerah. Matanya berair.
"Urghh.. urgh.."
"Kenapa? Puan tak suka saya pegang?"
"Ughh.." Puan Jung geleng kepala sedikit. Kening Areum berkerut. Tidak dapat menangkap langsung apa maksud wanita ini.
"Tak apalah. Dah, puan jangan banyak bergerak. Jom." Areum berdiri. Dia menolak kerusi roda Puan Jung sehingga masuk ke dalam bilik air. Luas bilik air, memudahkan Areum memandikan orang tua ini.
"Puan tunggu sekejap ya. Saya nak sediakan baju puan dulu. Lepas tu baru mandi." Pesan Areum. Kemudian dia terus keluar. Tanpa sedar, air mata Puan Jung mengalir. Air mata sesal.. kerana gagal menilai permata yang selama ini terhias di hadapan mata.
Maafkan mama, Areum.
🎋🎋🎋🎋🎋
Areum meletakkan tubuh di atas katil sebaik sahaja selesai menguruskan Puan Jung. Dia akui, penat. Perlu angkat, bersihkan berak kencingnya, mandikannya. Seharian ini, rutinnya tidak pernah berhenti.
"Muka kau pucat." Sentuhan tangan seseorang pada pipinya membuka mata Areum yang tadinya terpejam.
"Seok.." Areum ingin bangun, tetapi bahunya ditekan Hoseok.
"Baring je. Kau pucat."
"Taklah. Saya okey je."
"Aku tak nak kau sakit."
Areum senyum. "Saya tak sakitlah. Saya okey."
"Kak Jira kan ada. Dia boleh uruskan mama. Kau uruskan aku jelah." Kata Hoseok. Nampak tak puas hati.
"Satu hari ni aku asyik nampak kau buat kerja je. Tak berhenti langsung." Tokoknya lagi. Areum cuma tersenyum. Tubuhnya diiringkan, menghadap Hoseok yang duduk bersila menghadapnya.
"Aku rindu kau. Aku rindu anak aku."
"Anak awak pun rindu awak."
"Ya? Haih.. makin tak sabar nak tunggu dia lahir." Kata Hoseok. Areum ketawa.
"Sabarlah. Ada lagi.. dalam 6 bulan." Ujar Areum. Hoseok berbaring di sebelah Areum.
"Kenapa aku rasa macam perempuan?" Soal Hoseok tiba-tiba. Areum yang berangan, apabila disoal begitu terus mengerutkan dahi.
"Apa yang perempuan?"
"Ni." Areum menunduk. Melihat tangan Hoseok yang mula memegang perutnya. Pantang lepa. Cepat sahaja tangan itu mendarat di situ.
"Kenapa awak rasa perempuan?"
"Sebab kau cantik. Aku nak anak aku cantik macam kau." Areum tergelak. Tidak dapat menahan geli hati.
"Apa awak ni? Saya busuk-busuk macam ni pun cantik ke?" Soal Areum. Hoseok senyum.
"Kau memang cantik. Aku sayang kau." Hoseok memeluk Areum. Entah kenapa, jauh di sudut hatinya mengatakan, Areum akan meninggalkannya.
"Saya sayang awak juga."
"Kau takkan tinggal aku kan?"
"Tak. Saya setia dengan awak."
"Sampai aku mati?" Areum mengangguk.
"Ya. Sampai bila-bila."
Hoseok pejamkan mata, menahan getaran hati. Dia berdoa di dalam hati, jika suatu hari nanti mereka terpisah lagi, dia sudah boleh mengingat siapa wanita ini sebenarnya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
FanfictionDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...