SAMBIL menyandar tubuh pada sofa, ligat jemari Alden menari-nari atas skrin iPad Apple. Berkerut pelipis Alden memandang garisan graf yang pelbagai warna di situ. Berselang-seli mata Alden membelek helaian kertas yang berselerak atas meja kopi. Lima belas minit selepas itu, Alden letak iPad yang dipegangnya atas meja. Tangan menanggalkan cermin mata lantas pangkal hidung diurut dan dipicit beberapa kali.
Nafas panjang dihela. Mata diliar ke sekeliling. Baru satu malam Delisha tak ada kerana urusan kerja di Sabah, dia sudah rasa bosan. Ingat nak buat kerja dalam bilik tetapi kesunyian buat dia angkat barang-barang ke ruang tamu. Televisyen sengaja tidak dipasang kerana dia benar-benar perlu fokus dengan kerja yang dia bawa pulang dari ofis. Ini kalau Delisha tahu, mahu bernanah telinga dia dengar isterinya itu membebel.
Baru Alden nak angkat punggung, iPad di atas menyala-nyala. Muncul wajah si isteri pada skrin iPad. Langsung tangan Alden menyentuh skrin. Tak sampai beberapa saat, wajah Delisha memenuhi skrin.
"Hey, husband!" Delisha menyapa ceria. Alden senyum senget, lantas dia duduk di atas sofa.
"I ingat you dah lupa I..." meleret-leret suara Alden.
"Mana I ada lupa you. I baru balik dinner ni dengan client papa. Sorry, busy sikit. Baru sekarang boleh video call you." Delisha letak gajet atas katil sebelum berlalu entah ke mana. Beberapa saat wajah Delisha kembali terpampang pada skrin. Kalau tadi Delisha masih bertudung, tetapi sekarang tidak lagi. Mungkin tadi dia tanggalkan tudung kut.
"You makan apa aje hari ni?" soal Delisha, menongkat dagu dengan tangan.
"Drive thru KFC."
"OMG, you dinner KFC aje hari ni?"
"Haah. Dah restaurant KFC aje yang dekat dengan rumah kita ni, sayang. Lagipun, kat luar tu hujan. Dari petang tadi sampai sekarang tak stop lagi. Itu yang I drive thru aje lepas balik ofis." beritahu Alden. Kepala Delisha terangguk-angguk faham.
"You makan apa tadi dengan client papa?" giliran Alden menyoal.
"Makan biasa-biasa aje. I takde selera sangat sebab badan I letih gila tahu tak? You bayangkan, sampai aje airport sini, I dengan papa terus rushing pergi meeting. Lepas meeting, I kena ikut papa tengok tapak site yang dah macam padang pasir. Dengan panasnya, Allah... habis cair make up I, sayang. Petang sikit baru balik hotel berehat. Itu pun I dapat tidur sejam aje lepastu keluar ikut papa. Penat gila!" senafas dan bersemangat Delisha menceritakan apa yang berlaku hari ini dengan mimik muka sekali. Alden gelak kecil. Eei, kalau Delisha ada depan dia sekarang... dah digomol wajah bersih itu. Geram!
"Biasa lah tu, kerja."
Delisha hela nafas panjang.
"You buat apa tu?" soal Delisha.
"I? Kerja." Alden tunjuk kertas-kertas yang berselerak atas meja kopi. Dekat hujung meja ada kotak dan minuman KFC.
"You bawak balik kerja you dekat rumah?!"
"Yes. Sebab you tak ada dekat rumah, jadi I berani bawak balik. Jangan membebel, please? I tak nak dengar."
Delisha jeling. Lama mereka berdua saling berbalas pandangan. Delisha dengan posisi menongkat dagu dengan tangan dan Alden juga sama. Siku diletak atas meja sambil iPad disandar pada pasu kecil di tengah meja.
"I miss you, sayang." Alden buka mulut setelah hampir sepuluh minit masing-masing diam. Delisha senyum nipis.
"I miss you too, so much. I rasa I dah gila sebab rindukan you yang tak sampai dua puluh empat jam tak jumpa!" lirih suara Delisha.
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Romance6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...