Bab 2

48.2K 2.4K 165
                                    

MALAM itu usai makan malam terus Delisha naik berehat di dalam bilik. Itu pun bila dia rasa macam ada aura yang papa dan mamanya mahu membangkitkan soal dirinya. Delisha Andara yang kini berusia 25 tahun tetapi masih duduk menganggur di rumah. Sudah lah menganggur, kuat berjoli pulak tu. Pantang kalau Naila free sikit, mesti dah diheret kawan baiknya itu pergi bercuti. Tak kesah la luar atau dalam negara. Bukan setakat tu je, setiap bulan duit yang Datuk Sri Ismadi masukkan dalam akaunnya mesti habis. Kalau lah dalam bank boleh ambil semua duit, mesti akan tinggal 00.00 ringgit Malaysia dalam tu. Boros? Ya, itu sikap Delisha Andara. Tak semenggah langsung!

Tengku Alden Zhen.

Tiba-tiba sahaja sebaris nama dan raut wajah yang dilihatnya tadi di telefon bimbit Naila kembali terbayang-bayang. Terus sahaja Iphone Xs di atas meja lampu dicapai. Tubuh disandarkan pada kepala katil lalu aplikasi instagram dibuka. Laju sahaja dia menaip nama tersebut pada kolum carian. Search!

   "Yes. That's it..." Delisha senyum sendiri bila laman akaun instagram milik lelaki berkacukan melayu-chinese-british itu terpampang pada dada skrin. Tengok followers 400k. Padan lah orang follow pun. Handsome kut! Satu persatu gambar yang di upload lelaki itu dibeleknya. Beratus-ratus gambar. Dan Delisha perasankan sesuatu. Semua gambar di situ ditutup ruang komen. Mungkin lelaki tu rimas bila menerima terlampau banyak komen yang sama pada gambar-gambarnya?

Contoh,

Eei, handsomenya!

Ya Allah, perfect!

Comelnya...

Nak jadi adik angkat boleh?

Kalau lah jadi boyfriend aku...

   Dan juga...

Hai assalamualaikum! Ingin tambah tinggi tetapi tidak tahu caranya? Jangan risau! Kami ada jalan penyelesaiannya. Visit our ig now! 

   Hmm...

   Delisha menyentuh satu gambar lalu ditatapnya dengan jarak yang agak dekat. Wajah lelaki itu ditiliknya lama. Ya, memang sempurna.

   "Aku tak sangka ada manusia macam ni dekat Malaysia. Unbelievable!" gumam Delisha. Tengah syok membelek gambar-gambar yang sudah diupload beberapa bulan yang lepas, tiba-tiba sahaja naik bentuk love. Oh, tidak! Kenapa boleh ter-like pulak gambar dia ni?! Cepat-cepat Delisha unlike kembali gambar tersebut sebelum pemilik gambar itu perasan yang ada orang tengah stalk dia. Eei, buat malu aje lah!

Nak follow ke tak?

Ah, tak payah lah. Selagi dia tak private ig, selagi tu aku takkan follow. Stalk aje tiap-tiap hari sebab akaun masih public. Boleh kan?

*****

CERMIN mata yang tadinya tersangkut elok di atas pangkal hidung ditanggal lalu diletakkan di atas meja. Tangan naik melurut dan memicit-micit kawasan hidung. Sudah hampir dua jam dia menghadap fail-fail yang menimbun. Mata dah rasa berpinar memandang segala jenis benda atas meja sekarang ni.

Dua buah projek kerjasama bersama William Holdings masih memerlukan pemerhatiannya. Dalam minggu ini saja ada dua tapak site pembinaan yang dia harus turun. Misi mengejar tender dengan VinsLee Global masih diteruskan walaupun dia tahu harapan untuk bekerjasama dengan syarikat daripada Hong Kong itu adalah 30%.

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now