Bab 9🎋

2.9K 473 69
                                    

Jung Hoseok.

Park Hayeon.

Mereka bertemu di kafe untuk berbincang sesuatu. Perbincangan ini lebih kepada pihak Hoseok.

"Kenapa you jumpa Areum, lepas tu cakap benda yang tak betul?" Tanya Hoseok. Hayeon menaikkan kening.

"Apa yang I cakap tak betul? Dia perempuan simpanan you. Kan?"

"Tak ada tuduhan lain selain perempuan simpanan? Girlfriend ke? Bakal isteri ke? Tak ada?" Hayeon mendengus geram. Tangan memeluk tubuh, dia memandang Hoseok tajam.

"Susah ke nak faham yang I tak nak dengan you?"

"Sebab you dah ada perempuan tu?"

"Macam mana you boleh expect sejauh tu sedangkan I tolong dia pun atas dasar kemanusiaan? Dalam kepala you tu dah tak ada benda lain ke selain 'perempuan simpanan'?" Soal Hoseok. Hilang sabar dia dibuatnya. Hayeon menegakkan tubuh.

"Hello, Captain Jung. You tak akan reject I kalau you tak ada perempuan simpanan. Mesti mama you tak tahu you ada simpanan, kan?"

"You ni memang tak faham bahasa ke apa?  I bantu Areum sebab I kesian. I repeat, kesian."

"Alah, alasan! Sampai mengandung budak tu. Entah-entah, you yang mengandungkan budak tu, kan?!" Mencerlung mata Hoseok. Dia mengenggam peumbuk kosong.

"Dengar sini, Hayeon. I tak akan sesekali letak harga perempuan dekat bawah telapak kaki I. Tapi kalau perempuan tu dah mengusik kesabaran I macam apa yang you tengah buat ni, jangan ingat I letak dia dekat atas. Sebab dia tak layak berada dekat atas untuk disanjungi. Tempat layak dia.. dekat bawah telapak kaki."

"What..."

"You tu doktor. You bijak merawat, tapi sayang... you bodoh menilai. Macam ni ke perempuan yang I perlu terima untuk jadi isteri?" Hoseok terus melangkah pergi.

🎋🎋🎋🎋🎋

Areum melangkah keluar dari lobi hospital. Malam-malam begini, mana dia hendak mencari teksi. Lain tak lain, dia perlu berjalan kaki sahaja. Dalam keadaan badan yang separuh lemah, Areum menapak perlahan-lahan untuk turun dari lobi.

"Ehem!"

Terkejut Areum. Tak panjang dia menapak, sudah ada yang menegur. Susuk tubuh seorang lelaki datang mendekat. Areum mengecilkan mata.

"Sia..."

"Puas main hide and seek dengan aku?"

Areum terkedu. "Yoongi.."

Yoongi terus memegang lengan Areum kuat. Matanya mencerlung memandang gadis kecil ini.

"Kau lari ke mana, hmm?"

"Lepaskan akulah. Sakit!"

"Ikut aku balik sekarang. Kau takkan lama lari dari, aku, Areum. Kau milik aku." Yoongi paut tubuh itu dan dengan mudah dia membawa ke kereta Hyundai merah hati miliknya. Areum meronta. Tetapi dalam keadaan tubuh yang begitu lemah, rontaannya langsung tidak meleraikan cengkaman tangan Yoongi. Malah tubuhnya separuh terangkat.

"Aku takkan berkasar dengan kau kalau kau tak cuba lari dari aku." Kata Yoongi setelah Areum duduk di dalam kereta. Pintu kereta masih tidak ditutup, dia menghalang Areum keluar dengan tubuhnya. Tangan menahan tubuh pada jenang pintu.

"Kau tak pernah berlembut dengan aku. Bila kau nak, kau cari aku. Bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah."

"Kau permata aku paling bernilai. Aku tak sentuh perempuan lain selain kau. Kalau kau sampah, aku takkan kutip dan bela sampai jadi permata."

"Mulut kau memang manis bila kau nakkan aku. Cubalah kalau kau dah tak perlu, aku ni tak ubah macam najis."

Yoongi mengeluh. Tajam dia merenung Areum. Atas bawah tubuh ini direnung.

"Aku nak kau berhenti kerja."

"Kau nak apa lagi dari aku, Yoongi?! Apa lagi yang kau tak puas?!" Areum melantang.

"Aku perlukan hati kau untuk aku jaga, Areum." Areum tergamam. Yoongi memegang kedua belah bahunya, dengan mata yang bergetar dan nafas yang dalam.

"Aku tak sudi." Kata Areum.

"Kenapa tak? Kau milik aku."

"Siapa kata? Aku bukan sesiapa kau. Semua benda yang ada kaitan dengan kau, aku tak nak ada kena-mengena lagi!"

Yoongi lepaskan tangan dari bahu Areum. Dia memegang kepala yang memerit.

"Lepaskan aku, Yoongi. Aku nak bebas."

"Kau cagaran ayah kau untuk bayar semua hutang dia dengan aku. Kalau aku lepaskan kau, bila ayah kau keluar dari penjara, aku bagi kepala dia dekat kau. Kau nak?" Kepala Areum laju menoleh.

"Apa maksud kau?"

"Tak salahkan kalau aku pertaruhkan nyawa orang demi kau?"

Areum mengetap gigi. "Buatlah apa-apa sekalipun, Yoongi. Aku takkan sudi. Sampai bila-bila."



🎋🎋🎋🎋🎋

Hoseok ke Yoongi?

Habislah kalian 😂😂

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now