"Areum, jom teman saya keluar." Areum yang sedang menyusun buku-buku cerita dongeng Hazel di bilik si kecil itu mengeluh. Aman hidupnya seketika apabila lelaki itu seminggu bekerja. Tetapi hari ini, dia bakal diseksa fizikal dan mental. Bertahanlah, Areum.
"Nak pergi mana?" Soal Areum tanpa memandang ke belakang.
"Pergi ke Syurga."
"Dengan awak? Tak nak. Saya tak nak masuk ke Syurga beriringan dengan syaitan."
Terhenyak Hoseok. Daripada dia kat luar, terus kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Hazel yang serba merah jambu. Pintu bilik itu dihentam sedikit kuat sehingga bahu Areum terangkat.
Kunci.
"Hoseok, awak buat apa ni?" Areum berdiri. Dia memandang Hoseok tajam.
"Saya syaitan?"
"Eh, awak terasa? Betul ke awak syaitan?"
Hoseok menahan hati. Bibir lembab kemerahan itu membebel laju mengutuknya. Kena sekali, habis terdiam nanti.
"Disebabkan asam awak tu kita bermusuh sampai sekarang? Saya nak ajak awak keluar je pun. Teman saya beli barang. Tak nak?"
"Awak kata tadi nak pergi Syurga. Tak naklah. Kalau keluar beli barang, mungkin saya nak." Kata Areum. Sekali lagi, jawapannya sarkastik. Tapi selamat.
Hoseok rapat dengannya. Lelaki ini tinggi, dia pula rendah. Paras dagu Hoseok.
"Kalau saya ajak awak kahwin lari, awak nak?" Ternaik terus kepala Areum.
"Awak cakap apa ni? Kahwin lari? Gila ke? Dah hilang akal? Dah lupa diri? Dah lupa siapa saya?" Soal Areum bertalu-talu. Dia menjeling Hoseok sebelum menyambung membuat kerjanya.
"Saya tak pernah lupa siapa awak. Awak perempuan saya." Areum menoleh.
"Ada mana-mana dekat badan saya ni tertulis, hak milik Jung Hoseok?"
"Ada. Dekat hati awak yang keras macam batu tu, terpahat nama Jung Hoseok." Kata Hoseok. Siap bermain dengan kening. Menguji kesabaran Areum yang mudah menipis sejak akhir-akhir ini.
"Saya sayang awak, Areum." Areum terdiam. Dipandang wajah Hoseok.
"Apa, Hoseok?"
"Saya, Jung Hoseok. Saya sayang awak, Areum." Ulang Hoseok lagi. Areum menarik nafas panjang.
"Awak salah orang."
"Salah? Apa yang saya salah? Saya suka awak, saya berhak sayangkan awak."
"Tapi awak tak berhak memiliki saya." Kata Areum. Matanya berkaca.
"Hati saya dah mati, Hoseok. Jiwa saya kosong. Semua tu sejak ayah saya jual saya dekat lelaki tu. Bila budak ni membesar dalam badan saya, perasaan saya hilang. Sikit pun tak ada. Walaupun untuk awak. Kosong." Akui Areum. Mata yang berkaca tadi mula menumpahkan manik-manik jernih. Lembut menuruni pipinya.
Hoseok terkaku. Keras tubuhnya melihat air mata wanita itu mengalir. Meskipun terlalu awal tempoh perkenalan mereka, tetapi dia tahu serba serbi tentang Areum. Tak semua, tapi tahu juga.
"Kalau boleh, lepas saya lahirkan budak ni, saya nak pergi jauh. Awak nak jaga dia, awak jagalah. Saya tak nak. Sikit pun saya tak ada rasa dekat budak ni."
"Areum.."
"Jangan pernah biarkan perasaan awak tu berlarutan. Bahaya. Nanti awak yang akan menyesal." Kata Areum lagi sebelum dia mengambil langkah untuk pergi. Namun sempat lengannya dipagut.
"Saya tak bersedia nak hancurkan hati sendiri." Tutur Hoseok. Tubuh Areum dipusingkan. Spontan tangannya naik, mengusap pipi Areum yang basah dek air mata dengan ibu jarinya.
"Tapi saya bersedia jadi lelaki awak. Saya bersedia menerima awak sebagai perempuan saya. Saya bersedia untuk itu.. walaupun keadaan awak tak sempurna macam yang lain." Suara Hoseok separuh berbisik. Areum semakin sebak.
"Kita tak sama, Hoseok. Kita lain."
"Tapi hati kita sama, Areum. Hidupkan jiwa dan hati awak semula. Saya akan tanam cinta saya dekat situ, saya siram hari-hari, sampai dia segar. Sampai awak takkan mampu berpisah dengan saya walau sekejap pun." Kata Hoseok lagi. Wajah mereka merapat, bibir itu mahu sekali dilekapkan pada bibir merah Areum. Mahu menghilangkan tangisan halus yang mula keras.
"Awak takkan mampu buat semua tu dalam masa yang singkat."
"Satu-satunya cara untuk singkatkan tempoh tu, adalah perkahwinan. Areum, kita kahwin?"
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
FanfictionDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...