Bab 27🎋

2.1K 342 11
                                    

Hoseok perasan, Areum banyak berdiam sejak malam tadi. Tidur pun macam tak tidur. Kadang-kala bangun, pergi ke tandas. Kemudian duduk lama, barulah tidur semula. Akibat daripada itu, tidur Areum berlarutan sehingga ke pagi. Pada awalnya Faye dan Jungkook ingin mengajak mereka ke bandar. Cari angin. Tetapi nampaknya perancangan itu sedikit lewat dijalankan.

Jam 10 pagi. Hoseok menyelak langsir balkoni. Terang menyuluh cahaya masuk ke ruangan bilik. Mata Areum sedikit terpejam kuat, keningnya berkerut.

"Good morning, bidadari." Suara itu menyapa telinga. Areum buka sebelah mata. Oh.. malu! Lelaki ini melutut di birai katil sambil tersenyum.

"Hmm.."

"Tak sihat?"

"Sihat."

"Tadi malam tak boleh tidur. Kenapa?" Tanya Hoseok. "Penat?" Tokoknya lagi.

Areum menggeleng. Dia kembali pejamkan mata. Tidak mahu mengingati lagi tentang perkara itu. Kalau boleh, sisa hari yang tinggal ini, dia mahu di dalam bilik sahaja. Sahaja!

"Nak breakfast dulu, atau nak mandi dulu baru breakfast?" Soal Hoseok. Areum kembali buka mata. Dia mengeliat kecil dan susun nafas yang baru hendak normal.

"Nak mandi dulu."

"Lepas tu kita keluar breakfast eah? Jungkook dengan Faye tunggu kita. Kita pergi bandar." Ujar Hoseok sambil mengusap lembut rambut Areum. Areum berdehem kecil. Dia duduk.

"Saya tak nak ikut, boleh?" Tanya Areum. Hoseok menongkat dagu. Dia mengerutkan dahi.

"Kenapa tak nak ikut? Semalam kita dah deal dah. Kesian Faye." Areum mengeluh. Rambut yang jatuh ke depan ditolak ke belakang. Tangan Hoseok diraih supaya duduk di birai katil.

"Saya rasa macam tak nak keluar ke mana-mana. Penat." Serba salah Areum mencipta alasan tersebut. Lebih serba salah apabila Hoseok terpaksa pergi sendiri.

"Penat?"

"Hmm.."

"Kita tak buat apa-apa pun malam tadi. Nak penat apa?"

PAP!

"Aduh!" Areum ketap gigi geram. Tangan berbisanya selamat mendarat pada bahu Hoseok. Menyeringai lelaki itu sambil mengusap bahu sendiri.

"Sakit tahu tak.."

"Padan muka." Areum mengesot ke birai katil untuk mandi. Rambut panjangnya disanggul. Hoseok berdiri juga. Tubuh Areum terus dirangkul dari belakang.

"Jomlah, sayang. Jomlah." Pujuk Hoseok. Areum mengeluh dalam diam. Bukan dia tak nak, tapi buat masa sekarang dia takut untuk keluar ke mana-mana. Pasti Yoongi ada. Lelaki itu tak akan berputus asa.

"Kita pergi sekejap je. Lepas tu balik." Kata Hoseok lagi. Areum kalah. Dia memusingkan tubuhnya mengadap Hoseok dan terus tersenyum.

"Okey."

🎋🎋🎋🎋🎋

Areum melingas ke sekeliling resort. Mencari wajah yang sangat dibimbangkannya.

"Hei.. cari siapa?" Tangan yang sudah sedia dipegang, digenggam sikit oleh Hoseok yang jalan di sebelahnya. Areum terperanjat, dia terkebil-kebil memandang Hoseok.

"Hah? A.. apa?"

"Cari siapa?" Hoseok ulang lagi.

"Tak ada sesiapa. By the way, Jungkook dengan Faye dah dekat sana ke?" Tanya Areum, ubah tajuk. Hosek mengangguk tanpa ragu. Cermin matanya gelapnya yang sedikit melorot ditolak dengan jari telunjuk.

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now