[17]

429 52 6
                                    

Kelibat Tuan Min hilang dari pandangan. Aku sedaya upaya bergelut untuk melepaskan diri dari ikatan tali ini tapi tidak berjaya dek kudratku yang tidak seberapa.

"Unnie. Haneul sakit.. " Anak kecil itu duduk lemah longlai. Pipinya masih terasa sakit dek tamparan kuat semalam walaupun ia sudah dirawat oleh bapanya itu.

"Sabar sayang. Unnie akan berusaha supaya kita dapat pergi dari tempat neraka ini. " Pujukku dengan nada berbisik kerana tidak mahu didengari oleh Tuan Min.

Aku memerhati sekeliling. Mana tahu ada benda yang berguna untuk aku putuskan tali ini.

Beberapa saat kemudian, sepasang mataku tertancap pada satu rak besi yang mempunyai sisi yang tajam.

Mujurlah, otak ini boleh dipakai pada saat-saat yang genting.

Aku cuba menstabilkan badanku untuk berdiri walaupun ia agak sukar kerana kaki diikat. Seterusnya, kakiku melompat-lompat ke arah rak tersebut. Ikatan tali ditangan digeserkan pada sisi rak besi yang tajam itu supaya dapat dileraikan.

Semasa kerja dilakukan, ada sebuah buku nota berwarna hitam lusuh jatuh menghinggap atas kepalaku. Sudahlah kuat. Habislah otak aku biul nanti.

Semakin kuat geseran, ikatan tali ditangan semakin putus.

Dan akhirnya, aku berjaya! Aku tidak henti-henti mengucap syukur kepada tuhan.

Ikatan pada kaki juga dibuka lalu langkah menuju ke arah Haneul sebelum gadis kecil itu juga dilepaskan.

"Haneul pergi menyorok dulu ya. Bahaya Haneul duduk lama-lama di sini. " Ujarku kepada gadis kecil itu sebelum badan dibongkokkan sedikit untuk mengambil buku nota hitam yang terjatuh tadi.

Firasat aku kuat mengatakan yang aku kena buka dan baca isi kandungan buku ini.

"Tapi.. Haneul nak ikut unnie. "

"Sayang.. Jangan. Dekat sini bahaya. Pergi menyorok cepat. Unnie taknak daddy Haneul apa-apakan Haneul. Okay? "

"Baik." Kemudian, Haneul keluar dan pergi bersembunyi. Aku pun tak tahu dia ingin bersembunyi ke mana memandangkan ruang rumah ini terlalu besar.

Aku membelek-belek buku tersebut dan mula membacanya satu-persatu.

× 1. 2. 2020 (SABTU)

- Kenapa Min So Hee? Kenapa? Kenapa kau curang di belakang aku, sayang? Aku begitu kecewa dengan kau. :(

Aku menyelak lagi helaian kertas dengan segera selepas membacanya.

× 2. 2. 2020 (AHAD)

- Aku tak dapat bertahan lagi. Min So Hee, kau buat jiwa aku terseksa. Kau buat aku gila! Marah! Benci! Dengan kau! Tapi.. Aku bodoh. A.. Aku tak sengaja bunuh kau, Min So Hee. Termasuk juga anak kembarku yang tidak bersalah, Hwa-Young. Aku bodoh! Mianhae sayang. ♡♡


Aku terbungkam buat seketika. Bibir diketap. Tak.. Mungkinlah. Helaian seterusnya diselak.

× 3. 2. 2020 (ISNIN)

- Aku terpaksa minta pertolongan kawan-kawan aku. Fikiran aku kusut, buntu, serabut! Bagaimana aku mahu sembunyikan mayat isteri dan anak kembarku yang aku tidak sengaja bunuh? Aku takut. Tersangatlah takut.

× 4. 2. 2020 (SELASA)

- Mianhae sayang. Aku terpaksa sembunyikan kau di tempat ini supaya orang lain tak akan tahu. Aku menyesal. Sungguh menyesal.


Tempat? Tempat apa? Di mana? Sungguh aku ingin mengetahui di manakah mereka menyembunyikan mayat-mayat tersebut.

Aku dapat rasakan mayat-mayat itu disembunyikan di bilik larangan ini.

"Kau buat apa? " Suara dingin mula menyentak lamunanku.

Dengan itu, aku menoleh. Serta-merta tubuh aku kejung dan muka pucat lesi.

[C] Oh damn || MYG ||Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang