Bab 40🎋

2.6K 365 17
                                    

Hari kedua. Areum semakin faham cara penjagaan makanan Hoseok. Apa yang lelaki itu mahu, apa yang tak mahu. Dia sudah faham.
Rutin hariannya juga. Hoseok menghabiskan masa di bilik. Membaca, main piano, tidur. Kerja, kerja juga. Tapi jarang.

Areum memulas tombol pintu bilik. Malam tadi, tidurnya tidak lena kerana terdengar rengekan halus dari seseorang. Biliknya di sebelah Hoseok dan tidur bersama Hazel. Tetapi Hazel tidak merengek. Nyenyak. Jadi Areum sangka, Hoseok yang mengigau.

"Selamat pagi, awak." Ucap Areum. Langkah kaki di atur sehingga berada di sebelah Hoseok yang sedang duduk di balkoni. Angin pagi, segar. Sejuk. Hoseok tenang tanpa mempedulikannya.
"Kenapa duduk luar? Masuklah. Nanti awak demam."

"Aku mimpi kau malam tadi."

Senyuman Areum mati. Dia menunduk memandang Hoseok. Ingin sekali kepala Hoseok yang separas dadanya itu diusap. Tetapi Areum tahu, dia tidak akan mampu.

"Awak mimpi saya? Saya buat apa?" Tanya Areum ingin tahu.

"Kau.. kau dengan aku.. kahwin. Dekat.. aku tak tahu dekat mana. Tapi macam.. ada pantai, ada resort. Ah, entahlah. Mengarut." Hoseok malas fikir. Areum tersenyum. Hampir ingat.

"Dekat Thailand." Kata Areum tanpa Hoseok bertanya.

"Kita kahwin dekat Thailand."

"What? Dah kenapa kahwin dekat sana? Kau tipu ni. Aku rasa kau bukan isteri aku. Aku takkan buat benda pelik-pelik sampaikan kahwin pun dekat Thailand." Hoseok hendak bangun, tetapi Areum tahan bahu Hoseok. Menolak semula supaya duduk. Hoseok nampak marah, tapi cepat-cepat Areum senyum.

"Jangan marah, sayang. Sabar."

"Masalahnya menyusahkan aku! Aku tak sukalah!" Hoseok memberontak. Tetapi sebaik sahaja Areum menarik tangannya, Hoseok diam. Kemudian Areum bawa tangan itu ke perutnya yang sudah mula terasa benjolnya.

"Cuba pegang." Arah Areum. Hoseok memandang Areum.

"Apa?"

"Peganglah. Rasa." Kata Areum lagi. Dilepaskan tangannya, membiarkan sahaja Hoseok menyentuh perutnya sendiri. Lama Hoseok berbuat begitu. Mata lelaki itu terpaku memandang perut Areum.

"Boleh angkat baju?" Areum agak terkejut mendengar permintaan itu. Tetapi disebabkan Hoseok mahu, dia angkat juga hujung bajunya ke atas. Cukup untuk memberi ruang supaya tangan Hoseok masuk ke dalam.

Hangat tangan itu menyentuh kulitnya. Terasa bahagian perutnya yang benjol diusap-usap. Bibir Areum tersenyum manis.

"Kau mengandung?"

Akhirnya! Areum mengangguk-angguk.

“Ya, saya mengandung.” Kata Areum lagi. Hoseok diam, dia melepaskan tangannya dan kembali memandang ke tempat lain.

“Dah lama ke?” Soal Hoseok.

“Tiga bulan.”

“Anak aku?”

Areum mengangguk. “Ya.”

“Entah-entah anak orang lain. Tapi kau saja claim ni anak aku sebab kau nak yakinkan aku yang kita suami isteri. Kan?” Terkedu Areum. Sebegitu jauh Hoseok berfikir.

“Takkanlah saya nak tipu awak. Awak suami saya.” Jelas Areum. Tetapi melihat Hoseok tiba-tiba berdiri, tubuh Areum terkebelakang. Matanya memandang Hoseok.

“Entahlah. Aku tak ingat apa-apa.”

“Perlahan-lahan. Mesti awak akan ingat.” Areum cuba memberikan sokongan. Hoseok diam, dia menapak masuk ke dalam bilik semula. Areum hanya memandang susuk tubuh itu dari belakang.

“Kalau kau betul isteri aku, aku minta maaf. Aku tak ingat apa-apa pasal kita.” Ujar Hoseok. Areum mengekor Hoseok masuk ke dalam.

“Tak apa. Saya akan tolong awak untuk ingat pasal kita.”

“Kau tak tipu aku, kan?” Tubuh Hoseok terpaling. Areum tersenyum sambil menggeleng.

