"Saya mengandung?" Antara dengar tidak dengar sahaja suara gadis ini. Perlahan, penuh berbisik kerana terkejut.
"Awak tak tahu?"
Areum menggeleng. Wajahnya nampak terkejut. Matanya juga.. penuh dengan sesuatu. Sesuatu yang tak pasti.
"Boleh saya minta nombor telefon suami awak? Atau waris ke? Senang saya nak call untuk bagitahu yang awak dekat hospital." Kata Hoseok. Dia mendekati Areum, duduk di kerusi.
"Saya.. tak ada suami. Saya tak kahwin lagi." Kali ini, Hoseok dan Jungkook pula yang terkejut.
"Tak ada suami? Habis tu awak.." Jungkook tidak menghabiskan ayatnya. Tidak mahu tekaannya itu mengganggu fikiran Areum.
"Ayah saya jual saya."
"Apa?"
Dua jejaka kacak ini, merenung wajah seorang gadis cantik dengan renungan yang tidak percaya. Gadis secantik ini dijual ayah sendiri?
"Macam mana boleh jadi macam tu?" Tanya Hoseok. Tetapi Areum tidak menjawab. Matanya dilarikan dari memandang Hoseok.
Hoseok dan Jungkook faham sendiri. Kes macam ni, tidak boleh dibiarkan.
"Kalau macam tu, biar saya buat report polis. Eah?"
"Ayah saya dah dekat dalam penjara dah pun." Kata Areum, tenang. Hoseok mengemam bibir.
"Habis tu sekarang awak macam mana?"
"Saya lari dari rumah orang yang beli saya. Sekarang saya duduk dekat asrama pekerja. Tapi tak tahulah sampai bila. Lepas saya tersiram customer tadi, agaknya dah kena buang kut." Cerita Areum. Wajahnya sugul sekali. Tiada seri. Mata itu kini mempunyai sesuatu. Jika tadi sesuatu yang tak pasti, sekarang adalah sesuatu yang memang pasti. Mata itu terpamer satu kesedihan yang hanya dia sendiri yang boleh rasa.
"Awak boleh menyewa dekat satu rumah ni kalau awak nak."
"Saya nak beli makanan pun susah. Lagikan nak sewa." Areum mengeluh. Hoseok gigit bibir. Dia memandang Jungkook, tapi Jungkook mengangkat bahu. Tak tahu.
"I really want to help you. But I don't know how. Kalau ada apa-apa yang awak perlukan.. awak boleh minta tolong saya." Kata Hoseok. Areum tersenyum. Lesung pipit pada sebelah kiri muncul. Hoseok terpana. Kecantikan gadis ini memang infiniti.
"Terima kasih sebab berniat nak tolong saya. Tapi tak apalah. Saya boleh buat sendiri." Kata Areum sambil tersenyum nipis. Wajahnya yang pucat mengundang simpati Hoseok.
"Really?"
"Ya."
"At least ambil nombor saya. You can call me anytime when you need." Ujar Hoseok. Tangannya mengeluarkan sekeping kad dari dalam dompet. Kad peribadinya.
"Tak susahkan awak ke?"
Hoseok senyum. "Tak."
"Terima kasih."
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
FanficDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...