[05]

558 64 16
                                    

Oh damn || MYG ||

Aku menyeka manik-manik peluh di dahi dengan hujung lengan bajuku. Penat kerana mengemas seluruh rumah ini. Sudahlah besar, nasib baiklah ada lift.

Sambil-sambil mengemas, ternampak satu bingkai gambar yang berada di atas perabot berwarna coklat.

Di dalam gambar itu ada seorang wanita bersama Tuan Min serta dua bayi kembar kecil yang digendongnya. Nampak mereka sangat bahagia di situ.

Kalau tak silap aku, Tuan Min ada kata dia ada seorang anak sahaja tapi gambar ini ada dua anak kecil. Siapakah?  Mungkin lelaki itu sengaja merahsiakan hal ini kepadaku?

"Unnie.. "

Terhinjut bahuku dek terjahan Haneul secara tiba-tiba. Aku mengusap dadaku perlahan-lahan.

"Ya tuhan. Haneul ni terkejut unnie tau."

Gadis kecil itu tersenggih menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Unnie. Haneul laparlah... " Rengeknya manja.

"Boleh sayang. Jom temankan unnie masak nae?" Jari jemari kecil Haneul aku genggam kemas.

Tapi.. aku masih tertanya-tanya tentang isu dalam gambar tersebut. Aku rasa ada yang tidak kena.

Pelik.

[C] Oh damn || MYG ||Where stories live. Discover now