[20]

440 48 11
                                    

Beberapa minggu yang lalu,

Sebuah kereta serba mewah dipakir ke tempat yang disediakan sebelum dirinya keluar dan melangkah melintasi jalan ke kafe yang terletak di seberang sana. Kafe tersebut ialah kafe yang paling digemari oleh Min So Hee merangkap isteri kesayangannya.

Wajah Min Yoongi berseri-seri dan tidak lekang dengan senyuman terbit dibibirnya.

Banyak mata-mata di sekeliling yang memandang hairan ke arah lelaki yang terlebih ceria itu tetapi dia hanya mengabaikannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Banyak mata-mata di sekeliling yang memandang hairan ke arah lelaki yang terlebih ceria itu tetapi dia hanya mengabaikannya.

Sekarang, yang paling penting, dia perlu membeli makanan pencuci mulut kesukaan isterinya itu tanpa pengetahuan wanita itu. Saja je ingin membuat kejutan.

Pintu kaca kafe ditolak sebelum dia memboloskan diri ke dalam kafe tersebut. Terdapat pelbagai pencuci mulut yang terhidang di dalam peti lut sinar.

Sekonyong-konyong, dia ternampak susuk tubuh yang dia sangat kenal sedang duduk di hujung kafe bersama seorang lelaki asing. Wanita itu bergelak tawa sambil itu lengan lelaki disebelah ditepuk kelihatan amat mesra.

Min Yoongi mencerlung tajam. Terjeda untuk dia membuat pesanan sebelum dirinya di bawa pergi menuju ke arah wanita dan lelaki tersebut. Bibir diketap menahan marah yang membuak-buak.

"So Hee? " Soal lelaki itu. Matanya menikam jelas wajah isterinya.

"Yo.. Yoongi? Awak buat apa dekat sini? " Terperanjat sedikit So Hee dengan kedatangan lelaki itu di sini.

"Patutnya aku yang tanya kau. Kau buat apa kat sini? " Yoongi bersuara datar. Rahangnya diketap geram.

"Se-sebenarnya.. " So Hee tergamam. Matanya membalas balik renungan tajam lelaki itu. Air mata mula bertakung tunggu masa untuk tumpah. Terkejut dirinya apabila suaminya itu menggelarkan kau-aku. Tiada panggilan manja yang selalu digunakan lelaki itu.

Diam. Perasaan janggal mula menguasai diri mereka bertiga. Suasana kafe yang riuh-rendah tidak dapat menghilangkan rasa itu.

"Err.. Sebenarnya saya yang ingin berjumpa dengan isteri Encik. Maklumlah dah lama tak berjumpa. Saya kawan lama Min So Hee. Saya, Kim Jun-myeon. Tapi panggil je saya Suho." Lelaki disebelah Min So Hee mula bersuara. Min Yoongi yang tadi merenung tajam ke arah isterinya mula beralih ke arah lelaki itu.

"Aku tak tanya pun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Aku tak tanya pun. So, kau diam! Aku nak isteri aku yang jawab. " Sindir Yoongi membuatkan lelaki di hadapan matanya terkulat-kulat.

"Aku nak kau balik So Hee. Balik! " Nada keras itu mula mengerunkan hati Min So Hee.

"Ta-tapi.."

"Aku suruh balik! Tu pun susah sangat ke hah?! " Yoongi menarik tangan So Hee dengan kuat. So Hee rasa macam nak tertanggal pergelangan tangan itu.

Diheret isterinya itu dibawa ke kereta. Nasib sahaja So Hee tidak meronta-ronta. Dicampak susuk tubuh itu masuk ke dalam perut kereta.

Pintu kereta dihempas dari luar sebelum dirinya masuk ke dalam perut kereta juga. Kereta itu mula pergi dari situ.

Hati seorang Min Yoongi sekarang ini sangat panas. Dipandu keretanya sangat laju bagaikan lelaki itu mahu nyawa mereka melayang.

++++++++++++++++++++++++++++

Okay terlalu panjang pula nak gabungkan flashback yang lain. Next chap flashback juga ok (๑>ᴗ<๑)

Sorry kalau ayat tak kena. Entahlah rasa macam ayat terlalu meleret-leret. :(

[C] Oh damn || MYG ||Where stories live. Discover now