[25]

406 49 15
                                    

Jalan yang suram dan gelap disebabkan tiada satu pun cahaya lampu jalan meneranginya diperhati. Jungkook mula berasa hairan dan tertanya-tanya.

Susuk tubuh Namjoon dan Seokjin di seat hadapan dipandang. Kemudian, diheretkan badannya duduk di tengah-tengah antara seat pemandu dan penumpang di sebelah.

"Seokjin hyung. Kenapa jalan ni gelap je?" Soal Jungkook curiga.

"Ini jalan shortcut untuk kita menuju ke rumah Yoongi hyung." Balas Namjoon mewakilkan Seokjin. Yelah, dia kesian dengan Seokjin yang tengah memandu. Macam keletihan je dia tengok.

"Oh." Jungkook mengangguk faham. Matanya beralih menatap telefon bimbit yang memaparkan GPS di pegangan Namjoon.

Mereka semua sebenarnya mahu menuju ke rumah Yoongi. Maklumlah, mereka risau akan lelaki itu sudah tidak masuk kerja. Melepak sudah jarang sekali. Panggilan telefon pun tidak dijawabnya.

"Eh! Kenapa kat tepi jalan ni ada kawasan perkuburan? " Taehyung yang tadi memandang pemandangan di luar jendela mula perasan sesuatu yang aneh.

"Ku-kubur? " Seokjin, Namjoon, Hoseok, Jimin dan juga Jungkook tergamam. Menegak semua bulu roma apabila Taehyung berkata begitu.

"Ya. Kubur. Tengoklah tu." Taehyung menundingkan jari telunjuknya ke arah kawasan perkuburan tersebut.

Mereka berlima menoleh serentak. Dapat dilihat dari samar-samar cahaya bulan, kubur-kubur yang usang seperti sudah lama ditinggalkan.

Hoseok memgang bahu Jimin disebelah erat. Takut.

Jungkook dan Namjoon mengerut dahinya tidak percaya.

Seokjin pula mengalihkan pandangan ke hadapan. Tidak mahu lama-lama melihat itu. Seram sejuk terasa dalam diri.

"Weh korang. Siapa yang berjalan malam-malam ni. Tengah-tengah jalan pula tu. Nak mati ke?" Seokjin menyoal polos. Matanya yang kabur sedikit digosok-gosok.

"Pa-pakai baju putih pula tu." Gumam Namjoon.

"Weh. Entah-entah han-hantu!!!! " Hoseok mula menjerit ketakutan.

Jimin disebelah tersentak. Hampir pekak telinganya apabila mendengar pekikan Hoseok. Dahlah duduk sebelah-sebelah.

"Kau ni Hoseok! Jangan mulut celupar boleh tak?! " Marah Seokjin geram. Dahlah dia tengah memandu. Tambahan pula, dia ni jenis lemah semangat. Boleh mati disebabkan jantung keguguran tau!

Mereka fokus merenung ke hadapan. Pandangan seorang kanak-kanak perempuan dipimpin seorang wanita seperti ibunya berjalan perlahan-lahan. Kelibat itu memakai dress putih lusuh.

"Seokjin hyung. Apa kata kita patah balik? Aku tak sedap hatilah." Taehyung bersuara.

"Masalahnya, jalan ni sempit. Tak boleh patah balik." Seokjin menghela nafas penat.

Tengoklah. Jalan pedalaman itu cukup-cukup untuk kenderaannya sahaja. Macam mana nak patah balik? Simpang pun tidak kelihatan.

Jeda.

Semakin lama, kenderaan itu mara ke hadapan. Semakin jelas, pandangan kelibat itu pada sepasang mata mereka.

.....

.....

Semakin jelas.

Semakin mendekat.

.....

BAAAAAAAA!!!!!

Kelibat itu menoleh ke belakang betul-betul di hadapan cermin kenderaan hadapan dengan tatapan tajam. Sungguh mengerikan.

Muka yang dipenuhi darah dan luka-luka yang amat menyeramkan mampu menggoyahkan keberanian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Suasana panik muncul antara mereka.

"ARGH!" Seokjin yang mula hilang kawalan terus dipusingkan stereng ke tepi.

BUMMM!!!!!!!

+++++++++++++++++++++++++++++

Saya sebenarnya nak je letak image 'seram' kat chap ni. Tapi disebabkan saya ada perasaan simpati, saya tak letak. Yelah, nanti takut ada orang kena heart attack ke lemah semangat ke. Saya juga yang susah hati. 😔

Tbh, saya seremmmmmm nak google pastu letak kat book ni. Bukan apa, takut terbayang-bayang image tu sampai malam nak pergi tandas pun suruh orang temankan. HAHAHAHA 😂

Sampai my father kata ; Aik, tandas kat dalam rumah pun nak berteman? Bukannya tandas kat luar rumah pun hshs.. Poor me. 😭

Saya nak nasihatkan dan ingatkan juga pada readers dan pada diri saya juga 💖 ;

- jangan takut 'apa-apa' selain Allah. Kalau kita takut 'benda tu', lagilah 'benda tu' suka kacau kita. 👻

[C] Oh damn || MYG ||Where stories live. Discover now