Oh damn || MYG ||
Kting!
Senduk dengan refleksnya ia terlepas dari pegangan.
Terkejut kerana terdengar bunyi jeritan seseorang dan pada masa yang sama bunyi kaca retak.
Bergegas aku mengorak langkah menaiki anak tangga satu persatu.
Bilik Tuan Min aku pandang sekilas.
Aku mundar-mandir ke sana, ke mari. Gelisah? Ya, itulah yang aku rasakan.
Ya tuhan. Takkanlah!
---
Lelaki itu merengus geram.
Mimpinya tadi masih berlayar-layar di fikirannya seperti kaset rosak.
"Kau akan merana Min Yoongi!"
"Kau kejam! Kau pembunuh! Kau akan ke dunia neraka wahai Min Yoongi"
"Hidup. Kau. akan merana."
"Ergh tak guna!" Min Yoongi mengepal penumbuk lantas dia menghayunkan kasar pada cermin bilik air yang berada di hadapannya itu.
Darah ditangannya dibiarkan mengalir.Dada lelaki itu berombak menahan marah. Tubuhnya pula menggigil hebat.
"Aku bukan pembunuh la bodoh!" Jerkah Yoongi hingga naik ke oktaf sambil menekup sepasang telinganya yang dari tadi terdengar suara bisikan halus yang tidak diketahui datang dari mana.
Air matanya deras mengalir laju lalu dia mengambil beberapa pil dan menelannya rakus.
"A-aku tak bunuh dia. Aku tak s-engaja bunuh dia. Percayalah.."
---
Tok! Tok! Tok!
Aku mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik Tuan Min dengan segera. Aku takut akan berlaku apa-apa yang tidak diingini pada lelaki itu.
"Tuan Min. I-ini saya Yerin. Tolong buka pintu ni!" Gelabah aku dibuatnya. Sudahlah lelaki itu tidak menyahut dari dalam bilik tersebut.
Aku terduduk lemah. Aku buntu hendak buat apa sekarang ini.
"Unnie.."
Haneul yang baru sahaja bangun tidur menerpa ke arahku.
"Kenapa unnie nangis? " Soalnya polos.
Aku tidak menjawab soalannya bahkan tubuh genitnya aku peluk erat.
Meletus tangisan yang dari tadi ditahan. Ya tuhan.
---------------------------------------------
Nak tahu kenapa Min Yoongi macamtu? Follow lah cerita ni sampai ke penghujungnya nhueheudjdjsbxjzn. *nangis pastu kurung dlm bilik*
YOU ARE READING
[C] Oh damn || MYG ||
FantasyDia, lelaki duda yang dingin dan penuh misteri. Hati-hati Choi Yerin. Jangan bermain dengan api.