Ha! Ha! Ha!
Choi Yerin tersentak apabila nafas termengah-mengah itu kedengaran jelas dari corong telinganya.
Gadis itu mengangkat wajah memandang lelaki itu yang mula mengorak langkah menuju ke sebuah perabot. Laci perabot dibuka. Dia dapat lihat sepucuk pistol dikeluarkan dari laci tersebut. Pistol bersalut warna keemasan.
Bau hanyir menyapa rongga hidungnya. Yerin mengerutkan dahi melihat tubuh Yoongi yang penuh dengan cecair merah. Ditambah pula, bau busuk mayat buatkan Yerin rasa pening dan loya.
Lelaki itu menapak ke arah Yerin. Rambut gadis itu direntap kasar. Wajahnya menyenget merenung tajam gadis itu.
"Sekarang aku.. Nak. Kau. Mati! " Picu ditarik menghasilkan bunyi klik. Tunggu masa sahaja untuk dilepaskan.
Choi Yerin dengan muka mendatar selamba menambahkan kemarahan lelaki itu.
"Jangan bergerak!!!! " Suara seseorang keras memberi amaran. Yoongi lantas menoleh ke belakang.
"Aku kata jangan bergerak!! "
Min Yoongi sekadar tersenyum sinis.
"Wow! Jungkook dan Taehyung. Tak sangka.. Selama ini aku percayakan korang. Tapi ini yang kau balas? Wow! Syabas sebab berjaya mempermainkan aku." Yoongi menepuk-nepuk tangannya kuat. Mengejek.
"Maafkan kami hyung. Kami sayangkan hyung. Tapi.. Kami kena jalankan tugas dan tanggungjawab kami." Ujar Taehyung serius. Ditala pistol ke arah Yoongi apabila lelaki itu cuba mengganas.
"So, selama ini kau adalah anggota polis. Dan kau menyamar jadi sahabat aku? Sekarang, kau nak tangkap aku? Macam itu? " Yoongi mengetap gigi.
"Ya. Baik hyung menyerah diri sahaja sebelum hyung menyesal." Jungkook seperti gaya Taehyung juga. Ditala pistol ke arah Yoongi di muka pintu.
Yoongi tersenyum sinis.
"Jangan harap! " Lelaki itu menekan picu pistol dan melepaskannya ke arah Taehyung.
Kini, Taehyung pula yang mengukir senyuman sinis.
"Hyung patut tahu, kami dah keluarkan semua peluru semasa hyung tak ada kat bilik ni." Taehyung seakan menyindir.
"Shit!" Pistol ditangan dijatuhkan. Segera pisau lipat dikeluarkan dari kocek seluar. Lelaki itu pantas melulu ke susuk tubuh Jungkook dan Taehyung. Dia nekad!
Tanpa sempat buat apa-apa, Yoongi dipukul oleh gadis bernama Yerin sehingga lelaki itu pengsan.
Pukulannya seperti gaya sisi tangan. Selepas itu, pukulnya kuat di leher. Boleh terkehel tau leher.
Nasib baik dirinya itu tidak diikat lagi. Mujur Taehyung dan Jungkook muncul membantu melepaskan dia.
Choi Yerin membuatkan thumbs up kepada dua jejaka muda itu.
-------
"Hebatlah Inspektor Choi. Saya dah dapat agak, kalau Inspektor yang lakukan tugas ini pasti penjahat tu tumpas juga. " Puji Jungkook bersungguh-sungguh.
Choi Yerin tersipu malu.
"Eh! Mana ada. Inspektor Jeon dan Inspektor Kim apa kurang hebatnya juga. Pandai berlakon." Choi Yerin memuji semula.
"Kita bertiga ni patut diberikan anugerah pelakon terbaik kan Inspektor Choi?" Seloroh Taehyung.
Jungkook dan Yerin tergelak.
"Lepaskan akulah! Lepas! " Seorang lelaki yang sudah digari memberontak.
"Kau diam! Kalau tak, aku lempar kau ke lautan api. Nak?! " Herdik seorang anggota polis yang memegang lengan pesalah itu untuk dibawa ke dalam perut kereta polis.
"Kau bertiga! Siap kau!! Siap!! Kau tipu aku hidup-hidup!! Kau khianat aku!!! " Tengking Yoongi kuat.
Pang!
Berdesing telinga lelaki itu apabila ditampar kuat oleh anggota polis tersebut.
Yoongi terdiam. Dia mengetap rahang. Sepasang matanya mencerlung tajam tiga figura itu sebelum masuk ke perut kereta.
Mereka bertiga menghela nafas lega.
"Akhirnya, semua berjalan dengan lancar. Tapi.. Empat mangsa ditemui mati di dalam banglo tidak dapat diselamatkan. " Lirih Jungkook berkata.
Taehyung menunduk lemah. Rindu Seokjin hyung yang kelakar. Rindu gelak tawa Hoseok hyung yang ceria. Rindu senyuman Jimin. Rindu lesung pipit Namjoon!!
Rindu semuanya.
Tapi kalau mereka selamat pun. Mereka akan ditahan juga atas kes bersubahat dengan suspek.
Choi Yerin mengesat air mata yang laju mengalir di tubir mata.
Tersungging naik bibir gadis itu. Tidak sedari oleh sesiapa di situ.
+++++++++++++++++++++++++++
Uish panjang. Tapi.. Jangan ingat dah habis ea. Belum lagi. Tinggal dua chap menanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.