Oh damn || MYG ||
Misi pertama ;
• ceroboh masuk bilik Tuan Min dan cari kunci bilik misteri tersebut.
Aku mengeluh perlahan. Tapak tangan terasa sejuk kerana gementar. Kalaulah Tuan Min tahu aku melanggar segala peraturan dia, mesti mengamuk lelaki itu.
Tapi, aku tetap dengan keputusan aku untuk teruskan rancangan gila ini. Ah! Kisah apa aku?
Aku melihat Haneul yang tertidur di sisiku. Okay cun! Line clear!
Berhati-hati aku mengangkat kepalanya dari ribaanku ke atas sofa agar si gadis kecil itu tidak terjaga.
Hm.. Aku rasa setiap pelusuk rumah ini mesti ada 🄲🄲🅃🅅 yang memerhati sekarang ini. Tipulah, kalau takde. Rumah besar mewah seperti ini mestilah ada.
Mengikut kajian aku, Tuan Min ada upah pengawal peribadi yang mengawal CCTV tersebut dan tempat pengawal peribadi tersebut berada di tingkat atas sekali.
Aku mendengus kasar. Bagaimana nak atasi pengawal peribadi tersebut? Kalau aku tak dapat atasi mereka, aku tak boleh tutup semua CCTV di rumah ini!
Kedua-dua kakiku tidak berhenti dari berjalan. Sekejap ke kanan, sekejap lagi ke kiri.
Idea. Idea. Tolonglah muncul..
Ha?! Aku tahu apa yang aku perlu buat!
Aku tersenyum sinis lalu tergelak jahat.
----
Yerin mengacau air kopi perlahan-lahan. Air kopi yang sudah dicampur dengan perencah 'istimewa' khas buat abang-abang pengawal tersebut.
Bibirnya menguntum satu senyuman sinis. Tapi jangan bimbang, gadis itu pandai cover kelakuan dan pergerakannya itu supaya tidak dirakam oleh CCTV.
Dulang yang berisi jag air kopi dan beberapa cawan ditatang penuh berhati-hati.
Kakinya diatur sehingga ke lift. Punat lift ditekan dan dia memboloskan diri masuk ke dalam lift tersebut.
Tak sabar ingin melihat apa yang berlaku seterusnya!
----
Aku menjenguk sedikit ke arah dalam di tepi muka pintu bilik CCTV itu. Mataku tertacap figura tiga orang pengawal peribadi yang leka bermain handphone masing-masing.
Oh! Ini ya kerja korang! Curi tulang!
Tapi bagus juga, senang kerja aku sikit.
Okay okay! Inhale, exhale.
Ayuh, mulakan misi!
"Hai abang-abang pengawal sekalian, apa kata abang-abang semua berehat sebentar dan minum dulu minuman kopi air tangan Choi Yerin." Usai sahaja masuk ke dalam bilik CCTV, aku terus meletakkan dulang ke atas meja kecil lalu menuang air kopi ke dalam cawan.
"Wah! Ini yang kita mahukan! " Lelaki yang dapat aku lihat tag nya bernama Kang Daniel pantas mendapatkan secawan kopi. Disisipnya air kopi itu laju sehingga habis.
"Uyoo, tak pernah-pernah dapat layanan istimewa. Kalau tak mesti kena beli sendiri!" Ujar seorang lelaki lain. Name tag nya, Kim Mingyu. Cawan satu lagi diambilnya dan air kopi tersebut diminum.
"Awak, err Encik Oh Sehun nak? " Aku meneguk air liur kesat melihat air muka seorang pengawal peribadi Tuan Min. Serius sahaja.
Aku harap dia tidak tahu rancangan aku. Habislah kalau dia tahu!
"Hm.. Awak ni babysitter baru Tuan Min? " Soalnya dengan kerutan di dahi.
"Ya." Aku mengalihkan pandangan ke arah lain.
Sehun tergelak kecil melihatku.
"Janganlah takut. Saya tak makan orang." Katanya. Satu cawan yang berada di atas dulang dicapai. Tidak mahu air kopi itu sejuk, pantas disisipnya.
"Terima kasih. Sedap air kopi yang awak buat." Lelaki yang bernama Kang Daniel bersuara. Ceria sahaja orangnya. Senyuman manis terbit dibibir lelaki itu. Begitu juga dengan Mingyu dan Sehun.
"Sama-sama kasih! " Aku menunduk hormat sebelum mempamitkan diri untuk beredar dari situ.
Yes! Beberapa saat sahaja, mereka bertiga akan tertidur.
Ya, aku meletakkan ubat tidur ke dalam kopi supaya memudahkan kerja aku lagi.
Bye bye pengawal handsome Tuan Min! Semoga mimpi yang indah-indah.
YOU ARE READING
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.