Oh damn || MYG ||
Tubuh badan Haneul yang terdedah aku selimut agar gadis kecil itu tidak kesejukan.
Bibirku mengukir senyuman kecil melihat Haneul yang sudah lena diulit mimpi. Comel sahaja.
Senyumanku terus memudar tatkala melihat sekeping kepingan gambar yang dipeluk kemas oleh Haneul. Kemudian, dengan perlahan-lahan aku mengalihkan tangan kecilnya agar tidurnya tidak diganggu lalu aku terus mengambilnya tanpa rasa ragu-ragu.
Mataku tertancap pada kepingan gambar tersebut. Terdapat seorang wanita yang sama di dalam bingkai gambar yang aku jumpa beberapa hari yang lepas.
Aku dapat rasakan yang itu ialah mummy kepada Haneul dan juga isteri kepada Tuan Min kerana di tepi kanan dan kirinya terdapat sepasang kembar. Wajahnya mirip seperti Haneul.
Dan ya, banyak persoalan yang bermain difikiranku ini.
Tanpa aku sedar, aku telah merenung lama gambar itu.
Terbuntang mataku luas lantas sekeping kepingan gambar tersebut dilemparkan kembali.
Jantungku seakan terhenti. Nafasku pula seakan tersekat di kerongkong. Aku tidak tahu kenapa tapi.. berkemungkinan penangan dari gambar tersebut?
Aku lihat mata wanita itu dan kembar kepada Haneul matanya jelas berwarna merah pekat bernyala secara tiba-tiba.
Aku terpana seketika lalu aku mengatur langkah laju pergi dari situ.
---
Langkah Yerin terhenti seketika di hadapan bilik larangan itu.
Corong telinganya dapat menangkap bunyi-bunyi yang aneh baginya.
Bunyi seperti orang menangis dengan alunan mendayu-dayu di dalam bilik tersebut.
Tubuh badan gadis itu berpeluh sakan bagai dia menyertai sukan larian. Bibirnya pucat ketakutan tatkala matanya ternampak jari-jemari bermain di bawah celahan pintu bilik.
Terdorong tubuhnya kebelakang.
"Kau kenapa? " Riak wajah dingin seperti biasa dipamerkan olehnya.
Automatik gadis itu menoleh kebelakang memandang Yoongi yang nyaris-nyaris hendak dilanggar olehnya.
"S-saya.. S-saya.. S-saya tu." Tergagap-gagap gadis yang bernama Choi Yerin itu berbicara. Tetapi tangan gadis itu menunding muka pintu bilik untuk memberi isyarat kepada lelaki itu agar dia faham.
"Kau apa?! Sudahlah. Masuk tidur. Sudah lewat." Malas hendak menunggu butir bicara yang keluar dari bibir Yerin, lelaki itu sudah memintasnya.
"B-baik.." Seram-sejuk melanda diri gadis itu. Orak langkahnya diperhatikan oleh Yoongi.
Apabila sudah dapati figura Yerin tiada di situ, dia merapati tubuhnya ke pintu bilik larangan.
"Don't cry dear.. " Tubir matanya bertakung dan pada masa yang sama, bibirnya tersenyum sinis.
YOU ARE READING
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.