Seokjin memakirkan van kepunyaannya ke dalam perkarangan rumah banglo milik Yoongi. Maklumlah, pagar rumah terbuka luas. Agaknya nak bagi perompak masuk kot.
Nasib baiklah mereka semua tidak ada apa-apa. Hanya kemalangan kecil yang berlaku tadi. Van milik Seokjin ada sedikit calar-balar dan lampu hadapan vannya pecah.
Jangan ingat van Seokjin murah ya. Van ni mahal punya. Seokjin kata yang murah-murah punya ni no class. Mohon belasah Seokjin berjemaah.
Mereka berenam terdiam melihat rumah banglo yang menjamah pandangan mata.
"Asal rumah Yoongi hyung macam suram je? Takde seri langsung." Kata Jimin hairan.
"Tulah. Macam rumah hantu pun ada aku tengok." Seloroh Hoseok.
"Kau ni Hoseok! Tolong jangan sebut tu boleh tak? Aku dahlah lemah semangat. Walaupun ia hanya perkataan." Seokjin menindas geram. Nak sahaja dia sepak punggung Hoseok. Nasib sekarang dia masih belum keluar dari van.
"Yelah. Sorry." Hoseok tersengih.
"Seokjin hyung. Hon sikit. Aku rasa time-time gini, Yoongi hyung tak tidur lagi." Namjoon berkata. Dimasukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.
"Okey."
PINNNNN! PINNNNN!
Seokjin menekan hon bertubi-tubi.
------
PINNNNN! PINNNNN!
Bunyi hon menyapa gegendang telinga lelaki itu berselang-seli seli bunyi riuh-rendah dari luar.
Yoongi menjungkit kening. Bibirnya terukir senyuman tajam.
"Nasib kau. Selamat perempuan. " Tangan Yoongi yang ingin mengacu pisau ke arah Choi Yerin terhenti.
Tali tebal dicapai dan diikatnya gadis itu pada kerusi yang sudah tersedia di situ.
"Haritu, kau boleh lepas. Tapi sekarang, tidak lagi, Choi Yerin." Bisik Yoongi. Ditiupnya sekejap ke cuping telinga Yerin sehingga gadis itu tersentak sebelum lelaki itu berlalu pergi.
----
Segenggam pil penenang ditelan lelaki itu. Suara-suara asing yang sedari tadi mula berbisik-bisik merimaskannya.
"Pergi kau! Pergi! " Jerit Yoongi bagai orang tidak siuman. Rambutnya diserabutkan. Kadangkala, ditarik rambutnya itu ke atas seperti dia ingin cabut rambut itu dari pangkal akarnya.
"Pergi! Aku kata pergi! " Yoongi sekali lagi menjerit.
"Yoongi sayang.. " Suara lembut menusuk masuk ke corong telinganya. Sekejap sahaja lelaki itu diam tidak memberontak.
Suara itu.
Suara itu. Dia amat rindukan suara itu.
"Daddy.." Suara kecil pula menyusul. Dia tahu suara itu.
Deraian air mata jatuh ke pipi buat sekelian kalinya. Segera dia menoleh ke belakang melihat gerangan yang dirinduinya.
"So Hee. Hwa-Young.." Rintih lelaki itu sayu. Perit hatinya melihat kelibat tersebut.
Jelas. Sangat jelas wajah isterinya dan anaknya itu.
Kakinya mara ke hadapan mendekati dua figura tersebut. Apabila ingin dipeluknya, figura itu seakan ghaib. Dia seolah-olah berhalusinasi. Tangannya tembus pada tubuh itu.
Min So Hee dan Min Hwa-Young tersenyum.
"Yoongi.." Panggil So Hee lembut.
Terbeliak mata lelaki itu apabila Min So Hee dan anaknya bertukar rupa. Wajah yang cantik dan polos sudah bertukar menjadi bengis dan buruk. Terundur setapak dirinya ke belakang.
"Kau! " Suara garau terpancul keluar dari bibir So Hee.
"Kau jangan percayakan sahabat-sahabat kau tu! Bila-bila masa sahaja, mereka akan bocorkan rahsia kau!" Suara garau yang menengkingnya membuat dia tidak tentu arah.
"Yoongi. Sahabat-sahabat awak tu hanya mempergunakan awak je. Mereka sebenarnya ingin dapatkan pangkat besar awak. Dia nak ambil alih syarikat awak. Jangan percayakan mereka." Suara garau kembali bertukar lembut seperti suara isterinya.
"Pergi! Pergi! Tak mungkin!" Birai langsir yang menutup tab mandi direntap kasar lalu terjatuh mencium lantai.
Cermin bilik air dihempas ke lantai menyebabkan serpihan kaca itu menjadi serpihan kecil. Sehingga tapak kaki lelaki itu terpijak serpihan kaca itu.
Suara-suara itu kedengaran makin lama makin kuat. Yoongi kusut. Ditekupnya telinga kuat. Air mata lelakinya tidak henti mengalir laju.
Dia sangat tersiksa. Dia sangat merana. Dia sangat sesak.
"Aku kata takkkkkk!!!!! " Kepalanya dihantuk-hantuk berkali-kali pada dinding mozek bilik mandi itu. Darah mula mengalir di tempurung kepalanya.
Dan tika itu, Min Yoongi pengsan tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.