Oh damn || MYG ||
"Choi Yerin! " Jerit Min Yoongi kuat sehingga bergema seluruh pelusuk ruang kediamannya itu.
"Daddy. Daddy kenapa jerit-jerit ni?" Haneul terkedek-kedek berlari menghampiri bapanya itu.
"Mana unnie kau tu?! " Soal lelaki itu dengan nada tengking menyebabkan bahu Haneul terhinjut. Mata gadis kecil itu berair kerana ketakutan.
"Haneul tak tahu daddy." Jawab Haneul perlahan. Tubuhnya menggigil dan kepalanya menunduk memandang lantai.
"Shit! " Min Yoongi meraup wajahnya kasar. Dia sudah terlambat disebabkan jalan sesak tadi. Sekarang ini sudah pun menjelang malam.
"Bodoh! Itu pun tak tahu ke! " Jerkah lelaki itu. Rambut anaknya ditarik kasar lalu ditolaknya sehingga jatuh tersungkur. Maka, terhamburlah esakkan Haneul.
"Itu pun nak menangis! Pergi matilah! " Dia segera menapak kaki ke arah lif tanpa menghiraukan anak perempuannya itu. Butang lif ditekan menuju ke tingkat atas iaitu bilik CCTV.
"Tak guna kau Choi Yerin! " Lif itu ditendang kuat.
----
Choi Yerin menapak masuk ke dalam bilik larangan tersebut dengan berhati-hati. Perasaannya jangan tanyalah. Gugup, takut, resah, gelisah. Semua ada.
Dia menelan air liur kesat melihat keadaan yang gelap gelita dan suasana amat menyeramkan baginya.
Jari jemari gadis itu terkial-kial mencari suis lampu di tepi dinding. Apabila suis itu dibuka, alangkah terkejutnya melihat keadaan bilik larangan tersebut.
Wajahnya berubah menjadi pucat serta-merta.
----
"Aku dah agak! Tak guna kau Choi Yerin! " Pintu bilik CCTV itu ditumbuk kasar. Dia sudah tidak kisah kalau tangannya tercedera sekalipun. Yang dia kisah sekarang ini, dia sudah dipermainkan oleh gadis itu.
Dia mencerlung tajam melihat pengawal-pengawal peribadinya yang tertidur tidak sedarkan diri di atas lantai. Dia mengetap rahangnya.
Dalam hati lelaki itu, sudah berbakul-bakul dirinya menyumpah seranah Choi Yerin iaitu babysitter upahannya. Dia tahu itu semua angkara gadis itu.
++++++++++++++++++++++++
Jeng Jeng Jeng.
YOU ARE READING
[C] Oh damn || MYG ||
FantastikDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.