"Kau! "
Tubuh isterinya ditolak kasar. Dadanya berombak menahan marah.
"Tak cukup ke kasih sayang yang aku bagi? Sampai dengan jantan lain pun kau nak menggatal hah?! " Tengking Min Yoongi. Seluruh tubuhnya mengeletar. Matanya tajam memandang wajah isterinya yang menunduk teresak-esak menahan tangisan.
"Aku tak tahulah dengan kau ni. Kenapa?! Kenapa kau buat aku macam ni Min So Hee?! " Tanpa belas kasihan, jari runcingnya melilit leher isterinya itu. Dicengkam sehingga wanita itu tidak cukup nafas.
"Yoongi. Lepaskan. Biar.. saya. jelaskan.." Sukar Min So Hee menutur kata. Nafasnya tersekat-sekat. Air mata mengalir perlahan-lahan membasahi pipi.
Min Yoongi. Yang dahulunya memang terkenal dengan sikap panas barannya. Tetapi setelah berkahwin dengan Min So Hee, dirinya yang panas baran sudah mampu dikawal sebaiknya.
Malangnya, hari ini. Sikap panas barannya mula muncul semula. Kerana cemburu.
"Aku tak nak dengar penjelasan kau. Kau tipu aku. Kau tipu aku! " Bagai dirasuk, lelaki itu mencekik leher isterinya.
"Aku benci kau! Aku benci kau! " Ditindih tubuh wanita itu. Tangannya masih sama. Mencengkam kuat leher So Hee.
Tanpa lelaki itu sedar, dia sudah membunuh orang yang dia sayang.
Min So Hee mula tidak bereaksi apa-apa. Tubuhnya lemah. Nafasnya terhenti.
Min Yoongi yang mula meracau bagai orang tidak siuman sudah terdiam seribu bahasa.
Tangannya di leher So Hee dirungkai perlahan-lahan. Bibir lelaki itu bergetar. Seluruh tubuhnya menggigil.
Air mata kelakiannya menitik jatuh. Dia bodoh! Dia terlalu beremosi!
Susuk tubuh yang rebah tidak bernyawa itu dirangkul erat. Dia menangis sepuas-puasnya. Menyesal kerana ikutkan perasaan.
"Daddy? " Mata si kecil yang telah menyaksikan segala-galanya. Dari mula sehinggalah ke saat akhir. Gadis kecil itu tergamam. Tergamam dengan perbuatan ganas sang bapanya terhadap ibunya.
Gadis kecil itu menelan liur kesat. Tangannya kesejukan. Seluruh tubuhnya kaku membeku. Ketakutan mula terasa dalam dirinya. Takut dengan sang bapa.
Gadis kecil itu tersedu-sedan. Tangisannya semakin lama semakin kuat.
Min Yoongi diam. Disaat lelaki itu tahu bahawa anaknya mula mendekat, dia mula mendongak memandang wajah sugul anak perempuannya seorang itu."Hwa-Young. Jangan dekat." Min Yoongi memberi amaran. Kepalanya terlalu kusut.
"Mummy.. " Lirih Hwa-Young. Anak gadis kecil itu degil. Tidak mendengar amaran bapanya. Kakinya melangkah mendekati susuk tubuh yang tidak bernyawa diriba bapanya.
"Aku kata jangan dekat Hwa-Young." Sungguh mendalam nada Min Yoongi. Geram dengan kedegilan anaknya itu.
Hwa-Young diam tidak bersuara. Kakinya menapak dan menapak perlahan-lahan tanpa rasa gerun.
Apabila sudah sampai ke arah ibunya, anak gadis kecil itu melutut lemah. Air jernih tidak henti-henti mengalir.
Mengigil tanngan kecilnya ingin menyentuh ibunya yang rebah itu.
"Aku kata jangan. Janganlah! " Badan Hwa-Young tercampak kasar tika Yoongi menolaknya.
Dengan sadisnya, kepala Hwa-Young terhantuk di bucu meja yang bertempatkan gambar-gambar keluarga.
Apabila hantukan kuat itu terhasil, membuatkan bingkai gambar itu terjatuh pecah di lantai. Ada yang terjatuh di atas kepala Hwa-Young sehingga kepalanya berlumuran darah.
Akhirnya mata gadis kecil itu terpejam rapat pengsan.
"Hwa-Young! " Lelaki itu menerpa ke arah gadis kecil itu.
Digoncangkan susuk tubuh kecil itu. Tapi, Hwa-Young tidak sedarkan diri.
Betapa bodohnya dirinya ini apabila membunuh dua orang yang dia sayang. Yang dia cinta. Yang dia kasih.
Kerana sifat cemburu yang tertanam pada dirinya membuatkan dia tidak mampu mengawal perasaan. Kerana sifat cemburu lah, orang yang dia sayang terbunuh.
Gila. Ini semua gila!
+++++++++++++++++++++++++++++
Next chap flashback juga. Lebih kurang tiga, empat chap lah. (๑•́ω•̀)

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.