"She's pregnant 8 weeks. Which is.. already two month."
Dagu Areum dan Faye melorot mendengar bicara doktor yang merupakan rakan sekerja Faye itu. Areum daripada lemah, terus duduk. Daripada rasa tidak berdaya, bagai ada seribu satu semangat yang tersalur ke urat sarafnya.
"Dua bulan, beb?" Soal Faye. Rakannya ini mengangguk.
"Yes. Mesti tak sedarkan? Sebab tak ada simptom, sebab tubuh badan you kecil. Nasib baik cepat-cepat bagitahu I. Kalau tak, tahu-tahu je dah lahir." Usik Dr. Euna. Faye dan Areum tersenyum.
"But.. boleh I tahu, sebelum ni you dah pernah mengandung ke?" Tanya Dr. Euna. Areum mengangguk.
"Dah. Tapi.."
"Gugur, right?" Areum mengangguk lagi.
"Berhati-hati. Tubuh you kecil, I risau kalau rahim tak support, dia boleh gugur untuk kali kedua." Kata Dr. Euna lagi. Areum faham dan kerdip mata sekali. Lagipun, punca keguguran dulu bukan salahnya. Salah Yoongi.
"Thank you, Na. I cemas, terus jadi bodoh tak tahu nak buat apa." Tutur Faye. Tergelak Dr. Euna. Areum juga.
"Kesian you susah-susah sebab I." Kata Areum kepada dua orang gadis bergelar doktor ini. Tiba-tiba dia terasa hendak menjadi seperti Faye dan Dr. Euna. Hmm..
"Apa pula? Ni tugas I, puan. I kena lakukan." Kata Dr. Euna. Faye mengangguk setuju.
"By the way, I bersimpati atas apa yang berlaku dekat suami you. Seluruh dunia tahu tentang tu." Kata Dr. Euna. Areum yang dari tadi menahan air mata terus rasa seperti hendak meraung. Bibir bawah digigit, cuba menghalau rasa ngilu di hati.
"I ikut takdir Tuhan je." Areum senyum. Dr. Euna duduk di birai katil bersebelahan dengan Faye.
"Kuatnya you. Suami dekat hospital, you dekat rumah, pregnant pulak tu. Kalau you sakit, jangan segan-segan untuk call I. Ya, Areum? And you kena pergi hospital untuk check up. Every month. I sendiri yang akan bertugas untuk you." Kata Dr. Euna, ikhlas. Areum tersenyum dan mengangguk.
"Thank you so much, Dr. I tak tahu nak cakap apa. You baik sangat."
"Small matter. Jaga pemakanan you. Jangan sedih sangat, nanti baby you pun akan sedih. Bila suami you dah sembuh, jangan lupa bagitahu pasal ni. Dia mesti gembira." Kata Dr. Euna. Areum angguk lagi. Menerima semua itu dengan hati yang terbuka, dan sebagai semangatnya untuk terus berjuang.
"Thank you."
"Kalau macam tu, I balik dululah. I ada hal lain. Faye, anything just call me okay? Jangan gelabah pulak." Faye tersengih mendengar pesanan Dr. Euna.
"Baik, Dr." Faye dan Areum memandang susuk tubuh Dr. Euna pergi dari biliknya.
"I nak keluar kejap. Nak tengok Euna. You rehatlah." Kata Faye. Areum angguk dan membiarkan Faye pergi. Sebaik sahaja pintu biliknya tertutup, nafas Areum terhela perlahan. Matanya dipejam rapat sambil tangannya diletakkan di atas perut.
Ibu tak tahu awak dah ada dekat dalam perut ibu sejak dua bulan lepas. Kenapa awak munculkan diri bila ibu tak ada papa dekat sisi?
Mata Areum berair. Dengan mata masih terpejam, tali air mula keluar. Menuruni sisi pipi, membasahi telinga kerana Areum separuh berbaring. Tangannya masih menyentuh perut sendiri.
Perasaan ini lain. Jika dulu, sikit pun rasa keibuannya tidak hadir, tetapi sekarang dia rasa tidak sabar ingin menanti kelahiran si kecil dua bulan ini.
Perutnya serta-merta terasa terisi. Bila ditekan sikit, rasa keras. Ada sesuatu yang sedang terselindung di sebalik plasenta.
Anak ibu...
🎋🎋🎋🎋🎋
Hoseok tidak sedarkan diri selama seminggu. Masih di Vietnam, masih di hospital. Areum pula terpaksa akur dengan ketegasan Faye supaya tidak ke Vietnam memandangkan kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan. Manakala Puan Jung di sana. Menemani anak lelakinya seperti biasa.
Cuma, menurut laporan doktor, Hoseok mengalami sedikit gegaran di otak dan trauma yang agak teruk. Disebabkan itu, serba sedikit memori silamnya terpadam. Tetapi akan pulih jika seseorang yang dilupakan itu membantunya.
Bukan itu sahaja, Hoseok banyak berubah. Emosinya kerap kali terganggu dan mudah marah. Mudah menangis. Dan kurang tidur.
"Sayang.." Puan Jung melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan katil Hoseok. Hoseok sedang duduk bersandar, termenung.
"Kamu dah boleh keluar hospital tau. Esok. So.. hari ni.. kamu kena makan. Okey?"
"Ma.." soalan mamanya tidak dijawab.
"Ya, Seok?"
"Saya dah kahwin ke?" Tanya Hoseok. Puan Jung jelas terkejut. Tekak yang terasa berpasir dibersihkan.
"Belum. Kamu belum kahwin." Kata Puan Jung. Hoseok memandang wajah mamanya. Mata itu terkebil-kebil.
"Tapi saya pakai cincin?" Hoseok menayangkan jemari manis kanannya yang tersemat cincin. Cincin inilah yang menjadi tatapannya selepas dia tersedar. Dan cincin itu tidak langsung tertanggal walaupun dia teruk kemalangan.
"Cincin tu perhiasan kamu je. Bukalah, Seok. Mari bagi dekat mama." Laju Puan Jung mencapai tangan Hoseok, ingin menanggalkan cincin itu. Tetapi segera Hoseok menghalang. Tangannya dijauhkan.
"Jangan."
Puan Jung akur. Tidak mahu anaknya mengamuk.
"Tapi ma.. saya selalu mimpi ada perempuan datang dekat saya. Saya.. macam kenal dia. Tapi..." Hoseok pejamkan mata. Kepala mula terasa berat dan pening.
"Hah, kan? Mama dah kata jangan banyak fikir. Nanti kamu sakit kepala. Dah, baring. Berehat." Kata Puan Jung. Diarahkan anaknya supaya berbaring. Hoseok baring. Matanya terpejam.
"Kamu jangan fikirkan apa-apa. Tak ada perempuan yang ada dalam hidup kamu. Tak ada. Dah." Puan Jung menafi sekeras habis. Dalam kesempatan inilah yang Puan Jung perlu ambil.
Dia perlu menghapuskan ingatan Hoseok tentang Areum. Walau apa pun yang terjadi, dia perlu. Areum penyebab anaknya ditimpa kemalangan.
🎋🎋🎋🎋🎋
Letak diri kamu, di tempat Areum. Apa yang kamu rasa? Drop your comment. Saya nak tahu apa perasaan kamu.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
Hayran KurguDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...