Bab 18🎋

2.1K 368 5
                                    

"Kak Jira, kenapa bilik saya masih tak berkemas?" Soal Hoseok ketika Kak Jira dan Areum sedang menyiapkan makanan buat keluarga ini.

Areum memandang Kak Jira, Kak Jira bagai sedang menunggu hukuman tiba. Pandangan matanya melancang ke arah Areum.

"Err.. akak.. akak sebenarnya.."

"Tuan nak saya kemaskan sekarang ke? Tadi tak sempat. Saya baru nak naik tapi tuan dah sampai." Kata Areum, dingin. Hoseok juga ikut rentak Areum, dingin. Lebih-lebih lagi apabila Areum meletakkan jarak antara mereka dengan panggilan 'tuan'.

"Naik jelah. Tak ada masalahkan?"

"Ada. Saya perempuan, tuan lelaki."

Kak Jira bingung. Kenapa mereka seakan sedang bergaduh? Apa masalah sebenarnya ni?

"Eh? Sebelum ni tak fikir pun?" Mata Areum mencerlung. Kalau bukan sebab kes Hoseok meluahkan perasaan hari tu, mereka tidak akan berdingin. Areum marah kerana Hoseok sukakannya. Areum tak suka dengan cara Hoseok. Belum lama tapi dah suka. Palsu.

"Macam ni, tuan. Akak kemas sekarang. Areum bantu akak letak makanan atas meja ya?" Kata Kak Jira. Areum besarkan mata, tanda tak mahu.

"Akak naik dulu." Kak Jira pergi, tinggal Areum dan Hoseok di dapur. Tangan Areum semakin laju membuat kerja. Hoseok yang berada di belakangnya semakin mendebarkan. Bahaya. Bimbang piring ini naik ke wajah Hoseok jika lelaki itu buat sesuatu.

"Marah?" Suara Hoseok berbisik pada telinga gadis ini. Tubuh Areum dikurung pada kabinet dapur. Hosek kepung dengan kedua belah tangannya yang menahan diri pada kabinet. Dekat. Rapat.

"Memang marah pun."

"Kenapa nak marah? Saya yang sepatutnya marah. Saya yang sepatutnya kecewa sebab awak diam je lepas hal hari tu." Kata Hoseok. Areum kemam bibir.

"Saya marah sebab awak paksa saya buat benda yang saya tak nak." Gumam Areum. Hoseok tergelak halus.

"Benda dah lepas. Awak dah check dah pun. Bulan depan kita pergi lagi." Terbakar Areum. Dia menolak tubuh Hoseok menjauhinya,

"Saya tak nak budak ni. Berapa puluh kali saya nak kena ulang, Hoseok?" Tanya Areum geram. Tapi sedikit pun Hoseok tidak tergugat. Malah wajah kemerahan yang sedang marah itu sangat menggugat hatinya. Comel!

"Marahlah lagi. Cantik."

"Gila!"

"Saya memang gilakan awak. So why not?"

Berguling mata Areum. Dia menolak Hoseok lagi jauh, kemudian membawa hidangan di atas meja untuk makan tengah hari. Yang ada hanya Hoseok seorang sekarang. Jadi Hoseok jelah yang akan makan. Puan Jung dan Jiwo keluar. Biasalah, hal perempuan.

Tiba-tiba telefon Hoseok bergetar. Hoseok mengangkat dan keluar dari ruangan dapur. Areum ambil kesempatan ini untuk berkemas dan selepas semuanya selesai, dia berlari keluar.

🎋🎋🎋🎋🎋

Hari ini, Areum dan Kak Jira diberi cuti oleh Puan Jung. Cuti yang ada ini, mereka penuhkan dengan duduk di rumah. Kak Jira dengan hobinya, membuat biskut dan dijual untuk pendapatan sampingan, manakala Areum membantu mana yang perlu.

Tapi tidaklah banyak membantu sangat. Banyak makan adalah. Pelik Areum dengan seleranya. Besar sungguh. Kalah naga.

