Min Yoongi melangkah segera ke bilik yang diduduki oleh Choi Yerin dan anak perempuannya itu.
Tetapi, tidak semena-mena dia ternampak susuk tubuh genit berlari dengan tergesa-gesa seperti dikejar dengan hantu jembalang.
Dia tahu itu anak perempuannya. Di dalam hati, dia memuji sedikit Choi Yerin kerana berjaya melepaskan diri. Ingatkan bebal tadi.
Bibirnya meleret senyuman misteri. Lelaki itu sangat licik. Dia hanya membiarkan sahaja Haneul itu. Alah, bukan boleh pergi mana pun budak kecil itu. Kisah apa dia.
Perlahan-lahan kakinya masuk ke dalam bilik. Dia berkerut hairan melihat tingkah laku Choi Yerin yang sangat mencurigakan baginya. Selepas dia sudah menilik apakah gadis itu buat. Dia tahu yang gadis itu sedang membaca buku diari dia dengan penuh khusyuk.
"Kau buat apa tu? " Dia bertanya dengan penuh dingin walaupun dia sudah tahu yang Yerin tengah buat apa sekarang. Mukanya tiada riak. Hanya bersahaja.
----
"Kau buat apa tu? "
"Hah? "
"Aku tanya kau. Kau buat apa tu? " Min Yoongi sekali lagi menyoalku. Riak wajahnya tegang.
Aku mengetap bibir gerun.
"Err tak ada apa-apa. "
" Tak ada apa-apa ya? " Lelaki itu menuju ke arahku. Dengan pantas, aku menoleh ke hadapan. Buku hitam lusuh itu dipeluk erat. Aku tahu Tuan Min tak suka aku menipu. Lagi-lagi bila dengannya.
Argh! Aku tak tahu nak buat apa sekarang ini.
"Hm? Fikir apa tu? " Aku tersentak apabila jari-jemari runcingnya memeluk erat pinggangku dari belakang. Dagunya jatuh ke bahu kananku. Bibirnya mengucup sekilas ceruk leherku.
Tubuhku tiba-tiba kejung.
"Kenapa muka kau pucat? Takut dengan aku? Janganlah takut. Aku takkan buat apa-apa dengan kau. " Bisik Min Yoongi dekat dengan tepi telingaku.
Aku mengerlingnya sekilas tanpa bersuara. Tak tahu kenapa. Suara ini betul-betul tidak boleh keluar.
"Choi Yerin.. Aku tahu kau baca diari aku. " Sambungnya lagi.
Aku seperti tadi, hanya kaku dan membisukan diri. Aku menelan air liur kesat apabila dia mengucup leherku lagi. Tapi kali ini lama sedikit. Terbeliak mataku.
Tak guna!
"Kau nak tahu cerita aku sepenuhnya? "
Aku hanya terkebil-kebil.
"Nak tahu tak?! " Tengkingnya sehingga telingaku naik berdesing. Segera aku mengangguk laju.
"Boleh. Tapi malam nanti ya sayang. Sekarang, kau patut tidur dulu. Selamat malam sayang. " Serta-merta kepalaku berpusing dan berpinar-pinar. Aku dapat rasakan tempurung kepalaku sakit.
YOU ARE READING
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.