Bab 1

133K 3.1K 172
                                    

SEPASANG kakinya melangkah keluar dari butik mewah yang terletak di aras dua pusat membeli belah Pavilion. Di situ dua pasang kasut dirembatnya dari butik milik Jimmy Choo. Pantang bila dengar Jimmy Choo release design baru, dia lah orang pertama yang akan berdiri di depan butik tersebut. Kalah mak-mak datin yang terkedek-kedek melenggang kangkung. Delisha senyum puas. Lepasni kasut-kasut yang dah lama dan old fashion tu, boleh la dia sedekah kan pada Danisha, adik perempuannya. Kalau Danisha tak mahu, suruh saja Danisha pergi letak kasut-kasut tu semua dekat mana-mana yang memerlukan. Just get rid those heels from my eye!

   "Nak pergi mana lagi ni, Del?" 

   Delisha menoleh ke sebelah memandang Naila, kawan baiknya. Nur Naila binti Datuk Nazlan. Delisha liarkan matanya ke sekeliling. Dah hampir empat jam mereka berdua berlegar-legar di pusat membeli belah Pavilion. Dah berpuluh-puluh butik berjenama mereka masuk. Kedua-dua belah tangan pula dah penuh dengan beg-beg kertas yang terpampang gah nama jenama di situ. Victoria Secret, The Face Shop, Jo Malone London, Pandora dan Dior. Tambah satu lagi beg kertas dari butik Jimmy Choo.

   "Untuk hari ni, rasanya macam takde benda dah kut. Kau ada apa-apa lagi nak beli?" soal Delisha. Naila geleng kepala.

   "Aku lapar lah, Del."

   "Haah, aku pun rasa macam lapar jugak ni. Nak makan dekat mana?" Delisha menyoal lagi sambil kaki dah menapak perlahan-lahan melewati beberapa buah kedai di situ. Mata dia dah rasa macam pedih sebab hampir empat jam di sini. Nak masuk kedai yang lain tapi penat dah menguasai diri. Esok-esok lah pulak dia heret Naila shopping lagi.

   "PappaRich nak?" Naila dah pandang Delisha dengan mata yang bersinar-sinar. Pecah liur bila bayangan segelas smoothie bermain main di ruang mata. Oh, nikmatnya kalau dapat smoothie strawberry!

Delisha mengangguk, bersetuju. Selalu dia yang suggest tempat untuk mereka lunch tapi kali ni biar lah Naila pula yang suggest tempat. PappaRich? Pun boleh lah!

*****

TENGKU ALDEN ZHEN. Dia melangkah turun memijak anak-anak tangga ke tingkat bawah. Hidungnya sudah kembang kempis menghidu bauan aroma masakan yang datangnya dari arah dapur. Lantas kaki dihayun ke arah dapur.

   "Morning!" Alden menyapa beberapa orang manusia di ruang dapur. Ada mummy nya Puan Sri Bethany, adiknya Tengku Amanda Zhen dan dua orang lagi orang gaji di dalam rumah ini. Bik Eca dan Bik Ayu.

   "Morning lah sangat, angah!" Amanda yang sedang membilas pinggan di sinki membalas sinis.

   "It's already twelve o'clock, Alden. Dah tak morning dah," lembut Puan Sri Bethany membalas pula. Alden tarik sengih. Tadi lepas subuh terus dia tidur sampai lah jarum jam sudah hampir menginjak ke angka 11 pagi. Biasa lah, hujung minggu. Penat sangat dengan kerja kerja yang menimbun di pejabat membuatkan dia rasa perlu untuk qadha balik tidur tidurnya yang tak mencukupi.

   "Mum, lapar lah." adu Alden, menepuk perlahan perut kempisnya. Padan lah, siapa suruh skip breakfast!

   "Lain kali tidur lah lagi sampai petang. Breakfast tak makan memang lah lapar."

   "Alah, mum. Bukan sengaja angah nak lajak tidur sampai tengahari. Angah cuma ganti balik waktu-waktu tidur angah yang tak cukup. Lagipun, hujung minggu ni mum. Kasi chance lah," balas Alden. Puan Sri Bethany menggeleng kepala. Anak keduanya ni memang pandai menjawab!

   "Bawah tudung saji tu ada lagi makaroni goreng yang pagi tadi. Makan yang tu dulu sementara nak hidang makan tengahari ni," mulut Puan Sri Bethany dah memuncung ke arah meja makan kaca di ruang makan. 

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now