Areum menenyeh minyam aroma terapi berangi di dahi dan hidung. Sedap sikit tekak bila hidu minyak ini. Puas dia membongkok muntahkan air. Sampai naik lenguh badan.

Kak Jira risau, tapi itulah, Areum degil. Ada sahaja alasannya.

"Hah.. kenapa nak ke dapur pulak ni? Elok dah?" Soal Kak Jira sambil mengadun doh. Areum mengangguk. Dia duduk di atas kerusi sambil melihat perbuatan Kak Jira.

"Elok sikit. Lega."

"Pelik akak tau. Gaya macam orang mengandung dah. Betul ni dah elok?" Wajah Areum keras. Jelas sangat ke?

"Dah, kak."

"Hmm.. baguslah. Nanti minum sikit air lemon tu. Legakan loya." Kata Kak Jira sambil menjuihkan bibirnya ke arah gelas jernih yang berisi air lemon. Terliur Areum melihat. Cepat-cepat dia bangun dan ambil, lantas diteguk laju.

"Amboi.. macam naga!"

"Sedapnya, akak. Masam, mencucuk. Fuhh.." terpejam-pejam mata Areum setelah air lemon masuk ke dalam perutnya. Kak Jira menganga kecil.

"Kau suka masam-masam, ya?"

"Tak juga. Dulu, makan asam biasa pun tak boleh. Sekarang ni.. entahlah." Tersedar dirinya terlajak kata, Areum pantas tamatkan tajuk. Tetapi bukan setakat itu sahaja Kak Jira berhenti.

"Itulah akak kata, Areum ni tak ubah macam orang mengandung. Pelik-pelik je." 

Areum sengih, menutup malu. "Akak.."

"Hmm.." Kak Jira yang sedang mengacu biskut pula menjawab. Fokus sungguh dia. Areum pula membantu menabur cip coklat di atas biskut koko ini. Serupa chipsmore. Sedap rasanya.

"Akak nampak saya pelik ke?" Soal Areum tiba-tiba. Kak Jira mengerutkan dahi.

"Areum pelik? Taklah. Cuma.. nampak berisi sikit je. Muka pun dah bulat."

"Hah?!" Macam nak runtuh tingkap rumah mereka apabila jeritan Areum melantang. Kak Jira kaget.

"Amboi, terkejutnya?"

"Saya gemuk?"

"Bukan gemuk, tapi berisi." Kak Jira membetulkan tanggapan Areum. Areum terus terdiam dan termenung. Gemuk? Aku dah gemuk? Maknanya..

"Tapi akak nampak perut saya buncit tak?" Soal Areum. Kak Jira memandangnya. Sempat menjengah perut gadis ini. Mahu melihat di mana buncit itu.

"Hari ni Areum pakai baju ketat, nampaklah buncitnya. Kalau longgar, taklah."

"Maknanya saya buncit sekarang?!"

"Sikit."

"Arghh!!!" Sekali lagi, Areum menjerit. Dah masuk 14 minggu. Tipulah kalau pakai baju ketat tak boleh nampak.

"Eh, eh, nak risau kenapa? Buncit biasa je tu. Nanti kalau Areum bersenam, hilanglah. Kurus semula." Kak, ini bukan buncit gemuk. Dan berisi saya bukan sebab saya makan tak ingat dunia. Tapi sebab ada budak ni.. haih. Areum hanya mampu mengeluh dalam hati.

"Hmm.. yelah."

Areum dan Kak Jira kembali menyambung kerja. Setelah selesai, Areum menapak ke ruang tamu. Membelakangkan Kak Jira sambil memegang perutnya.

Oh, damn! I hate this feeling.

"Sebab kaulah aku jadi macam ni, Yoongi. Kau punca budak ni membesar. Ni darah daging kau. Kalau aku tak fikir Hoseok, dah lama aku jadi pembunuh."

[COMPLETED] Forbidden Love 금지 된 사랑 (J-Hope BTS)Where stories live. Discover now