[27]

412 47 13
                                    

Detik dari kiraan lima.

Empat.

Tiga.

Dua.

Satu.

Ding! Ding!

Bunyi jam besar berdeting bergema ke seluruh pelusuk rumah yang sunyi ini menyebabkan mereka berenam tersentak.

Hoseok terjerit meminta tolong lalu dia mahu melarikan diri keluar dari rumah tersebut tapi berjaya ditahan oleh Namjoon.

Seokjin mengusap dadanya akibat terperanjat.

Jimin, Taehyung dan Jungkook sekadar tergelak kecil melihat hyung-hyungnya itu. Haih, itu pun nak takut.

Kini, jam sudah menunjukan tepat dua belas malam.

Oh lupa! Bagaimana mereka boleh masuk? Mereka tahu segala-galanya dalam rumah ini. Akses pintu pun mereka tahu kodnya.

Suasana hening mula menguasai mereka semua.

Namjoon menghela nafas seketika.

"Baik. Apa kata kita berpecah?" Namjoon melontarkan pendapat.

"Berpecah? Okey je." Jungkook tenang menjawab.

"Jungkook, Taehyung. Korang naik ke tingkat atas sekali iaitu bilik CCTV. Jimin dengan Hoseok. Korang pergi ke bilik tengah yang bilik larangan tu. Dan.. Aku dengan Seokjin cari di sekitar sini. " Namjoon mula mengagihkan kumpulan.

"Cari Yoongi hyung sampai jumpa! " Namjoon mengepal tangan erat. Dihayunnya tanda 'hwaiting' pada sahabatnya.

"Baik. Hwaiting!"

------

Jimin dan Hoseok mendaki anak tangga satu persatu. Hoseok mengeluh penat. Menyesal pula dia tak naik lift tadi. Tapi Jimin kata naik lift lambat. Jadi, dia ikut kan sahajalah. Takkan nak naik seorang diri. Tak kuasa dia! Dahlah gelap. Tak bayar bil api ke apa.

Mata Hoseok meliar ke sekeliling. Lengannya yang terdedah diusap. Haish ni masalah. Lupa pula dia nak ambil hoodie dalam van Seokjin. Kan dah sejuk.

"Seok hyung okey tak tu? " Jimin menoleh ke belakang. Ingin pastikan hyungnya itu dalam keadaan selamat.

"Okay je." Balas Hoseok ringkas.

Hoseok menelan air liur kesat. Mukanya pucat lesi apabila melihat dibelakang Jimin ada lembaga hitam. Sesak dadanya tika ini.

"J-jimin. Belakang kau."

"Hyung ken--" Belum sempat berbicara, seutas tali halus dijerut ke leher Jimin. Tanpa sempat Hoseok menyelamatkan Jimin yang berkeadaan sesak. Dia pula jatuh tergolek-golek ke bawah kerana tubuhnya ditolak kasar.

Kepala Hoseok terhentak kuat di dinding. Cecair merah likat berlumuran di atas lantai. Hoseok yang sudah tidak berdaya sudah terpejam mata.

Manakala, Jimin yang meronta-ronta ingin melepaskan diri sudah terdiam kaku. Nafasnya terhenti buat selama-lamanya.

-----

Mata Seokjin tertancap ke atas tangga apabila corong telinganya terdengar bunyi dentuman seperti orang jatuh.

Rasa ingin menangis dia sekarang ini. Tubuhnya menggigil. Bibirnya diketap kuat. Dalam hatinya, dia berdoa supaya mereka yang di atas semuanya dalam keadaan baik.

"Namjoon. Baik.. K-kita keluar dari sini. Aku rasa tempat ni terlalu bahaya." Seokjin bersuara meluahkan hasrat di hati yang tadi sudah lama terbuku.

Ditariknya Namjoon ke sisi apabila lelaki berlesung pipit itu menonong selamba ke hadapan tanpa mempedulikannya.

"Alah.. Jangan risaulah. Takde apa-apa. " Namjoon menafikannya. Dia cuma ingin menyedapkan hati sahabatnya itu dari berfikir yang bukan-bukan.

"Gelap kot. Kau boleh kata jangan risau? Kau boleh kata takde apa-apa?! " Gumam Seokjin dengan nada keras. Geram sungguh dia dengan lelaki itu. Degil Namjoon tahap maksimum!

Tanpa mereka berdua sedari, satu lembaga hitam mencapai sebilah pisau dapur di situ.

Dan tanpa mereka sedari, jasad mereka telah terjelupuk tidak bernyawa dengan berlumuran darah.

+++++++++++++++++++++++++++++

Hayokkk tatuttt tak? Tatut tak?

Mesti ada yang tertanya-tanyakan mana Jungkook dengan Taehyung.

Diaorang masih hidup lagi ke?

Okay! Tunggu next chapter. Lagi tiga chap nak habis dah ff ni. 😉❤

[C] Oh damn || MYG ||Where stories live. Discover now