Bab 26🎋

2.3K 348 18
                                    

Tak pernah langsung Areum terfikir akan berkahwin di Thailand. Tetapi hari ini, selepas beberapa hari mereka di sini, cuma bersaksikan Jungkook dan Faye, mereka selamat berkahwin. Sudah selesai dan majlisnya kecil sahaja. Ringkas, menarik dan.. Areum langsung tidak rasa takut seperti yang digempar-gempurkan.

Dia masih memakai gaun putih, Hoseok masih memakai kemeja putih, cuma perkahwinan mereka ringkas. Seperti berkahwin secara rahsia. Tidak mahu ada sesiapa tahu melainkan rakan baik mereka sendiri.

"Aku dah kahwin?" Persoalan itu bermain di fikiran Areum. Sedari tadi, sejak pagi. Sejak habis majlis yang begitu ringkas itu.

"Awak." Hoseok yang sedang memilih menu makan tengah hari buat mereka berdua diseru. Hoseok dongak kepala. Topi yang melindungi cahaya matahari semakin menayangkan kekemasan Hoseok pada matanya.

Cair Areum.

"Ya?"

"Kita dah kahwin ke?" Soal Areum. Hoseok yang mendengar seperti mahu tergelak kuat-kuat. Tetapi dikawal dengan begitu baik. Bimbang bidadarinya berkecil hati.

"Habis awak ingat kita main kahwin-kahwin ke tadi? Siap sarung cincin? Main-main?"

"Yakah? Kenapa saya rasa macam tak sah?"

Terbuntang mata Hoseok. Terkejut dia.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Entahlah. Saya rasa macam kita kahwin senyap-senyap. Tak ada orang. Cuma ada awak, ada Jungkook, ada Faye dengan yang kahwinkan kita je. Itu pun dia nampak macam buang masa. Tak sampai setengah jam, dah siap." Tutur Areum. Hoseok tersenyum kecil.

"Ramai je yang tahu saya akan kahwin. Cuma saya tak ajak je. Buat apa nak meriah sangat? Cukup saya dengan awak je tahu." Kata Hoseok. Areum menongkat dagunya. Memandang Hoseok yang begitu kacak hari ini padanya.

"Awak memang suka hidup bersendirian ke?" Tanya Areum. Entah bila agaknya dia akan melihat menu. Perut tak rasa lapar jika hidangan sudah ada di depan mata. Kenyang setahun.

"Suka. Saya suka hidup dengan isteri saya, dekat tempat yang sunyi. Cuma ada kita, anak-anak dan tumbuhan lain." Kata Hoseok. Kening Areum berkerut.

"Kenapa macam tu pula? Tak suka bercampur dengan orang?" Hoseok menggeleng. Jujur.

"Tak. Sebab orang selalu dengki dengan bahagia kita." Kening Areum terangkat. Dia membetulkan duduknya.

"Habis tu kenapa jadi pilot? Pilot kan banyak bergaul dengan orang? Kenapa tak jadi angkasawan je? Duduk dekat angkasa, terapung. Sorang-sorang juga."

"Kalau saya jadi angkasawan, saya tak jumpa dengan bidadari ni." Kata Hoseok seraya hidung Areum dicuit dengan jari. Areum terkejut, matanya besar.

"Saya nak jadi pilot sebab saya bercita-cita nak bawa awak ke Syurga."

"Cehh... geli!" Areum angkat kedua belah bahu. Geli kononnya dengan ayat manis Hoseok. Tetapi Hoseok cuma ketawa. Kelakar dengan reaksi wanita ini.

"So.. nak makan apa ni?"

Mereka terus berbual mesra, bergurau senda. Sehinggakan ada sepasang mata sedang melihat, merenung tajam ke arah mereka dengan penuh rasa cemburu.

🎋🎋🎋🎋🎋

Malam.

"Hoseok." Panggil Areum sebaik sahaja dia menangkap susuk tubuh suaminya masuk ke dalam kediaman sementara mereka di Thailand. Hoseok nampaknya sedang memegang iPad. Mungkin memeriksa jadual penerbangan di bilik Jungkook tadi.

"Ya?" Areum menepuk-nepuk ruang katil yang tersedia di sebelahnya. Ada senyuman di bibir itu.

"Nak tidur? Hmm?" Hoseok duduk juga di biral katil. Areum daripada berlunjur terus menyimpuhkan kakinya.

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now