"Tak. Saya tak tipu." Hoseok cuma dia, kembali berjalan dan terus keluar dari bilik. Areum sendirian. Terduduk di atas birai katil dengan perasaan yang bercampur baur. Dia cuba untuk bertenang tetapi air matanya tetap berdegil mengalir. Ikutkan hati yang tidak sabar, dia memang tidak dapat menerima keadaan Hoseok jadi begini. Tetapi dia perlu bersabar. Semua penyelesaian masalah ada sabar.

🎋🎋🎋🎋🎋

Areum mengemas katil Hoseok. Menggantikan cadar atas permintaan lelaki itu sendiri. Malam mula melabuhkan tirai. Hoseok mengantuk. Walaupun baru 8 malam, mata itu kelihatan berat.

"Dah siap. Tidurlah. Saya nak lipat baju awak." Kata Areum seraya turun dari katil.

"Kau tak penat ke uruskan aku?" Soal Hoseok, tiba-tiba. Areum duduk di sofa kecil, meribakan uniform dan kemeja Hoseok untuk disusun.

"Sebelum ni, saya buat macam ni juga."

"Ya?" Areum mengangguk sambil tersenyum.

"Ya. Saya buat semua ni. Nak penat apa?" Hoseok diam. Lelaki itu sudah pun naik ke atas katil. Matanya memandang Areum.

"Aku masih tak ingat kau." Kata Hoseok lagi. Mata Areum terpaku ke arah Hoseok.

"Janganlah paksa. Nanti awak sakit."

"Kenapa aku tak ingat kau sorang? Sedangkan orang lain aku boleh ingat?" Gumam Hoseok. Seolah-olah soalan itu untuk diri sendiri. Areum cuma tersenyum. Dia sebak. Tidak mahu air matanya jatuh di hadapan Hoseok.

"Kau tak tipu aku, kan?" Entah buat kali ke berapa Hoseok menanya soalan itu.

"Saya tak tipu awak, Seok."

"Kenapa aku rasa kau macam menipu aku eah? Maksud aku.. ada sesuatu yang lain kau tipu aku." Kata Hoseok lagi. Areum kerutkan dahi. Terhenti kerjanya.

"Kenapa awak fikir macam tu?" Soal Areum.

"Entahlah." Itu sahaja jawapan Hoseok. Areum tarik nafas dalam-dalam.

"Dahlah. Tidur. Awak kata mengantuk tadi." Kata Areum. Mematahkan terus perbualan mereka. Lagipun, jika Hoseok memaksa diri untuk ingat, dia bimbang lelaki itu akan jatuh sakit.

"Hmm.." Hoseok terus pejamkan mata. Areum senyum. Dia fokus melipat helaian unifom dan kemeja Hoseok sehinggalah telinga terdengar dengkuran kecil.

"Tidur pun." Gumam Areum. Selepas selesai melipat, Areum kemaskan ke dalam almari. Kemudian dia malapkan lampu bilik sebelum mendekati Hoseok seketika. Rambut yang jatuh ke dahi ditolak lembut. Dahi itu dicium sayang.

"Goodnight." Bisik Areum. Baru sahaja Areum hendak memusingkan tubuh, tiba-tiba lengannya dipegang. Terkejut Areum. Jantungnya terus berdegup kencang.

"Seok?" Hoseok masih tidur. Tetapi kening dan dahi itu berkerut-kerut. Bibirnya sedikit bergerak dan mengeluarkan suara. Rengekan kecil.

"Hei.. sayang." Areum menunduk merenung wajah Hoseok. Kerutan di wajah itu merisaukannya. Tangan Hoseok kuat mengenggam lengannya.

"Ar.. Areum." Areum terkejut. Namanya disebut Hoseok.

"Awak?"

"Areum.. saya.." jantung Areum laju berdegup. Liur ditelan berkali-kali. Dia cuba bertenang. Lengun berdiri, Areum duduk di birai katil. Belakang tubuh Hoseok diusap-usap perlahan memandangkan lelaki ini tidur mengiring menghadapnya.

"Shh.. saya ada sini. Saya ada." Bisik Areum. Serta-merta, rengekan itu bertukar dengkuran kecil. Cengkaman longgar. Hoseok lena semula.

Areum pelik. Kenapa Hoseok nampak lain di dalam tidur? Tetapi dia tetap tidak ingat apa-apa jika sedar sepenuhnya?

Areum mengeluh. Dia berharap sangat agar lelaki itu cepat sembuh. Dua hari dia diuji, rasanya sangat sakit sekali. Dia berharap sebelum dia pergi lagi, Hoseok tahu siapa dia.. Hoseok kenal siapa dia.

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now