Hari pertama bekerja. Areum begitu bersemangat sekali. Awal pagi lagi dia sudah bangun, menyaingi Kak Jira sekali untuk ke rumah Hoseok. Rumah mereka dan rumah Hoseok hanya dipisahkan dengan lorong berbumbung. Tidak sampai seminit sudah masuk ke dalam rumah Hoseok. Rekaan yang agak unik dan istimewa buat mereka yang menggalas tanggungjawab sebagai pembantu rumah kerana mempuyai tempat tinggal sendiri.
“Areum.”
“Hmm?”
“Akak nak tanya sikit boleh?” Soal Kak Jira sambil mereka beriringan masuk ke dalam rumah Hoseok.
“Tanyalah, kak. Apa dia?”
“Areum dengan Tuan Hoseok ada apa-apa ke?” Terkedu Areum. Dia terkebil-kebil memandang wajah Kak Jira.
“Mana ada apa-apa. Kitorang tak kenal pun.”
“Yakah ni? Akak tengok Areum dengan tuan macam dah lama kenal je. Mesra.” Kata Kak Jira lagi. Matanya nakal mengerdip-ngerdip, menguji Areum. Kembang kuncup rasa hati Kak Jira jika si cantik ini mempunyai hubungan dengan si kacak itu.
“Tak adalah, kak. Dia tu… tinggi darjatnya. Saya ni.. apa je yang saya ada? Pipit tak boleh sama-sama terbang dengan enggang.” Balas Areum pula. Kak Jira tersenyum.
“Memanglah, Areum. Tapi hati pipit dengan hati enggang, boleh bersatu kalau ada cinta. Jadi, bila dah ada cinta, nak terbang sampai ke Syurga pun boleh. Tak gitu?” Bermadah Kak Jira. Areum tidak dapat menyembunyikan senyuman. Dia menggaru kening dan meneruskan perjalanannya tanpa membalas apa-apa. Takut nanti dia tertinggi harapan, dia yang sakit. Nak sembuh semula sakit itu bukan mudah. Sakit lama diseksa pun belum sembuh, lagikan hendak menambah sakit yang baru.
“Areum naik atas, akak buat sarapan pagi.”
“Kalau Areum dah siap, Areum turun tolong akak eah?”
Kak Jira menggeleng. Tangannya melayang ke udara, menegah Areum.
“Tak apa. Akak boleh buat sendiri. Sekejap je ni.” Areum tersenyum.
“Okey. Kalau macam tu, Areum naik atas. Kalau ada apa-apa, akak panggil je.”
“Baik!”
🎋🎋🎋🎋🎋🎋
Areum duduk. Nafasnya mula rasa sedikit keras. Tidak sampai beberapa jam dia mengemas bilik-bilik dan ruangan tingkat atas, Areum rasa kurang selesa. Terutama sekali pada bahagian tekak. Rasa mual, loya dan sakit kepala. Dia tiada alahan kepada habuk. Elok sahaja mengemas, menyapu, mengelap dan menyusun apa-apa sahaja. Tetapi hari ini, entahlah. Rasa tak berapa sedap badan.
Areum berehat seketika di ruangan membaca ini. Berbalam-balam pandangan matanya.
"Tak boleh jadi ni. Macam nak terkeluar balik perut." Gumam Areum lantas tanpa membuang masa, dia bangun dan terus keluar.
BUM!
"Aduh!" Areum memegang bahu. Dia mengaduh sebelum memandang gerangan yang dilanggarnya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)
FanfictionDua hati yang tidak boleh disatukan kerana janji, dua hati yang terpaksa bersatu kerana cinta. "Perempuan ni atau mama, Hoseok?" "Maafkan saya, mama. Saya pilih Areum." "Seok.. janganlah macam ni. Awak dah janji awak akan setia dengan saya. Saya d...