Bab 37🎋

1.9K 335 44
                                    

Areum duduk menonton TV sendirian di ruang tamu. Faye di hospital. Jadi pada hari ini, dia sendirian. Sedikit sebanyak, rasa rindunya mula terlunas apabila mengenangkan semula kisah pengenalannya bersama Hoseok.

Ketika itu, dia di kedai kafe. Pengsan, dan sedar sahaja dia di hospital. Detik pengenalan itu tidak dapat dilupakan oleh Areum walau sikit. Pasti dia akan teringat lelaki itu. Datang bersama Jungkook. Itu adalah detik pertama.

Tetapi, Areum tidak pasti adakah pertemuan pertama itu akan diakhiri dengan satu kebahagiaan yang tidak ternilai?

Sudah lebih seminggu berlalu. Selama itu, hidupnya kosong tanpa suami di sisi. Walaupun dulu dia rasa ragu untuk membalas cinta Hoseok, tetapi apabila setiap hari hanya wajah itu yang ditatap, hanya wajah itu yang sentiasa memberikannya sokongan, dia tiada daya untuk menolak melainkan membalas.

Mata Areum kembali berkaca-kaca. Betapa dia merindukan Hoseok. Dia mahu ke Vietnam. Dia mahu dirinya yang menjadi orang pertama yang dilihat Hoseok sebaik sahaja sedar. Tetapi dia tahu dia tidak akan mampu.

Jungkook mula sibuk dengan kerja. Sehinggakan Jungkook sendiri tiada masa untuk Faye. Jadi dia tidak mahu menanya lebih soal Hoseok kepada suami Faye. Biarlah dia sendiri yang tahu. Asalkan Hoseok sudah selamat dan dijumpai, hati Areum lega.

Drtt.. drtt..

Telefon bimbit Areum bergetar. Satu nombor masuk menelefonnya. Kening Areum berkerut. Siapa?

“Helo.”

“Helo, Areum. Akak ni. Kak Jiwo.” Nafas Areum terhenti. Terus tubuhnya rasa menggigil.

“Kenapa, puan?”

“Areum, Areum adik ipar akak. Panggil akak je.” Jiwo membetulkan gelaran itu. Areum tidak memberikan apa-apa respon. Sebaliknya dia hanya diam.

“Areum, akak faham Areum sedih. Akak faham Areum nak sangat jumpa Hoseok. Ni akak nak bagitahu. Hari ni, Hoseok balik. Dalam pukul 5 petang akak, mama dengan Hoseok sana. Hoseok dah sihat, Areum.” Air mata Areum mengalir. Pecah lagi empangannya. Gembiranya dia, tidak dapat dibicarakan.

“Boleh saya jenguk dia? Saya nak jumpa dia. Boleh?” Soal Areum, teruja. Tetapi pertanyaan itu dibalas dengan keluhan bergetar Jiwo.

“Mama tak izinkan sesiapa jumpa dia.. termasuklah Areum. Mama nak Hoseok tinggal dengan dia lepas ni. Akak minta maaf, akak gagal pujuk mama.” Esakan Areum kedengaran selepas Jiwo memberitahu itu. Tubuhnya meringkuk di atas sofa. Menangis.

“Areum, jangan sedih. Akak akan bawa Hoseok jumpa dengan Areum kalau ada masa nanti. Akak janji.”

“Saya nak datang rumah Puan Jung sendiri. Boleh tak? Saya tak nak susah puan. Saya boleh pergi sendiri. Tak kisahlah saya kena marah atau kena apa sekalipun. Asalkan saya boleh tengok Hoseok dengan mata saya sendiri.” Kata Areum.

“Nanti kalau mama buat bukan-bukan dekat Areum, akak tak dapat maafkan diri akak sendiri.”

“Tak apa, puan. Saya nak jumpa Hoseok sendiri. Esok boleh?” Soal Areum. Dia mengesat wajah yang basah. Tubuhnya menyusut. Bibir yang selalu terukir senyuman sudah tiada.

“Boleh, Areum. Boleh. Esok akak ada dekat rumah. Datanglah.” Kata Jiwo. Areum menarik senyuman nipis. Terlalu nipis.

“Terima kasih, puan.”

