Drtt.. drtt..
Pergerakan Yoongi terhenti. Areum di bawahnya. Nafas kasar Yoongi berhenti serta-merta. Telefon bimbitnya berbunyi.
"Telefon kau berbunyi." Kata Areum. Dia memalingkan kepala. Mengelak dari bertentang mata dengan Yoongi.
"Tunggu." Yoongi bangun, dia terus mencapai tuala di atas kerusi dan dililitkan pada pinggang. Telefon dicapai dan Yoongi bergerak ke balkoni.
Areum memegang kepala. Pening. Terasa ingin memuntahkan segala isi perut. Belum sempat Areum ingin bangun untuk ke tandas, Yoongi masuk ke dalam bilik dalam keadaan tergesa-gesa.
"Aku kena pergi ke China. Malam ni." Mata Areum memandang Yoongi. Tidak ditanya untuk apa, tapi Areum lega. Dia bakal keluar dari neraka, dia bebas dari cengkaman Min Yoongi.
"Tapi kau tak boleh ke mana-mana. Aku pergi sekejap je. Dua minggu."
Lama. Areum tersenyum dalam hati.
"Ke mana lagi aku nak pergi? Kalau aku lari, kau mesti kejar." Kata Areum, memancing. Yoongi memasang tali pinggang seluar. Kemudian menyarungkan kemeja pada tubuh.
"Kalau kau lari..." Yoongi tarik dagu Areum.
"... kau tahukan aku akan buat apa?" Bibir Areum dikucup lama. Areum kaku. Tiada langsung rasa hatinya terhadap Yoongi meskipun lelaki ini telah banyak berubah.
"Jaga hati kau untuk aku." Dan terus, Yoongi pergi. Areum termenung selepas Yoongi pergi. Tubuhnya yang dingin tanpa pakaian hanya diselimuti dengan gebar.
Ini adalah peluang. Peluang untuk dia melarikan diri. Tapi, bagaimana?
Areum termenung, terfikir, cuba merangsang minda. Siapa yang dia boleh meminta pertolongan.
Tiba-tiba, Areum teringatkan seseorang. Lelaki beruniform juruterbang, yang kacak bersama senyuman manisnya tanpa henti. Lelaki itu..
"Hoseok."
🎋🎋🎋🎋🎋
Drtt.. drtt..
Jungkook dan Hoseok dalam perjaanan untuk bertugas. Bermakna, mereka akan ke lapangan terbang. Penerbangan ke Vietnam.
Drtt.. drtt..
"Seok, handphone kau berbunyi tu." Tegur Jungkook sambil memandu. Hoseok yang leka, terus terhenti. Dia memandang Jungkook sambil meraba poket uniformnya.
"Ya? Tak sedar."
Deringan terhenti. Hoseok melihat si pemanggil. Kemudian dahinya berkerut.
"Siapa ni?" Hoseok berdesis sendirian. Jungkook menoleh.
"Siapa?"
"Entah. Tak kenal."
"Try call semula. Mama tahu kalau dari office." Kata Jungkook. Hoseok bersetuju. Belum sempat dia mendail semula nombor itu, sekali lagi panggilan masuk. Tanpa menunggu lama, Hoseok terus jawab.
"Helo?"
"Helo, Hoseok. Saya ni. Areum." Mata Hoseok terbuntang.
"Areum?"
"Ya. Ingat saya, kan?" Laju Hoseok mengangguk. Duduk dibetulkan.
"Ingat-ingat. Ada apa-apa ke, Areum?" Soal Hoseok. Wajahnya nampak ceria. Jungkook sudah tersengih. Ada kawan tengah gembira!
"Saya nak minta tolong awak ni. Tapi bukan sekarang."
"Tolong apa?"
"Tolong menyamar."
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
FanfictionDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...