Bab 23🎋

2.3K 387 9
                                    

Areum memegang bawah perutnya yang mencucuk. Sakit yang luar biasa. Dia baru sahaja keguguran, tetapi dia sudah melasak. Tadi keluar dari rumah, dia berlari. Kemudian terjatuh sehingga telapak tangan, siku dan lututnya cedera. Tetapi dia bangkit lagi dan berlari sehinggalah tiba di satu tempat.

Areum terduduk di atas jalan. Tubuhnya meringkuk kesakitan. Perit, sakit, ngilu mencucuk bertalu-talu.

"To.. tolong.." raungan Areum halus. Dia sangat mahukan pertolongan dari sesiapa sahaja yang melalui jalan ini sekarang.

PIN! PIN!

Areum angkat kepala. Ada sebuah kereta mendekat. Dia tahu milik siapa.

"Areum!"

"Awak buat apa dekat sini?" Areum menyoal. Sesiapa sahaja, tidak bermaksud Hoseok termasuk juga. 

"Saya cari awak. Awak berdarah lagi, Areum. Saya bawa awak pergi hospital."

"Tak nak. Saya tak nak."

"Areum, jangan macam ni. Saya sayangkan awak."

"Kalau sayang saya, tolong dengar cakap saya. Balik, Hoseok. Balik. Mak awak lebih penting dari saya." Kata Areum lagi. Dia bangun, menolak Hoseok jauh. Tetapi tidak sampai beberapa saat dia berdiri, Areum kembali terjatuh.

Jatuh dalam pelukan Hoseok.

"Saya minta maaf, tapi kali ni saya tak boleh berkompromi dengan awak. Kita pergi hospital." Tubuh itu terus didukung. Areum pejamkan mata, tubuhnya begitu lemah sekali untuk melawan. Terasa tubuhnya diletakkan di dalam kereta. Areum cuba buka mata setelah terasa kereta bergerak.

"Hoseok, sa.. saya berdarah. Nanti kereta awak.."

"Shh.. diam. Jangan cakap apa-apa." Balas Hoseok. Areum berdesir perlahan menahan sakit. Matanya terus tertutup sehinggalah tiba di hospital. Masuk ke ruangan kecemasan, memproses kemasukan Areum sebagai pesakit baru dan terus dia ditempatkan di wad.

Hoseok menarik nafas lega. Melihat tubuh Areum yang terbaring di atas katil hospital. Darah berhenti, tetapi Areum perlu dijaga sama seperti ibu lepas bersalin. Jagaannya rapi, malah lebih rapi dari bersalin.

"Hoseok." Kepala Hoseok terdongak. Mendengar suara yang cukup perlahan itu memecahkan ruangan hening bilik ini.

"Ya?" Hoseok bangkit. Mendekati Areum yang sedar.

"Saya nak balik." Kata Areum. Bibir Hoseok tersenyum nipis.

"Boleh balik. Tapi nanti. Okey?"

"Saya nak balik sendiri." Senyuman Hoseok mati. Dia mengeluh. Tangan Areum dipegang, belakang tangan itu dicium lembut. Cedera pada telapak tangan, siku dan lutut wanita ini sudah dirawat.

"Kenapa nak balik sendiri? Awak nak duduk dengan siapa? Sayakan ada?"

"Saya tak nak awak dengan mak awak bergaduh sebab saya." Kata Areum.

"Mama cuma terkejut. Nanti dia okey. Lepas awak dah boleh keluar wad, awak ikut saya." Pujuknya tetapi Hoseok tetap mendapat gelengan dari Areum. Malah tangannya juga ditarik, tidak mahu terpujuk dengan tawaran Hoseok.

"Saya kotor. Saya tak nak ada apa-apa dengan awak. Saya tak nak terhutang budi walau sesen pun."

"Sayang..." Areum menangis tiba-tiba. Sebak yang menghurung di dada tadi kini terlepas juga. Tersentuh kerana ada yang menyayanginya ikhlas. Terharu kerana ada lelaki yang masih setia bersamanya walaupun dalam keadaan dia tidak cukup sempurna.

Tuhan.. lelaki ini adalah satu utusan buat aku.

Bahu Areum dirangkul erat. Dagunya menyentuh kepala Areum. Belakang tubuh wanita ini diusap lembut.

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now