Kelopak mata Choi Yerin perlahan-lahan terbuka. Matanya berpinar-pinar dan kepalanya juga masih terasa pening.
Gadis itu mendesis kecil. Mujur, kedua-dua tangan dan kakinya tidak diikat. Sebelah telapak tangannya menyentuh ke belakang kepala lalu dia melihatnya.
Ya tuhan! Berdarah! Mahu sahaja dirinya pengsan buat kali kedua. Huwargh! Tak pernah kot dia berdarah sebegini rupa.
Matanya meliar memandang sekeliling. Kemudian, sepasang mata gadis itu dapat menangkap susuk tubuh yang berdiri di balkoni.
Lelaki itu termenung sendirian sambil menikmati dingin malam di situ. Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya.
"Good morning, dear." Ucap lelaki itu membuatkan lamunan Yerin tersentak. Renungan tajamnya merenung ke dalam anak mata gadis itu.
Gadis itu berdehem sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak mahu berlawanan mata dengan lelaki itu lama-lama.
Yoongi tersenyum nipis. Kakinya segera melangkah ke arah Yerin dengan bergayanya. Gadis itu menelan liur perit apabila merasakan jantungnya berdetak sangat laju.
Sebelah kaki lelaki itu melutut sebelum dia mengangkat dagu gadis itu supaya dia dapat melihat wajah tersebut.
"Aku minta maaf tapi kau patut kena pukul dengan aku sebab kau degil, Choi Yerin. Kau degil dan.. Aku cukup sukakannya." Min Yoongi tersenyum sinis. Bibir dijilat sedikit apabila terasa bibirnya kering.
Yerin seperti biasa, hanya menikus sahaja. Senyap dan tidak berkata apa-apa. Hanya membalas pandangan lelaki itu dengan mata sedikit berkaca.
Lelaki itu tergelak kecil seraya dikeluarkannya sepuntung rokok dari kotak kecilnya itu sebelum dibawa ke mulut. Pemetik api dikeluarkan dan dibakar pangkal rokok itu sehingga berasap.
"Seperti yang dijanjikan, aku akan bagitahu kau rahsia terbesar aku." Katanya. Dia menyedut dalam-dalam asap rokok itu lalu dihembus tepat ke muka Yerin sehingga gadis itu terbatuk-batuk kecil.
Yerin tidak suka akan bau kuat rokok itu. Dirinya terasa makin pening akibat bau tersebut.
"Do you know what? I hate myself. Disebabkan diri aku, orang-orang yang aku sayang mati." Rokok yang dikepit pada dua belah jari di buang ke balkoni sebelum dirinya meraup wajahnya kasar. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya, air mata penyesalan jatuh membasahi pipi.
-------------------------------------------
Kesian Min Yoongi nangesss. So, next chap ada sedikit flashback kisah apa yang berlaku terhadap Min Yoongi. ❤
YOU ARE READING
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.