KUALA LUMPUR : Seorang wanita hamil dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, atas dakwaan cubaan membunuh dengan melepaskan tembakan ke arah seorang remaja dalam kejadian di Istana Resident, Kuala Lumpur.
Tertuduh, Nur Dalily, 24, yang berasal daripada Sabak Bernam, Selangor, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan mangsa, Tengku Aliyana, 20, dengan bersenjatakan pistol yang boleh mendatangkan kecederaan atau kematian di sebuah perumahan mewah di Istana Resident pada jam enam empat puluh lima petang pada 29 November 2019.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang sedang hamil lima bulan itu berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun jika disabitkan kesalahan. Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Hakim Nur Azila Othman menetapkan 1 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan tiada sebarang jaminan ditawarkan. - Sinar Harian, 13 Disember 2019.
Alvian lipat akhbar Sinar Harian lalu diletak atas meja kopi. Sudah hampir dua minggu berlalu selepas kejadian ngeri di kediaman Tan Sri Tengku Aazad Zhen berlaku. Lily kini berada di dalam tahanan polis dan sedang menjalani hukuman manakala Aliyana baru saja dibenarkan keluar daripada hospital dan berehat di rumah.
"Nah, air." Joviana muncul menghulur mug yang berisi nescafe panas. Alvian menyambut mesra.
"Thanks."
Joviana duduk di sisi Alvian. Mata menyorot memandang akhbar di atas meja. Headline yang dicetak pada front page akhbar dibaca sekilas.
Susulan Kes Anak Gadis Kepada Seorang Ahli Perniagaan Terkenal Ditembak.
"I tak sangka yang Yana pun kenal dengan Lily." tutur Joviana, senafas.
"Lily senior Yana masa dekat sekolah dulu. Yana sendiri dah mengaku yang dia tersilap langkah bersengkongkol dengan Lily untuk ganggu rumah tangga kita dulu. Tapi sekarang dia dah sedar, I lega sangat." Alvian senyum nipis. Mug yang dipegangnya itu diletak atas meja bersebelahan surat khabar yang berlipat.
"Dan I tak sangka Lily berdendam dengan I hanya disebabkan abang dia meninggal before masuk operation room. Serius waktu tu, memang OR penuh dengan patient. Untuk pindahkan abang dia tu ke hospital lain, I don't think it's a good idea since jarak untuk ke hospital lain bukannya dekat. Dalam ambulance nanti, macam-macam boleh berlaku. I bukan tak cuba untuk treat abang dia waktu tapi I bukan Tuhan. I dah buat sedaya upaya I tapi..." Joviana rasa sebak. Walaupun sudah bertahun berlalu, dia masih ingat lagi kejadian itu. Pesakitnya meninggal sebelum ditolak masuk ke dalam operation room.
Alvian tarik tubuh Joviana lalu dipeluk erat. Tangan menepuk-nepuk belakang si isteri, cuba menenangkan Joviana.
"It's okay, sayang. It's not your fault."
Joviana membalas pelukan Alvian, erat. Wajah disembam ke bahu Alvian sambil mata dah terkedip-kedip menghalang air mata untuk terus keluar. Beberapa minit berposisi begitu, Alvian rungkaikan pelukan. Wajah Joviana ditatap.
"Tapi I bangga dengan you sebab you cepat-cepat bawa Aliyana ke hospital. Even though sit kereta you penuh dengan darah Aliyana."
"I'm a doctor. Takkan I nak biarkan Aliyana tahan sakit lama-lama kat situ, kan?"
"I'm a proud husband."
Joviana senyum lebar. Tubuh Alvian dipeluk lagi. Kini makin erat.
"I love you, Alvian."
"I love you too, Joviana. Too much!"
*****
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Romance6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...