Yoongi duduk bersandar pada dinding dengan memeluk lutut. Seluruh tubuhnya kejung melihat figura dua kesayangannya yang tidak bernyawa terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah. Sudah seharian mayat-mayat berkedudukan sebegini rupa.
Digigit kuku-kuku jarinya apabila rasa resah mula menyerang diri. Dirinya tak tahu hendak buat apa. Dia bagai hilang arah.
Anak kembarnya yang lagi satu, dia sudah kurung di dalam bilik. Dikuncinya bilik itu dari luar. Tidak mahu anak kembarnya itu tahu-menahu tentang hal ini semua.
Mujur, anaknya tidak melihat apa yang berlaku. Tadi, Haneul tidur.
Air matanya tidak henti-henti mengalir. Hujan lebat yang sedari tadi turun membasahi bumi tiada tanda-tanda untuk reda.
Air liur ditelan sukar. Nafasnya menjadi sesak. Lelaki itu buntu. Fikirannya runsing. Seketika, sepasang telinga ditekup rapat. Seolah-olah, telinganya dapat menangkap bunyi yang merintih. Sungguh, dia tidak tenang sekarang ini.
Beberapa minit kemudian, dia mengambil telefon bimbit di sebelahnya apabila telah lama melayan perasaan.
Telefon bimbit ditekan sehingga mengeluarkan cahaya. Suasana yang tadinya gelap gelita sudah mula terang melalui cahaya telefon.
Ruang panggilan dibuka. Nombor telefon rakannya didail.
Tut. Tut.
"Hello? Siapa di sana? " Suara di dalam talian mula kedengaran.
"A-Aku, Yoongi." Bergetar suara lelaki itu. Mengigil tangannya pada pegangan telefon bimbit.
"Hyung! Kenapa dengan suara hyung tu? Hyung baru lepas menangis ke? Hyung okey? "
Yoongi menghela nafas berat. Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan oleh si Jimin itu. Penat nak jawab.
"Aku tak okey. A-aku perlukan kau dan member-member kita yang lain. Kau datang ke rumah aku. Nan- nanti aku ceritakan apa yang telah jadi."
"Okey hyung. Nanti aku bagitahu yang lain."
Tanpa banyak bicara, Jimin mematikan panggilan itu. Tidak mahu menganggu lelaki itu. Kerana Jimin tahu, Yoongi perlukan masa untuk bersendirian.
+++++++++++++++++++++++++++++
Triple update untuk malam ni setelah menyepi beberapa minggu hshs.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.