🎋🎋🎋🎋🎋

Seperti yang sudah dirancangkan, Areum keluar rumah pada esok paginya untuk berjumpa dengan Hoseok. Diambil GrabCar untuk menjemputnya di rumah, kemudian dia dibawa terus ke rumah Hoseok. Jantungnya berdebar. Dia ingin tahu sekali keadaan Hoseok. Semalam, Jiwo tidak memberitahu bagaimana keadaan Hoseok. Hari ini, dia mahu tahu sendiri.

Perjalanan yang mengambil masa 30 minit itu terasa seperti tiga jam. Areum menjengah-jengah jalan. Sesak. Areum sabar, sehinggalah kereta itu berhenti betul-betul di hadapan rumah Hoseok.

“Terima kasih, bang.” Areum keluar. Matanya mendongak memandang rumah ini. Kali terakhir dia di sini adalah malam dia pulang dari mahligai Yoongi. Malam itu.. dia berdarah dan merasa sakit. Dan malam itu juga rahsianya terbongkar.

Ding dong!

Ding dong!

Punat loceng ditekan. Lama Areum menunggu.

Ding dong!

Ding dong!

Sekali lagi Areum cuba. Kali ini, pintu utama terbuka. Areum dapat lihat dari celah pagar yang begitu rapat susunannya.

“Kau nak apa datang sini?” Pintu kecil pagar dibuka. Areum tergamam seketika.

“Saya nak jumpa Hoseok, puan.”

“Untuk apa? Kau dengan dia bukannya ada apa-apa.” Puan Jung memeluk tubuh. Belum sempat Areum menjawab, wanita itu terlebih dahulu menyoal.

“Mana kau tahu yang anak aku dah balik sini? Hmm? Dulu, masa dia dekat sana, batang hidung kau pun tak ada! Konon kata isteri. Isteri apa yang tinggalkan suami sendiri? Sakit sendiri? Itu ke yang dimaksudkan susah senang sama-sama?” Berdas-das soalan yang Areum terima. Perit hatinya. Puan Jung begitu menganggu emosinya. Terlalu hebat cintanya dipertikaikan.

“Saya nak ke sana, tapi keadaan saya tak mengizinkan. Saya bukan lepas tangan, puan. Tapi kalau saya ke sana pun, puan mesti halau saya.”

“Habis tu kau ingat aku tak halau kau bila kau dah dekat sini?” Soal Puan Jung.

“Sekurang-kurangnya saya tak kena halau masa dekat tempat orang.” Kata Areum. Puan Jung tersenyum sinis. Dia mendengus.

“Aku nak kau balik. Jangan datang sini lagi sebab anak aku tak akan kembali semula dekat kau.” Katanya. Mata Areum mula basah. Tangan Puan Jung cuba dicapai tetapi dia ditepis. Hampir mengena tangan Puan Jung pada wajahnya.

“Tolonglah, puan. Saya minta saya puan izinkan saya jumpa dia. Saya janji, saya jumpa kali ni je. Saya janji.”

“Boleh pakai ke janji kau ni? Hmm? Perempuan macam kau.. biasanya tak sedar diri. Lupa, mana kedudukan dia yang sebenarnya.” Kata Puan Jung. Areum menangis di situ juga. Berharap sangat agar mama Hoseok membenarkan dia masuk.

“Tolonglah, puan. Saya merayu. Kalau puan nak saya melutut sekarang, saya buat.”

“Melututlah sampai bila-bila, aku tak akan izinkan.”

“Kali ni je, puan. Kali ni je. Saya janji, lepas saya dah tengok keadaan dia, saya akan pergi. Saya janji.” Puan Jung diam. Direnung Areum yang melutut. Tangan memeluk tubuh.

“Okey. Aku bagi kau masuk. Tapi sekejap je.” Kata Puan Jung. Areum mendongak. Melihat susuk tubuh wanita itu mula masuk, dia mengikut dari belakang. Langkah kakinya laju, air matanya juga ikut sama laju.

“Hoseok!” Hoseok yang berada di tingkat atas diseru. Areum tersenyum lebar melihat lelaki itu memandangnya. Pantas kakinya mendaki anak tangga, dan susuk tubuh kurus Hoseok didakap erat. Tetapi, belum lama tubuh itu bersatu dengannya, Hoseok menolak bahunya. Kuat, dan agak kasar.

“Seok…” Areum mendongak. Hoseok memandangnya. Tetapi mata itu, kosong. Tiada cinta, tiada sayang. Tiada apa-apa.

“Kau siapa?”

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now