Bab 24🎋

2.3K 399 44
                                    

Areum rasa rajuk Hoseok berlarutan. Daripada sehari, menjadi dua hari. Esok, lelaki itu akan kembali bertugas dengan Korean Airlines. Tetapi hari ini dia masih tidak melihat tanda-tanda lelaki itu mahu bercakap dengannya.

 Tetapi hari ini dia masih tidak melihat tanda-tanda lelaki itu mahu bercakap dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masuk, hantar makanan. Tak ada pula nak berborak sama-sama, nak marah-marah sebab makan tak habis. Tak ada. Macaroon yang diminta hari tu pun tak ada juga. Marah sangat, mungkin?

Areum betul-betul rasa kosong, seolah-olah dirinya ditinggalkan begitu sahaja oleh lelaki itu tanpa jawapan.

Sedih.

"Hari ni, awak dah boleh keluar hospital." Kata doktor yang merawatnya. Areum tersenyum nipis.

"Terima kasih."

"Gembira tak? Suami mana?" Tanya doktor yang cukup peramah itu. Areum kerut kening.

"Suami? Suami siapa?"

"Suami you lah. Yang selalu datang tu." Doktor itu ketawa sambil menggeleng kecil. Areum senyum sikit.

"Ohh.. dia. Tu bu.."

"Ada dekat sini." Tumpuan Areum dan doktor terus berubah ke pintu wad. Hoseok masuk ke dalam bersama beg kertas kecil dan sambil tersenyum memandang doktor itu. Areum rasa hendak menangis tiba-tiba.

"Haa.. ada pun. Your wife dah boleh keluar hospital hari ni."

"Oh really? Great." Selamba kepala Areum ditarik sebelum pipi lembab itu dicium sekilas. Depan doktor, tanpa ada rasa segan atau bersalah. Areum tiba-tiba tak jadi nak menangis. Dia rasa nak marah pula.

"Bil, ubat, boleh refer dekat kaunter. Tapi, you kena buat rawatan susulan. Kalau bleeding pun, kena datang. Jaga makan. Ubat jangan lupa walau sebiji pun." Pesan doktor itu lancar. Areum mengangguk, Hoseok juga.

"Okey."

"Kalau dah tak ada apa-apa, I keluar dululah. Okay? See you!" Doktor itu terus keluar usai meminta diri. Tinggal Hoseok dan Areum berdua.

Sunyi. Hoseok letakkan beg kertas kecil tadi di atas meja, matanya tak lepas dari memandang Areum.

"Dah okey?" Tanyanya apabila suasana sepi tanpa kata.

"Tak okey. Hati sakit."

"Kenapa dengan hati? Lembam?"

"Bengkak." Hoseok tersenyum dalam diam. Tapi senyuman itu disimpan rapat-rapat. Tidak mahu dilihat Areum yang sedang panas hati itu.

"Macam tu lah saya rasa bila awak suruh saya tinggalkan awak hari tu. Bengkak, rasa macam nak meletup." Kepala Areum terangkat. Memandang Hoseok yang mula meletakkan punggung di birai katil pesakitnya.

"Saya cakap benda betul. Awak je tak boleh terima." Kata Areum. Tak mahu kalah. Hoseok diam, dia tidak mahu berlarutan. Cukuplah dia menanggung rindu kerana ego. Konon hendak menguji. Tetapi dia sendiri tewas. Lebih-lebih lagi apabila doktor tadi menganggapnya suami Areum. Lagilah dia berbunga. Terus rasa tak sabar nak kahwin.

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now