Oh damn || MYG ||
Perlahan-lahan kakinya diatur ke dalam sambil kornea mata memerhati segenap ruang di bilik larangan tersebut.
Bulu roma mencanak naik apabila melihat sebilah pisau yang tajam dan jarum anak panah tertusuk elok di atas gambar yang tertempel di dart board tepi dinding.
Choi Yerin memerhati dinding yang dipenuhi dengan gambar-gambar. Terdapat kesan torehan dan contengan yang ada pada gambar tersebut.
Oh lupa! Gambar itu adalah gambar isteri dan anak kembar Tuan Min. Ya, aku pasti.
Air liur diteguk berkali-kali. Tengkuk dan lengan digosok perlahan. Seram sejuk telah melanda diri gadis itu.
Bau yang kurang enak menyapa rongga hidung. Hampir sahaja gadis itu memuntahkan isi perutnya di situ. Peluhnya menitik jatuh akibat terlampau takut.
Tiba-tiba, bilik tersebut yang terang benderang menjadi gelap. Terjerit kecil Choi Yerin apabila terasa jari-jemari seseorang melilit di pinggangnya.
Tubuhnya pula dihempas kasar ke dinding. Gadis itu berkerut menahan sakit di belakang tubuhnya.
-----
"Degil! " Lelaki itu membentak keras lalu pandangan matanya menikam ke arah mataku.
Bibirku mula menggigil ketakutan.
"Kan aku sudah bagi warning awal-awal kat kau. Kenapa nakal sangat ni hm?" Ton suara yang tadinya keras bertukar ke ton lembut. Ah! Bukan ton lembut, tapi ini ton menggoda dan mungkin agak kedengaran psycho.
Walaupun dalam keadaan samar-samar cahaya bulan, aku cukup yakin di hadapannya itu adalah Min Yoongi merangkap majikan aku.
Aku hanya mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Lebih baik berdiam diri daripada bersuara.
Lelaki itu mendengus kasar. Tidak suka soalannya tergantung sepi dibawa angin.
"Aku tak suka kau tak jawab soalan aku! "
Aku mengetap bibir tatkala nafas yang dihembusnya menerpa lembut di wajahku. Mulutku seakan-akan terkunci. Tidak mampu mengungkapkan kata-kata.
"Kau dah langgar peraturan aku. So, kau akan menerima padahnya, Choi Yerin." Bisiknya tepat ke telinga aku. Mataku terbuntang luas kerana wajahku dengan dia terlalu dekat sehingga tiada ruang untuk aku melarikan diri.
Jantungku dari tadi berdegup pantas.
Andwae! Eomma, appa. Tolong Choi Yerin!
++++++++++++++++++++++++++++++
Double update untuk malam ini. 💓
YOU ARE READING
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.