Oh damn || MYG ||
"I-ini."
Aku menghulurkan fail kepada lelaki itu sebelum menundukkan kepala sambil bermain dengan jari jemari. Nervous dia lain macam. Lagi-lagi berhadapan dengan orang yang handsome ini.
Haih. Gatalnya aku.
"Uhm! Aku tak perlu."
Aku mendongakkan kepala memandang wajah lelaki yang duduk di hadapanku.
"K-kenapa Tuan Min reject saya? Tuan Min tak suka saya ke? Tuan Min benci saya ke?" Mataku sudah berkaca-kaca. Andwae!
"Tch. Aku bukan reject kau la budak mentah. Aku tak perlu semua ni. So, secara sahnya kau dah boleh bekerja kat sini mulai esok." Pandangan kosong dilemparkan tanpa sebaris pun senyuman dibibirnya.
"Betul ke? Betul ke? Kalau macam tu esok pagi saya terus datang ke rumah Tuan Min okay?! "
Aku tersenyum teruja. Yes! Akhirnya dapat juga kerja.
"Uhm."
"Kalau macamtu saya balik dulu lah."
"Eh nanti dulu. Sapa suruh kau balik? Suka hati kau je." Ingin aku mengatur pergi, dia bersuara.
"Habistu? Ada apa lagi? " Soalku polos
"Ini. Kau ambil surat perjanjian ni. Kalau kau setuju kau tandatangan di sini. Segala peraturan kau kena akur."
"Baiklah." Aku mengambil sekeping kertas bersaiz A4 di atas meja.
"Kalau kau langgar peraturan, kau akan dikenakan hukuman."
"O-ok." Air liur diteguk perit. Panahan tajam diberikan kepadaku. Serius sahaja wajahnya.
"Oh. Aku hampir lupa. Aku..Min Yoongi."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.