Areum dan Hazel sama-sama melukis di ruang tamu rumah. Hazel sekali lagi ditinggalkan di sini. Jiwo amanahkan untuk menjaganya.
Hazel terlalu kagum dengan lukisan Areum. Areum ada bakat melukis. Potret ringkas Hazel dilukis Areum di atas kertas A3. Hazel sedang tersengih. Cantik!
"Kakak! Kakak! Lukiskan! Hazel nak warnakan ni." Kata Hazel dengan terujanya sambil menghulurkan kertasnya pula kepada Areum. Areum tersenyum. Diberikan potret tadi kepada Hazel. Habislah.. hancur diwarna Hazel.
"Hazel warna dulu, kakak nak ambil makanan sekejap."
"Okey!"
Areum bangun. Dia menapak ke dapur. Matanya meliar mencari sesuatu. Ke mana pula makanannya pergi.
"Cari apa?"
"Oh, terkejut." Areum terperanjat. Dia menoleh. Hoseok muncul. Di mana-mana sahaja lelaki ini muncul.
"Cari apa?" Soalan diulang.
"Makanan." Jawab Areum dan kembali mencari sesuatu itu.
"Ni?" Areum menoleh lagi. Menganga dia dibuatnya tatkala beberapa bungkus asam yang dibeli tadi kini berada di tangan Hoseok.
"Kenapa awak ambil? Bagi saya semula." Pinta Areum. Dia mendekati Hoseok, lengan lelaki itu dipaut supaya memberikannya semula asam-asam yang pelbagai itu.
"Dari pagi lagi saya nampak awak mengunyah benda ni. Habis dua bungkus dah kan? Tak boleh."
"Alah, Hoseok.." rengek Areum. Rasa nak marah, rasa menangis, rasa mengamuk mula membara. Lagi-lagi bila Hoseok sengih. Nakal sangat riak wajah itu! Cuba menguji kesabarannya yang tipis ini.
"Tak eloklah makan benda tu banyak-banyak."
"Awak bukan doktor nak halang apa yang saya nak makan."
"Saya bukan doktor, tapi saya lelaki awak."
"Hah? Awak lelaki saya? Ada ke tulis dekat mana-mana kat badan awak nama saya? Ada A.R.E.U.M dekat situ? Ada?!" Areum menjeling jengkel. Dia cuba merampas bungkusan itu tetapi tetap juga tidak berjaya.
"Ada. Dekat hati saya." Kata Hoseok geram, sebelum dahi licin itu dijentik lembut.
"Aduh! Sakitlah."
"Benda lain boleh minta, tapi jangan asam." Kening Hoseok menari-nari. Areum berdecit kasar. Bernanah rasa hati. Tahu asyik nak cari gaduh je. Nak cari pasal je. Sakit hati betul!
"Saya tak nak benda lain, saya nak asam tu je."
"Saya awak tak nak?"
"Hoseok!"
Hoseok ketawa. Areum mendongkol geram.
"Papa! Janganlah kacau kakak!" Laung suara kecil itu dari ruang tamu. Areum dan Hoseok menoleh serentak. Kelihatan si kecil itu sedang bercekak pinggang dengan pensil warna di dalam genggaman, memandang tajam wajah Hoseok.
"Papa tak kacau kakak, sayang. Kakak yang tiba-tiba nak pegang-pegang papa." Hoseok semakin kuat menyakat. Dijeling tangan Areum yang masih melekat pada lengannya.
"Hei! Awak ambil barang saya, lepas tu awak tuduh saya pulak?" Memetir suara Areum. Hoseok masih ketawa, tidak sedar langsung sepasang mata cantik itu mula berkaca. Areum putus asa, dia terus menolak Hoseok jauh.
"Areum!" Besar langkah mendekati Hazel, sikit pun tidak menoleh. Lantas tubuh kecil itu didukung.
"Kakak! Hazel tak siap lagilah!"
"Kita buat kat atas. Sibuk je papa awak tu." Areum mengemas dengan sebelah tangan dan sekelip mata tubuh Areum hilang. Siap jeling Hoseok sebelum naik.
"Kakak marah papa ke?" Soal si kecil ini. Tangan itu naik ke wajah Areum yang kemerahan. Ada air mata sikit yang mengalir.
"Taklah."
"Kakak janganlah nangis." Pujuk Hazel. Lemah kaki Areum nak melangkah ke bilik Hazel mendengar pujukan yang cukup lembut dan halus itu.
"Tak menangislah. Pedih mata je." Kata Areum. Menipu si kecil ini daripada memahami hati dan emosinya yang sensitif.
"Tak apa, nanti Hazel marah papa. Okey?" Kata Hazel. Areum hanya tersenyum nipis.
"Hazel janji."
🎋🎋🎋🎋🎋
"Papa jahat! Papa jahat!"
"Aduh! Auww! Sakitlah, Hazel! Aduh!" Mengaduh-aduh Hoseok dibuatnya apabila Hazel datang menyerang ke arahnya dari tingkat atas. Hoseok, Puan Jung dan Jiwo berada di ruang tamu berkumpul, baru sahaja berbincang-bincang tiba-tiba ada suara kecil menyampuk.
Pening kepala Jiwo melihat anaknya mengamuk tiba-tiba. Puan Jung juga.
"Hazel kenapa ni? Marah tiba-tiba?" Tanya Jiwo.
"Mommy, tadikan.. papa kacau Kak Areum."
"Hei mana ada!"
Tiga pasang mata perempuan kini menikam Hoseok. "Seok..." panjang namanya diseru oleh kakak dan mamanya.
"Apa? Saya buat apa?"
"Tipu! Papa tipu! Kak Areum sampai menangis sebab papa kacau."
"Hoseok!"
"Tak!"
"Ya!"
Riuh rendah rumah ini, mengundang kerutan di dahi Areum. Areum baru sahaja keluar dari bilik Hazel tadi. Turun-turun sahaja, dah riuh.
"Hazel, cakap apa ni? Papa mana ada buat apa-apa dekat kakak. Hazel!" Mata Hoseok membesar memandang Hazel yang berlari mendekati Areum yang baru sahaja turun.
Areum terkebil-kebil. "Ya? Ada apa?"
"Betul ke Hoseok ada kacau awak, Areum?" Soal Puan Jung. Jiwo juga memandangnya.
"Hah? Ka.."
"Jujur je, Areum. Biar saya ajar dia ni." Jiwo menyampuk. Hazel dipandang.
"Hazel cakap apa dekat nenek dengan mommy?"
"Hazel cakap, papa kacau kakak petang tadi." Areum menepuk dahi. Budak kecil comel ini memang betul menunaikan kata-katanya. Patutlah Hoseok nampak tak senang. Muka minta diselamatkan. Heh.. padan muka awak, Hoseok! Rasakan.
"Areum?" Puan Jung memanggil. Keningnya ternaik.
"Err.. saya.. emm.. tuan ajak bergurau tapi saya yang sensitif." Tengah-tengah jawapan itu. Hoseok nampak macam dah menang tapi dia dijeling oleh Jiwo.
"Dia bergurau kasar sangat?"
"Tak, puan. Alah, biasalah. Saya tengah dalam fasa keperempuanan saya. Sensitif." Jawapan selamat. Mata Hoseok ditikam. Dalam hati, masih menjerit-jerit mahukan asamnya kembali. Banyak pula tu dirampas.
"Hoseok.. Hoseok.."
"Puan, saya balik rumah dululah. Hazel, kakak balik tau. Jangan nakal-nakal." Pesan Areum. Hazel sedikit muram. Tapi dia tahu, sudah tiba masanya dia melepaskan kakaknya pergi.
"Okey, kakak."
"Yelah, Areum. Berehatlah. Lepas ni kalau ada apa-apa masalah, bagitahu saya. Biar Hoseok ni kena." Pesan Puan Jung pula. Areum tersenyum.
"Ya, puan. Minta diri dulu." Areum terus menapak keluar ke belakang rumah.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
FanficDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...