Bab 6🎋

2.6K 505 4
                                    

"Budak ni pregnant, Seok?" Soal Jungkook dalam nada penuh berbisik. Tidak mahu gadis muda yang terbaring di hadapan mereka ini tersedar dari tidurnya yang lena.

Hoseok diam memeluk tubuh. Wajahnya serius. Dia sedang memikir, ke mana perginya suami gadis ini. Nampak muda. Seakan seumur dengan Jungkook.

"She looks so young." Kata Hoseok.

"Dia tak ada waris ke? Suami?"

Hoseok angkat bahu. "Aku tak tahu."

"Nak buat report polis?"

"Eh, tak payah. Kita tunggu dia sedar." Kata Hoseok. Masin mulutnya, tubuh gadis ini mula bergerak-gerak. Hoseok dan Jungkook kaku di hujung katil. Ingin melihat apa reaksi si gadis muda ini apabila melihat mereka.

"Oh my God.." gadis itu terperanjat. Tubuhnya sedikit terangkat dan berganjak ke belakang. Bergilir-gilir memandang Hoseok dan Jungkook.

"Hei.. hei.. chill. Kami bukan orang jahat."

"Awak berdua siapa?" Soalnya. Hoseok terkedu sejenak. Wajah manis itu.. memiliki suara yang sedap didengari telinga. Suara yang tidak biasa dia dengari dari mana-mana gadis. Unik.

"Saya Hoseok. Ni kawan saya, Jungkook. Awak pengsan dekat kafe snooker. So, kami bawa awak pergi hospital." Jelas Hoseok ringkas. Gadis itu masih nampak ketakutan. Tubuhnya mengecil dilindung bawah selimut hospital.

"Areum." Hoseok dan Jungkook tersenyum. Areum.. sedap nama dia. Nama orang lama-lama.

"Ke.. kenapa dengan saya sebenarnya?" Tanya Areum. Hoseok dan Jungkook saling berpandangan.

"Awak demam. Lepas tu pengsan. Doktor kata awak tak apa-apa. Tu semua sebab.." Hoseok berdehem seketika. Sempat memandang Jungkook.

"Sebab?" Areum menanya.

"Sebab awak tengah mengandung."

"Apa?"

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now