E P I L 0 G U E

457 45 18
                                    

"Haneul sayang. Kalau Haneul nak gula-gula ambil je. Unnie belanja." Choi yerin tersenyum. Rambut gadis kecil itu diusap lembut.

Choi yerin mengambil Haneul sebagai anak angkatnya. Yelah, kesian Haneul tiada sesiapa. Dia hanya sebatang kara. Tiada sedara-mara.

"Gomawo unnie!" Haneul berlari kecil mendapatkan gula-gula yang diidamkannya di dalam kedai runcit tersebut.

Choi yerin masih tidak lekang dengan senyuman. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang telah disediakan di kedai itu.

"Berita terkini. Malam semalam, seorang lelaki berjaya diberkas oleh pihak polis akibat mengganas di sebuah rumah banglo. Empat mangsa ditemui mati di tempat kejadian kerana dibunuh dan ditikam bertubi-tubi oleh suspek. Inilah kejadian yang telah dapat dirakam oleh CCTV di rumah banglonya."

Disiarkan rakaman CCTV di kaca televisyen. Yerin hanya merenung kosong.

"Dan terdapat dua jasad yang tidak bernyawa sudah membusuk di dalam perabot. Dipercayai suspek membunuhnya dan menyembunyikannya di situ supaya tiada sesiapa yang dapat menjumpai mayat tersebut."

"Dengan ini.. suspek tersebut disabit hukuman gantung sampai mati." Kata pembaca berita tersebut.

Bibir Choi Yerin tersungging naik. Kesian kau Min Yoongi.. Kau jadi mangsa keadaan nampaknya.

"Unnie.. Haneul dah ambil gula-gula ni." Haneul mula mendekati Yerin. Tersentak gadis itu dibuatnya.

"Okey. Jom bayar." Kaunter dituju untuk membuat pembayaran.

Sekarang.. aku nak hancurkan budak ni. Aku nak hancurkan darah daging perempuan perampas tu!

Hati Choi Yerin bersorak.

Choi yerin merenung tajam seorang lelaki dan seorang perempuan bertepuk tampar sambil bergelak tawa dari jauh.

Dia berkerja sebagai inspektor? Ya memang. Tapi dia juga  kadang-kadang ambil kerja sambilan untuk sara diri dia sendiri.

Tapi tak sangka ini yang dia dapat lihat dengan mata kepalanya sendiri.

Suho. Lelaki itu merangkap teman lelakinya.

Bersama wanita yang tidak dikenalinya.

Pabo. Ini semua pabo.

"Orange juice satu dan americano panas satu!" Beritahu tukang ambil order itu kepada yerin.

"Siap!" Pantas sahaja gadis itu membuat air.  Matanya meliar sekeliling. Semua sibuk. Ini masanya dia ambil kesempatan.

Racun yang tadi sempat diambil di dapur diletak ke orange juice yang dipesan tadi.

Dia tahu itu kepunyaan wanita itu kerana tadi dia sudah lihat.

Dan teman lelakinya tidak suka minum minuman sejuk. Lebih kepada minuman panas.

Yerin tersenyum sinis. Padan muka! Biar kau mati!

Pandangan matanya jelas nampak wanita disebelah teman lelakinya itu menyedut minuman beracun itu.

Seterusnya, tak sangka pula sampai ke tahap ini. Suaminya disalahkan atas kesalahan membunuh. Haha.. kesian.

Selepas membuat bayaran, terus sahaja mereka berdua melangkah keluar.

Masa yang dinanti-nantikan sudah tiba. Mianhae Haneul. Unnie minta maaf sangat.

Ditolaknya dengan sengaja tubuh genit Haneul ke tengah jalan. Pada masa yang sama ada sebuah kereta melunjur laju.

Tapi semuanya berubah dengan drastik. Serta-merta angin meniup kuat. Suasana seakan-akan terhenti. Tangan Yerin tiba-tiba sahaja bergerak menarik tubuh Haneul. Walhal, tubuh Yerin yang kaku ditolak kuat ke tengah jalan.

Kini tubuh Yerin tercampak jauh akibat hentakkan kuat daripada kereta. Tidak semena-mena lori yang bertentangan mengilis badan Yerin sehingga hancur di atas jalan tar.

Haneul menangis kuat apabila melihat kejadian itu.

Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti menyayat hati.

Inilah balasan atas perbuatannya yang jahat dan kejam itu.

[C] Oh damn || MYG ||Where stories live. Discover now