"Jimin, Seokjin, Namjoon. Kau dah settle kan budak lelaki tak guna tu? " Tanya Yoongi inginkan kepastian.
"Beres. Kitaorang dah belasah dia sampai lunyai. " Jawab Seokjin sambil mendabik dada, bangga.
Yoongi tersenyum sinis. Padan muka!
Sebenarnya, Yoongi menghantar location keberadaan lelaki itu kepada kawan-kawannya. Biar Suho iaitu si lelaki tak guna dapat pengajaran!
Dia nak pastikan lelaki itu dapat balasan yang secukupnya. Dia juga nak pastikan lelaki itu merana seperti yang dia rasa.
Disebabkan lelaki itulah, dia cemburu dengan isterinya.
Disebabkan lelaki itulah, dia panas baran.
Dan disebabkan lelaki itulah, dia terbunuh isteri dan anak kembarnya itu.
Semuanya salah lelaki tak guna tu!
Yoongi ketawa sinis. Puas hatinya!
"Bagus."
Jimin, Seokjin dan Namjoon bersorak gembira seraya ber high-five sesama sendiri.
Mereka bertiga tak perlu risau pun apabila buat kerja jahat ni. Sebab mereka bertiga dah biasa. Dan paling penting, mereka dah ugut lelaki itu.
"Hyung." Sepasang mata milik Yoongi mula beralih pada wajah Jungkook. Kening dijungkit menyuruh Jungkook meneruskan kata-katanya.
"Macam mana kita nak sembunyikan mayat-mayat ini semua?" Jungkook menyoal. Riak wajahnya serius sahaja menilik dua susuk tubuh tersebut.
"Apa kata kita tanam mayat tu kat tempat tersorok? " Namjoon memberi pendapat.
"Eee.. A-aku tak nak masuk campur." Hoseok menyorok belakang Taehyung. Takut.
"Kau ni hyung, pengecutlah." Jungkook menyelar dengan nada sindir.
"Entah Hoseok ni. Tapi.. Aku pun tak nak masuk campur. Lagi-lagi bab mayat-mayat ni." Seokjin mencelah.
Yoongi menjeling Hoseok dan Seokjin sekilas. Dah biasa dengan dua orang rakannya ini. Penakut betul!
"Tapikan Yoongi hyung.. " Taehyung mula bersuara.
Kakinya menapak mendekati Yoongi.
"Apa kata kita sembunyikan mayat-mayat ni dalam rumah. Cari tempat sesuai. Kalau kita tanam mayat-mayat ini, nanti orang lain atau polis dapat jumpa.Lagipun, kat luar kan masih hujan lebat."
"Tulah. Aku setuju dengan cadangan Taehyung. Yoongi hyung ada bilik yang tak digunakan kan? So, kita letak kat dalam bilik tu." Jimin mengiyakan kata-kata Taehyung.
Yoongi diam berfikir.
"Baik aku setuju."
"Sebelum tu kita balut mayat-mayat tu dengan kain."
Mereka semua mengangguk dan mula bertindak mengangkat mayat-mayat itu naik ke atas.
+++++++++++++++++++++++++
Nak cerita yang kat chap ni lah saya tiba-tiba stuck. Tulah tiba-tiba je menyepi tak update

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.